Nak Berhenti Kerja?

chickencrappyjobDulu, apabila saya cakap saya mahu berhenti kerja, ramai juga yang terkejut. Termasuklah ibu bapa saya. Iya lah.. dah dapat kerja elok-elok , gaji pun dah bagus.. kenapa nak berhenti kerja pula? Hilang akal apa?

Tetapi, setelah saya menceritakan kepada ibu-bapa saya tentang perihal keterlanjuran perniagaan yang saya lakukan dan bagaimana situasi saya sekarang, mereka akhirnya faham dan merestui tindakan saya.

Kepada sahabat-sahabat & pembaca blog ini yang ingin berhenti kerja dan melakukan perniagaan sepenuh masa,  izinkan saya berkongsi sedikit tips & pengalaman saya bersama anda semua.

Apabila bercakap mengenai perihal kewangan, saya sebenarnya adalah seorang yang bersikap sedikit konservatif dan sentiasa mahukan “play safe”… (play safe disini bukanlah bermaksud menggunakan kondom yer! oh!) .

“Play safe” yang saya maksudkan disini ialah.. “berhati-hati”, ini disebabkan saya adalah seorang lelaki yang sudah berkeluarga (suami & bapa). Apabila saya ingin mengambil sesuatu keputusan, saya bukan sahaja perlu memikirkan tentang risiko yang terpaksa ditanggung oleh diri saya sendiri, tetapi saya perlu turut mempertimbangkan risiko-risko yang akan dialami oleh isteri & anak-anak saya. Oleh itu, penilaian keputusan perlu dibuat dengan lebih mendalam.

Bagi orang-orang yang “bujang” yang masih belum merasa “nikmat” bergurau senda diantara pusat dan lutut mempunyai tanggungjawap yang besar, bagi saya, risiko yang mereka perlu tanggung apabila ingin berhenti kerja tidaklah terlalu besar jika ingin dibandingkan dengan orang yang sudah berumahtangga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih tinggal serumah dengan ibu-bapa. Tiada apa yang perlu dirisaukan! Apakah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku? ( orang jawa kata.. “What the worst that could happen?”) Dihalau oleh ibu bapa dari rumah?… takkan lah kot.. paling kuat pun.. kena bebel je…

Berbeza bagi orang yang sudah berumahtangga, risiko yang perlu ditanggung bukanlah terhad kepada diri sendiri, tetapi ia juga melibatkan keluarga. Saya tak kisah kalau kena makan megi setiap hari atau terpaksa berpuasa untuk 2-3 hari.. tetapi.. bagi anak-anak?.. takkan nak suruh mereka berpuasa juga? Sebab itulah saya mengambil masa yang sedikit panjang di dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya perlukan “situasi” yang selamat…

Alhamdulilah, pada bulan Ogos 2008 tahun lepas, saya telah berjaya menyediakan “situasi selamat” tersebut, dimana, sebelum saya menghantar surat perletakkan jawatan, saya telah memastikan:-

  • kesemua hutang piutang saya telah dilangsaikan, ini termasuklah  hutang kereta, hutang kad kredit dan hutang PTPTN.
  • mempunyai “reserve funds” selama 2 tahun. Bermaksud, selepas saya berhenti kerja ini, jika saya tidak mendapat wang sesen pun setiap bulan, saya masih boleh “survive” selama 2 tahun menggunakan wang simpanan yang ada.
  • memiliki “sumber pendapatan/perniagaan” lain yang stabil. Ya.. sebelum saya berhenti kerja, saya telah memantau pendapatan saya selama setahun dan mendapati, setiap bulan, pendapatan saya dari “sumber lain (perniagaan internet)” , adalah tidak kurang 2x ganda dari “gaji” pekerjaan makan gaji saya. Malah kadang-kala,  pendapatan saya perolehi melalui “perniagaan internet saya, melebihi sehingga 4-5x ganda gaji bulanan saya. Especially pada bulan-bulan yang mempunyai 5 minggu dalam sebulan. Mempunyai pendapatan yang stabil ini adalah penting, ini adalah bukti, bahawa anda benar-benar tahu dengan apa yang anda lakukan dan bukannya hanya sekdar “nasib”. Ada sesetengah orang bernasib baik memperolehi pendapatan RM10-30k sebulan.. tetapi malangnya, hanya pada bulan itulah sahaja.. pada bulan-bulan seterusnya, nak dapat RM1,000 pun susah.
  • mempunyai  rancangan untuk mengembangkan perniagaan. Ya! sebelum anda berhenti kerja, anda sepatutnya sudah mempunyai “perancangan” tentang apa yang ingin anda lakukan dalam masa 2-3 tahun selepas itu. Jangan nanti, lepas berhenti kerja, buat satu projek, lepastu.. dah tak tahu nak buat apa… parah kalau macam tu.

Itulah beberapa tips dari saya yang mungkin anda boleh gunakan jika anda ingin berhenti kerja. Buatlah keputusan dengan bijak, jangan berhenti kerja semata-mata disebabkan anda dimarahi bos, atau tertekan kerana terlalu banyak kerja, ataupun disebabkan “claim” over time anda tidak diluluskan.  Berhenti kerja secara mem”khinzir” buta, mungkin tidak menjadi masalah bagi orang bujang.. tetapi bagi yang sudah berkeluarga seperti saya, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh.

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai penilaian yang berbeza, sesuatu yang baik bagi saya, mungkin tidak baik bagi anda. “Nilai diri” setiap manusia adalah berbeza.. (err.. “Nilai Diri” yang saya maksudkan disini bukan “Harga Diri” yer.. nak tahu apa nilai diri, kena baca buku “Anda Berhak Hebat”).. jesteru menyebabkan setiap pilihan yang dibuat juga adalah berbeza.

Sekian… semoga berjaya!

P/s:- Kik link dibawah jika anda ingin tahu bagaimana anda boleh berhenti kerja dengan menjalankan perniagaan di internet sepenuh masa.

banner468a-bm

30 thoughts on “Nak Berhenti Kerja?

  1. Huhuhuhu..pikir 2…3 kali gak nak behenti keje ni..nak berhenti keja paling senang di dunia…nak dpt kerja cukup2 susah. Nasib baik aku blom berhenti keja lagi..cuma cuti 3 bulan jerk..hhehehehe

  2. Mesti mau target setahun dua lagi baru boleh buat keputusan resign.. Income bulan2 pun ada sangkut lagi heh… Tahniah Shuth dah berjaya mencapai makam yang tinggi sbg IM..

  3. Keterlanjuran? Oh!
    Ya berhenti kerja adalah sesuatu yang paling kritikal dalam hidup seseorang dan perlu untuk difikirkan seranum-ranumnya. Ranum? Oh!
    Tidak semua orang mempunyai pendapat yang sama. Situasi juga berbeza mengikut cara kehidupan yang di lalui.
    Ada juga buku-buku berkenaan kemahiran minda ini menerangkan, jika anda inginkan sesuatu yang lain di tangan anda, anda perlu buangkan yang masih anda genggam itu dan kemudian barulah anda akan dapat apa yang anda inginkan. Apa2 hal pon, kesemuanya itu atas keyakinan dan cara masing2 saje untuk memilihnya.
    Aduh Shuth, saya tanya sekali lagi ni huhu… :( mana nak dapatkan buku Anda Berhak Hebat tu…?
    Adios! ;)
    http://www.glowglokal.com

  4. Lain pula cerita saya.

    Saya dah lamer bercita-cita nak berenti keje ni, sejak 4 tahun yg lepas, tapi tak berhenti=henti jugak hehe. Tapi la ni betul-betul punya sebab saya dah prepare. Tahun ni sure saya berenti punya!

    Targetnya ialah ujung tahun 2009 ni, jeng jeng jenggg…

    Selamat tinggal bos!

  5. sebut hutang yang tak tahan nie..hutang ptptn pon dah lama terencat, tak sambung2 lagi bayarnya..huhuhu..bosan betol tgk surat dorg dok sampai kat umah..huh!

    ikut masing2, janji apa saja jalan yg kita pilih buat yg terbaik..:)

  6. Satu perkara yg perlu aku sedari dan persediakan diri sebelum melakukan mem’khinzir’ buta..

    Apa pun, tips nie akan dipraktikkan utk saya. Thanks for the tips bro.. YOSH!!!

  7. aku cikgu dan juga jaga biz family kat kampung.Income kasar adalah dlm 20-30 ribu sebulan.buat lanskap dan nursery.

    aku ingat nak tumpu pd biz 100% tp bila pikir syg pula nak resign cikgu ni.gaji cikgu dlm 2500 sebulan jer…bg tahu ibu pun dia x brp galakkan tp dia tak kata yg aku x leh resign.

    masalahnya,tmpt aku ngajar dlm 250 km dan aku brulang seminggu skali dan dah 7 tahun aku brulang begini.x boleh tukar kalau dpt tukar x kisah mmg aku x akan fikir pasal resign ni.letih dn tertekan fizikal dan mental.skang ni adik dan pekerja yang jaga biz…

    tp aku rasa aku dpt langkah lebih jauh dlm biz ini dan dpat aturkan kewangan aku dgn lebih terurus sbb aku dpt tumpukan 100% komoitmen…mmg aku Yakin 200 % dgn takdir Allah…

    kini smangat aku masa ngajar dah down 80 % sbb asyik pikir dilema ini..tolonglah aku …….mcm mana ni ya..

    TOLONGLAH !!!!

  8. Pingback: Jangan Berhenti Kerja! | Blog Perniagaan Internet

  9. Salam encik suhaimi..saya pun sedang buat keputusan untuk berhenti kerja. Perit kerje yang sekarang rasanya..tapi saya belum ada idea utk jalankan perniagaan apa andai berhenti kerja..mungkin encik suhaimy boleh tunjukkan dan bimbing serba sedikit..terima kasih

  10. memang best kalau dah berhenti kerja. tiada sapa yang atur
    yang paling best lagi hari hari hari minggu dalam b.i nya everyday is sunday.

    apapun semua kita kena atur strategi

  11. Tips yang amat berguna pada mana2 insan y tengah makan gaji nak berniaga.. cam aku dan 4 taun aku dalam dilema nak berenti keja n tumpukan sepenuhnya dengan bisnes yang aku buat sekarang. tapi penghalang utama ialah mak ayah aku. Oleh kerana mereka juga kerja makan gaji tiap-tiap bulan, aku pn terus dipaksa mengikut jejak langkah dieorg.

    aku dah lama bersabar n dah banyak kali bincang, tapi sebab hormat dan sayang dgn maka ayah, aku turutkan jugak makan gaji ni. aku pun takut jugak xdpt restu mak ayah. dApa pendapat korang? Apa yang patut aku buat?
    tuk pengetahuan korang jugak, sekarang ni bisnes aku makin lama makin merudum jatuh disebabkan tak mampu memberi komitmen 100%.

  12. Assalamualaikum semua..saya ni memang teringin sangat dah nak berhenti kerja.Minat saya memang nak berniaga.Dengan kerja makan gaji sekarang ni gaji tak seberapa tapi tekanan je yg lebih.Kerja melambak nak buat hari2 balik lewat, tapi kalau kata nak mewah berbelanja tak juga, cukup2 makan je.Kalau sakit ke fikir banyak kali la juga nak ambil MC.Mana nak fikir hati kawan yg terpaksa buat kerja untuk kita.Bagi saya kerja makan gaji ni buat saya tertekan.Kalau saya bujang la memang dah lama saya cabut.Sabar jelah.

  13. ramai yg nk berenti kerja…masalah sy lg berat..nk berenti tapi x start bisnes secara serius..idea ada tp x implement..bila dah lama di comfort zone mmg liat sikit…nak settlekan hutang2 ni yg parah..klu loan rumah sukar la nak settlekan..nak jual sayang la pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge