Nak Berhenti Kerja?
January 6th, 2009, by shuth

Nak Berhenti Kerja?

chickencrappyjobDulu, apabila saya cakap saya mahu berhenti kerja, ramai juga yang terkejut. Termasuklah ibu bapa saya. Iya lah.. dah dapat kerja elok-elok , gaji pun dah bagus.. kenapa nak berhenti kerja pula? Hilang akal apa?

Tetapi, setelah saya menceritakan kepada ibu-bapa saya tentang perihal keterlanjuran perniagaan yang saya lakukan dan bagaimana situasi saya sekarang, mereka akhirnya faham dan merestui tindakan saya.

Kepada sahabat-sahabat & pembaca blog ini yang ingin berhenti kerja dan melakukan perniagaan sepenuh masa,  izinkan saya berkongsi sedikit tips & pengalaman saya bersama anda semua.

Apabila bercakap mengenai perihal kewangan, saya sebenarnya adalah seorang yang bersikap sedikit konservatif dan sentiasa mahukan “play safe”… (play safe disini bukanlah bermaksud menggunakan kondom yer! oh!) .

“Play safe” yang saya maksudkan disini ialah.. “berhati-hati”, ini disebabkan saya adalah seorang lelaki yang sudah berkeluarga (suami & bapa). Apabila saya ingin mengambil sesuatu keputusan, saya bukan sahaja perlu memikirkan tentang risiko yang terpaksa ditanggung oleh diri saya sendiri, tetapi saya perlu turut mempertimbangkan risiko-risko yang akan dialami oleh isteri & anak-anak saya. Oleh itu, penilaian keputusan perlu dibuat dengan lebih mendalam.

Bagi orang-orang yang “bujang” yang masih belum merasa “nikmat” bergurau senda diantara pusat dan lutut mempunyai tanggungjawap yang besar, bagi saya, risiko yang mereka perlu tanggung apabila ingin berhenti kerja tidaklah terlalu besar jika ingin dibandingkan dengan orang yang sudah berumahtangga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih tinggal serumah dengan ibu-bapa. Tiada apa yang perlu dirisaukan! Apakah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku? ( orang jawa kata.. “What the worst that could happen?”) Dihalau oleh ibu bapa dari rumah?… takkan lah kot.. paling kuat pun.. kena bebel je…

Berbeza bagi orang yang sudah berumahtangga, risiko yang perlu ditanggung bukanlah terhad kepada diri sendiri, tetapi ia juga melibatkan keluarga. Saya tak kisah kalau kena makan megi setiap hari atau terpaksa berpuasa untuk 2-3 hari.. tetapi.. bagi anak-anak?.. takkan nak suruh mereka berpuasa juga? Sebab itulah saya mengambil masa yang sedikit panjang di dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya perlukan “situasi” yang selamat…

Alhamdulilah, pada bulan Ogos 2008 tahun lepas, saya telah berjaya menyediakan “situasi selamat” tersebut, dimana, sebelum saya menghantar surat perletakkan jawatan, saya telah memastikan:-

  • kesemua hutang piutang saya telah dilangsaikan, ini termasuklah  hutang kereta, hutang kad kredit dan hutang PTPTN.
  • mempunyai “reserve funds” selama 2 tahun. Bermaksud, selepas saya berhenti kerja ini, jika saya tidak mendapat wang sesen pun setiap bulan, saya masih boleh “survive” selama 2 tahun menggunakan wang simpanan yang ada.
  • memiliki “sumber pendapatan/perniagaan” lain yang stabil. Ya.. sebelum saya berhenti kerja, saya telah memantau pendapatan saya selama setahun dan mendapati, setiap bulan, pendapatan saya dari “sumber lain (perniagaan internet)” , adalah tidak kurang 2x ganda dari “gaji” pekerjaan makan gaji saya. Malah kadang-kala,  pendapatan saya perolehi melalui “perniagaan internet saya, melebihi sehingga 4-5x ganda gaji bulanan saya. Especially pada bulan-bulan yang mempunyai 5 minggu dalam sebulan. Mempunyai pendapatan yang stabil ini adalah penting, ini adalah bukti, bahawa anda benar-benar tahu dengan apa yang anda lakukan dan bukannya hanya sekdar “nasib”. Ada sesetengah orang bernasib baik memperolehi pendapatan RM10-30k sebulan.. tetapi malangnya, hanya pada bulan itulah sahaja.. pada bulan-bulan seterusnya, nak dapat RM1,000 pun susah.
  • mempunyai  rancangan untuk mengembangkan perniagaan. Ya! sebelum anda berhenti kerja, anda sepatutnya sudah mempunyai “perancangan” tentang apa yang ingin anda lakukan dalam masa 2-3 tahun selepas itu. Jangan nanti, lepas berhenti kerja, buat satu projek, lepastu.. dah tak tahu nak buat apa… parah kalau macam tu.

Itulah beberapa tips dari saya yang mungkin anda boleh gunakan jika anda ingin berhenti kerja. Buatlah keputusan dengan bijak, jangan berhenti kerja semata-mata disebabkan anda dimarahi bos, atau tertekan kerana terlalu banyak kerja, ataupun disebabkan “claim” over time anda tidak diluluskan.  Berhenti kerja secara mem”khinzir” buta, mungkin tidak menjadi masalah bagi orang bujang.. tetapi bagi yang sudah berkeluarga seperti saya, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan jauh.

Apa-apa pun, setiap orang mempunyai penilaian yang berbeza, sesuatu yang baik bagi saya, mungkin tidak baik bagi anda. “Nilai diri” setiap manusia adalah berbeza.. (err.. “Nilai Diri” yang saya maksudkan disini bukan “Harga Diri” yer.. nak tahu apa nilai diri, kena baca buku “Anda Berhak Hebat”).. jesteru menyebabkan setiap pilihan yang dibuat juga adalah berbeza.

Sekian… semoga berjaya!

P/s:- Kik link dibawah jika anda ingin tahu bagaimana anda boleh berhenti kerja dengan menjalankan perniagaan di internet sepenuh masa.

banner468a-bm

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

23 comments Subscribe Comments

  1. Huhuhuhu..pikir 2…3 kali gak nak behenti keje ni..nak berhenti keja paling senang di dunia…nak dpt kerja cukup2 susah. Nasib baik aku blom berhenti keja lagi..cuma cuti 3 bulan jerk..hhehehehe

  2. thanks Shuth…satu tips/nasihat yang baik…

  3. Mesti mau target setahun dua lagi baru boleh buat keputusan resign.. Income bulan2 pun ada sangkut lagi heh… Tahniah Shuth dah berjaya mencapai makam yang tinggi sbg IM..

  4. Pengalaman yang mendewasakan saya ni.tambah lagi bab ni:”kesemua hutang piutang saya telah dilangsaikan, ini termasuklah hutang kereta, hutang kad kredit dan hutang PTPTN.” bab yang saya tak lepas lagi hehe.Ni artikel kat blog smartzul untuk renungan gak: http://blog.smartusaha.com/usahawan-internet/2008/08/dilema-usahawan-internet-sepenuh-masa/

  5. Keterlanjuran? Oh!
    Ya berhenti kerja adalah sesuatu yang paling kritikal dalam hidup seseorang dan perlu untuk difikirkan seranum-ranumnya. Ranum? Oh!
    Tidak semua orang mempunyai pendapat yang sama. Situasi juga berbeza mengikut cara kehidupan yang di lalui.
    Ada juga buku-buku berkenaan kemahiran minda ini menerangkan, jika anda inginkan sesuatu yang lain di tangan anda, anda perlu buangkan yang masih anda genggam itu dan kemudian barulah anda akan dapat apa yang anda inginkan. Apa2 hal pon, kesemuanya itu atas keyakinan dan cara masing2 saje untuk memilihnya.
    Aduh Shuth, saya tanya sekali lagi ni huhu… :( mana nak dapatkan buku Anda Berhak Hebat tu…?
    Adios! ;)
    http://www.glowglokal.com

  6. Salam jai.. buku tu memang susah sikit nak jumpa.
    Tapi kalau nak mudah.. boleh beli je secara online dari web MPH
    http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9831010485

  7. Lain pula cerita saya.

    Saya dah lamer bercita-cita nak berenti keje ni, sejak 4 tahun yg lepas, tapi tak berhenti=henti jugak hehe. Tapi la ni betul-betul punya sebab saya dah prepare. Tahun ni sure saya berenti punya!

    Targetnya ialah ujung tahun 2009 ni, jeng jeng jenggg…

    Selamat tinggal bos!

  8. By mumtahanah on January 6th 2009

    sebut hutang yang tak tahan nie..hutang ptptn pon dah lama terencat, tak sambung2 lagi bayarnya..huhuhu..bosan betol tgk surat dorg dok sampai kat umah..huh!

    ikut masing2, janji apa saja jalan yg kita pilih buat yg terbaik..:)

  9. kat MPH pun takde stok nampaknya buku tu. shuth anda memang seorang yang hebat.

  10. By mumtahanah on January 7th 2009

    maizul,

    cuba beli kat owner ebook tue terus mana tau ada lagi stok kat dia ke..http://akademinlp.com/produk.html

  11. Bila la aku nak ikut jejak langkah shuth ni

  12. Menarik…satu perancangan yang berkesan. Tahniah kerana berjaya berhenti makan gaji !

    Saya ada buat posting dan kupasan tentang ‘Bisnes sendiri vs makan gaji’ – layari http://parentsbiz.com/inovasiesokblog/kerjaya/bisnes-sendiri-vs-makan-gaji.html untuk lebih maklumat. Selamat !

  13. Artikel yg menarik dan diselitkan juga unsur humor. tak boring baca. saya suka cara penulisan yg sebegini. teruskan Pak Shuth! :P

  14. tahniah kepada bro shuth.
    semoga sentiasa berjaya.

  15. Satu perkara yg perlu aku sedari dan persediakan diri sebelum melakukan mem’khinzir’ buta..

    Apa pun, tips nie akan dipraktikkan utk saya. Thanks for the tips bro.. YOSH!!!

  16. Tip-tip yang berguna. Saya tidak akan berhenti kerja selagi hutang2 masih belum dilangsaikan..

  17. Shuth,

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.

  18. aku alhamdullillah takde hutang
    kete, umah, sume takde
    kecuali hutang ngan family masa nak beli umah je

  19. By aku on July 2nd 2009

    aku cikgu dan juga jaga biz family kat kampung.Income kasar adalah dlm 20-30 ribu sebulan.buat lanskap dan nursery.

    aku ingat nak tumpu pd biz 100% tp bila pikir syg pula nak resign cikgu ni.gaji cikgu dlm 2500 sebulan jer…bg tahu ibu pun dia x brp galakkan tp dia tak kata yg aku x leh resign.

    masalahnya,tmpt aku ngajar dlm 250 km dan aku brulang seminggu skali dan dah 7 tahun aku brulang begini.x boleh tukar kalau dpt tukar x kisah mmg aku x akan fikir pasal resign ni.letih dn tertekan fizikal dan mental.skang ni adik dan pekerja yang jaga biz…

    tp aku rasa aku dpt langkah lebih jauh dlm biz ini dan dpat aturkan kewangan aku dgn lebih terurus sbb aku dpt tumpukan 100% komoitmen…mmg aku Yakin 200 % dgn takdir Allah…

    kini smangat aku masa ngajar dah down 80 % sbb asyik pikir dilema ini..tolonglah aku …….mcm mana ni ya..

    TOLONGLAH !!!!

  20. TQ shuth sbb bagi info pasal berhenti kerja ni. Mmg bleh jadi reference saya yang nak berhenti kerja tak lama lagi. Tq again.

  21. Benar2x tips yang sangat berguna. Jadi jika ingin berhenti kerja, tolong dipikirkan dahulu!

  22. Thanx En. Shuth di atas nasihat ni.

    Sedang sy usahakan semua tips-tips tersebut walaupun sy ni belum berkeluarga.


Add your comment