Twitter.. sebagai alat mencapai impian!
Saya sebenarnya sedang berusaha untuk mengekalkan azam tahun baru saya, iaitu mengupdate blog ini sekurang-kurangnya, sekali setiap 2 hari. ho! ho!.. harap anda tidak bosan membaca blog ini…
Ok! kali ini saya ingin bercerita tentang “twitter”… bagaimana “twitter” dapat membantu anda mencapai impian hidup anda. Err.. sebelum tu, saya bukan nak cerita tentang bagaimana anda boleh duit dengan twitter dan seterusnya membolehkan anda mencapai impian anda menggunakan duit yang diperolehi. Tetapi, saya ingin bercerita tentang “Twitter” dan “hukum tarikan (Law Of Attraction)”..
Ok!.. dalam buku “Law Of Attraction” ada menyatakan, salah satu teknik untuk mengekalkan “aura”/ “semangat”/”kuasa tarikan” anda terhadap impian anda, adalah dengan “mencatat”kan kesemua kejayan-kejayaan kecil yang anda perolehi. Dalam buku tersebut ada mencadangkan agar anda mencatatkannya di dalam sebuah buku nota kecil…. tetapi bagi saya, ianya sedikit menyusahkan. Bukan apa, sebelum ini, sudah 8 buah buku nota kecil saya beli dan gunakan. Tapi, kesemuanya habis di conteng oleh anak-anak saya yang “sangat rajin menulis & melukis” . Tak caya? Tgk gambar bukti dibawah.
Disebabkan itu, saya terfikir untuk mencatatkannya di “twitter” sahaja, selain ianya mudah (hanya perlu sms sahaja, tak perlu nak bawak pen & buku nota sepanjang masa). Ianya juga , sebenarnya dapat memotivasikan rakan-rakan saya yang lain (yang mengikuti twitter saya). Saya pasti, ramai rakan-rakan yang akan berasa “cemburu” dan akan termotivasi dengan”mesej-mesej bermegah diri” yang saya hantarkan di twitter. Ho! ho! ho!..
Niat sebenar, bukanlah nak bermegah diri, tapi hanya sekadar mencatat “memori” terhadap kejayaan-kejayaan kecil sebagai penguat semangat untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar.
Sekian, terima kasih..
Oh yer! Twiiter saya boleh diikuti di www.twitter.com/shuth
Yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.


memang ‘cemburu’ pun shuth…hohoho :p
SMS ke twitter tu kena charge berapa posen ..ikut rate telko malaysia ke international? Tak pernah laa pulak guna twitter ni … tapi tengok kau punwa tritter tu terasa teruja la pulak.
saharman >> saya check, 1 sms hantar, maxis caj 20sen. telco lain2 tu saya tak tahu la plak..
betul tu shuth..kawan nak ‘conteng’ kat twitter oun tak leh. =)
maxis caj 20sen kira oklah tu. aku pun nak buat twitter jugalah.
Ho ho dah daftar tapi tak penah guna namapknya azam tahun baru nak guna twitter lah plak nak jugak catatkan kejayaan walopun kecil
p/s : law of attraction memang menarik sejak baca kisah shuth dapat check dari CB saya terus berangan tu tup pagi tadi dapat dapat email dari pemilik product CB yng saya promote ada satu sale…dan itu sale saya yang pertama dari CB sejak saya buat IM ho ho thanks shuth…
wah.. Satu perkongsian menarik nie.. Thanks bro.. Kekadang buku tue kita dah bnyk tue yg tah mana2.. Pas 2 nak rujuk masaleh lak..
Salam Shuth dan rakan2!,
Apa yang Shuth tulis dalam twitter saya akan dapat lihat sbb saya jd following bg shuth… Ia mmg jeleslah tapi membina sbb saya gak bermatlamat ingin jadi spt shuth dan rakan-rakan lain dalam bisnes on line ni.
Jika shuth dapat duit dari program affiliate kenalah beritau dari web mana, begitu juga shuth yang menjalankan program ini sebagai contoh… Tapi setakat ni apa yang shuth tulis adalah jelas dan saya juga dapat mencarinya dari mana sumber shuth dapat income sampingan lain. Tahniah dan terimakasih shuth!
Pasal anak tu… samalah spt saya… huhuhu… anak saya jadi vandalisme dengan menconteng dinding rumah neneknya.. huhu…. bukan main marah orang tua tu…
Mana taknya bapak borek, anak rintik… Bapak tulis atas kertas, anak tulis atas dinding rumah…Sebab dulu bapaknya tulis atas dinding rumah arwah nenek.. huhuhu.. kreatif… kreatif…. wassalam
adios!
http://www.glowglokal.com (laman web dan blog saya dalam proses sedikit pengubah suaian untuk nampak lebih terampil… hehehe…)
ohohoho.. baru saya tau kegunaan twitter! kakaka..
Caj sama dengan SMS ke luar negara. So:
Maxis = RM0.20
Celcom = RM0.50
Dan untuk Bro. Shuth, Twitter Update bro tak ada link untuk follow. Terpaksa cari post ni untuk follow.
Boleh ker buat duit dng twitter tu? How?