Palestin! Apa yang boleh anda lakukan?
January 10th, 2009, by shuth

Palestin! Apa yang boleh anda lakukan?

Boikot Israel & Amerika

Keganasan Tentera Israel semakin menjadi-jadi, negara Palestin kini hampir lenyap di peta dunia. Hulurkan bantuan anda untuk menyelamatkan Palestin. Tidak banyak, sedikit pun boleh….

Petikan dari web Ustaz Zaharudin.

kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah’ seperti anda, terlalu ‘berjasa’ seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”

Ini antara beberapa usaha yang saya rasa, yang boleh saya dan anda lakukan..

1) Memberikan bantuan kewangan.

Caranya, login ke Maybank2u.

Klik “Accounts & Banking” >> Bill Payment >> Make a One-Off Payment >> View All payees by Category >> Select “Zakat & Charity” >>  Select”NSTP Fund for Gaza” / “Mercy malaysia”

Sumbangkanlah seberapa yang mampu. Jika setiap orang rakyat malaysia dapat sumbangkan RM1, insyallah, jumlahnya boleh mencecah sehingga RM20 juta.

2) Boikot Produk Israel & Amerika

Seperti kata alang, untuk memboikot kita perlukan alternatif .  Tetapi, kalau dah takde alternatif lain, nak buat macam mana. Mungkin itu boleh dikecualikan. Kalau yang boleh boikot tu.. boikot la.. kalau tak boleh.. tak mengapalah.

Bak kata Ustaz ustaz zaharudin, tidak boleh banyak sedikit pun boleh. Jika dulu makan McD seminggu sekali, mungkin kini boleh sebulan sekali, sememangnya lagi bagus kalau tak makan langsung.. OTAI Burger mungkin boleh menjadi alaternatif.

Oh yer.. boikot disini.. bermaksud, elakkan MEMBELI yer… bukannya suruh anda membuang produk-produk yang sudah anda beli dan sudah sedia ada di rumah anda seperti komputer dan juga  mee manggi kat dapur tu. Yang itu, dah lama beli dan digunakan, tak mengapalah.. tak payahlah buang. Kalau buang.. itu “Teknik Boikot Orang Bodoh” namanya. ho! ho! Kalau anda buang semua produk-produk keluaran amerika yang sememangnya sudah sedia ada di rumah anda.. yang akan terjejas nanti, bukannya ekonomi amerika.. tetapi ekonomi anda. Nanti karang, tak pasal-pasal nak kena beli komputer baru..

Jadi, jangan salah “teknik”… lakukannya dengan teknik yang betul.

3) Berdoa

Bagi umat islam, inilah antara usaha yang boleh kita lakukan. Jika seluruh dunia umat islam berdoa memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan palestin. Insyallah doa kita akan dimakbulkan.

4) Sebarkan & ajak rakan-rakan lain melakukan usaha ini.

Sebarkan mengenai usaha ini kepada rakan-rakan anda yang lain, sama ada melalui blog, forum, YM, SMS, email dan apa sahaja medium. Moga akan lebih ramai rakyat malaysia amnya dan umat islam khususnya menyedari dan prihatin terhadap isu ini.

Bagi yang ada blog/website, mungkin anda boleh letakkan banner “Kempen memboikot produk israel dan amerika” ini di blog anda. Anda boleh copy & paste kod banner di bawah. Banner ini telah direkabentuk oleh saudara sementkus dari wangcyber.com

Boikot Israel & Amerika
<a href=”http://inminds.co.uk/boycott-brands.html”><img src=”http://img135.imageshack.us/img135/2738/boikotpm0.gif” border=”0″ alt=”Boikot Israel &amp; Amerika” /></a>

P/s;- Saya dulu pun malas nak ambik pusing perihal palestin ini, tetapi apabila banyak sangat terima email forward, baca blog dan forum yang cerita perihal ini.. akhirnya saya terbuka hati juga untuk mengambil kisah dan akhirnya memberikan sedikit bantuan. Jadi, jangan pandang remeh tentang usaha anda. Mungkin email kiriman anda yang akan mengetuk pintu hati sahabat anda untuk turut membantu?

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

9 comments Subscribe Comments

  1. Salam Shuth dan rakan,

    Saya juga merasa amat sedih. Anda juga boleh melihat yang lebih dahsyat lagi di web youtube yang tak pernah keluar di kaca tv. Saya ada berikan ulasannya di Face Book dan mengiklankannya. Sudah dinyatakan dalam Al-Quran(kalu tak silap saya, kalu salah betulkan ye…)Bahawa bangsa Israel itu tiada negara. Kini akan terbalik pula sedikit demi sedikit bahawa Palestin akan jadi negara yang di realisasikan oleh Israel menjadi sebuah bangsa Arab yang tiada negara. Siapa yang bersalah? Siapa yang pengecut dan jadi pak turut telunjuk? Bayangkanlah sedara…

    Adios!

  2. Boikot kena bijak..
    Jangan membabi buta..
    Ada yang terlalu taksub sampai semua nak diboikotnya..
    Nak boikot yahoo, google, microsoft camne?

  3. Selagi negara Arab nerada di bawah telunjuk USA daripada segi kewangan dan bantuan ketenteraan, selagi itulah kita janganlah mengharapkan dunia Arab terutamanya akan bersatu…

    P?S : Saya telah pun melancarkan program yang boleh sekurag2nya membnatu bantuan daripaad segi kewangan ke atas rakyat palestin.Boleh datang ke bloeg saya unutk maklumat lanjut.

  4. Lagi negeri kalau dapat sms yang kata rakyat palastin tunggu masa untuk disembelih… mari ramai2 boikot dan pasang banner.

  5. By saramsak on January 11th 2009

    dari sejarah yg saya tahu, yahudi sememangnya tidak mempunyai negara…
    malah semua meraka dihalau dari semua negara seperti Jerman…
    tetapi Palestin sndiri yg mmberi tempat kpada yahudi utk bertapak di Palestin…
    akibatnya dapat kita lihat sekarang…

    kalau nk boikot smua sekaligus sememangnya 1 perkara yg amat sukar dilakukan memandangkan hampir semua produk yg kita guna pakai ada profit utk yahudi2 ni…
    jadi kita boikot selagi tidak menjejaskan keperluan harian…
    sekurang2nya kita dapat mengambil tindakan sedikit selain dari berdoa dan solat hajat…
    Wallaua’lam…

  6. Ya, saya amat setuju dengan pendapat Shuth. Sebagai seorang umat manusia dibumi ini walaupun kita tak mampu nak lakukan denga tangan kita kita mesti lakukan dengan apa cara sekali pun yang mampu lakukan.

    Bak kata sahabat saya, kalau tak boleh buat sepuluh kebaikan, jangan tinggal semua kebaikan. Dapat buat satu pun jadilah. Jangan sampai tak buat baik langsung.

    Begitu juga benci rasanya. Kalau tak dapat benci semua, janganlah sampai tak benci langsung. Boikot pun sama jugalah. Kalau tak boleh boikot semua jangan tak boikot langsung.

  7. saya pun dulu mcm saudara.langsung tak ambik port pasal palestin.tapi bila banyak membaca blog,forum saya terdetik hati utk sama-sama menyumbang utk menyedarkan org ramai isu palestin.


Add your comment