Membina Passive Income!

Saya rasa, ramai pembaca-pembaca blog ini sudah tahu, “apa itu passive income?”. Tetapi bagi yang masih belum jelas mengenainya, biar saya berikan sedikit info tentang passive income.

Secara ringkas, pendapatan (income) boleh dibahagikan kepada 2 kategori.

  • Active Income
  • Passive Income

“Active Income” ialah pendapatan yang anda perolehi apabila anda “aktif”, iaitu anda perlu sentiasa bekerja/melakukannya. Contoh mudah.. kerja makan gaji. Anda perlu datang kerja setiap hari.. kalau tak datang kerja, tak dapat duit (income).

“Passive income”  pula, ialah satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

Contoh paling mudah, adalah seperti merakamkan lagu (menjadi artis).  Anda hanya perlu merakamkan nyanyian anda sekali  sahaja di studio… selepas itu, setiap kali album anda terjual dan lagu anda diputarkan diradio-radio. Anda akan mendapat “royalti” (pendapatan).

Contoh lain.. menulis buku. Anda hanya perlu menulis buku itu sekali sahaja, selepas itu, setiap kali ada orang yang membeli buku anda di kedai-kedai buku. Anda akan mendapat royalti (pendapatan).

Satu lagi contoh lain, menyewakan hartanah. Anda hanya perlu beli sebuah rumah dan kemudian mencari penyewa, kemudian, setiap bulan, anda akan mendapat wang sewaaan (pendapatan).

Itulah yang dinamakan “passive income” dan itulah sebenarnya rahsia/teknik/cara bagaimana seseorang boleh menjadi kaya.

Orang-orang yang kaya, sememangnya sentiasa akan menumpukan usaha mereka kepada,  “membina lebih banyak  passive income”, manakala, bagi orang yang “TAK kaya-kaya”, mereka lebih sibuk memikirkan bagaimana “mencari kerja” (active income) di tempat lain yang boleh memberikan mereka gaji lebih besar.

Senang kata…

Orang kaya…… sentiasa sibuk buat kerja yang akan menjana “passive income” (pendapatan berulang).
Orang miskin… sentiasa sibuk cari kerja di tempat lain yang boleh beri gaji yang lebih besar.

Apa yang lebih menarik tentang “passive income” ini, ia bukan sahaja memberikan lebih banyak wang & pendapatan kepada anda, malah, ia juga turut memberikan lebih banyak masa (kebebasan dari segi masa). Yerla.. hanya perlu buat kerja sekali sahaja, lepas tu anda sudah boleh rileks dan melakukan perkara-perkara lain yang menyeronokkan di dalam hidup anda seperti berkelah di tepi pantai, menonton video kegemaran sepanjang hari, bermain PS3 ataupun meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Ada yang berkata…

“Saya nie manalah pandai menyanyi untuk buat album.”
“Tulis buku? Tak pandai la”
“Beli rumah untuk disewakan? Mahal ler.. mana ada duit nak beli!”
“Saya sibuk, takde masa nak tulis-tulis buku nie!”
“Ilmu saya tak tinggi.. tak layak lagi nak tulis buku!”

Ok!.. anda boleh sahaja terus mencipta berpuluh-puluh ribu lagi alasan… dan sedarkah anda, apabila anda membuat alasan, anda sebenarnya sedang membina tembok-tembok yang menghalang diri anda untuk mencapai impian anda. Satu alasan = satu tembok. Jadi.. berhentilah membina tembok-tembok tersebut…

Zaman sudah berubah, dunia dah maju….

Untuk membina passive income, ada pelbagai cara… tidak semestinya anda perlu pandai menyanyi,  tidak semestinya anda perlu mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk menulis, dan juga.. tidak semestinya anda perlu mempunyai wang berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membeli rumah dan menyewakannya.

Pada zaman ini, ada cara yang lebih mudah untuk anda membina passive income…. salah satunya..  ebook! Yer.. ebook! Anda hanya perlu tulis satu ebook, setup satu website dan tinggalkannya. Ianya mungkin akan mengambil masa 1 bulan untuk anda menyiapkannya. Tetapi, itulah sahaja masa yang anda peruntukan.. selepas itu, anda hanya perlu lihat wang masuk ke dalam akaun bank anda, dan jua, melakukan sedikit kerja-kerja pemantauan selama 5-10 minit setiap hari.

Marketing / promote website?  Oh! sebenarnya tak perlu sangat jika anda tahu bagaimana melakukannya dengan betul.. marketing/promosi, anda boleh lakukan jika anda rasa sudah tiada kerja lain hendak dibuat. Seriously..  website maskahwin.com, rahsiakambing.com dan ebook produk fizikal…. saya hanya promote 1-2 kali sahaja sebulan. Selebihnya, hanya check duit yang masuk dalam akaun dan hantarkan link download bagi mereka yang beli secara manual. Jadi, ia sememangnya adalah sebuah bentuk “passive income”.

Apa yang menarik tentang “menghasilkan ebook” sebagai “passive income” ini ialah :-

  • Ia tidak memerlukan modal yang besar, boleh dimulakan dengan kos yang sangat kecil, sekecil RM50
  • Risikonya juga sangat rendah , jika anda gagal menjual ebook anda dan tiada seorang pun yang membelinya (dimana ianya hampir mustahil).. anda akan hanya kehilangan RM50 (modal anda) .
  • Ia boleh diautomasikan.
  • Pendapatan anda tidak terhad (tidak seperti menyewa rumah, pendapatan bulanan anda adalah tetap)
  • dan apa yang lebih penting.. semua orang boleh lakukannya, walaupun jika anda baru berusia 15 tahun.

Baiklah, sebenarnya saya ada 2 gembira untuk anda yang membaca blog ini.

1) Hujung minggu ini, ada satu mini-seminar yang bertajuk “Membina Passive Income Melalui Ebook”. Ianya dianjurkan oleh SimpanDuit Consulting . Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut :-

Mini-seminar “Membina Passive Income Melalui Ebook”
Tempat : Quality Hotel, Jln Raja Laut, KL (Sebelah Medan MARA / Pertama Complex)
Tarikh : 18 JAN 2009 (AHAD)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Kapasiti : Terbuka untuk 30 peserta sahaja
Yuran : RM100 seorang termasuk makan tengahari

2) Speaker bagi mini-seminar tersebut ialah saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar a.k.a shuth. Ho! ho!

Jika anda berminat untuk menyertai seminar ini, sila sms Nama & Email anda ke 012-2011-555. Maklumat lanjut mengenai seminar dan cara bayaran akan diberitahu melalui email & sms nanti.

Buat masa ini… memang tiada website untuk seminar ini, seminar ini sebenarnya adalah khusus untuk ahi-ahli simpanduit.com, tetapi disebabkan masih ada beberapa kekosongan (7 tempat kosong lagi) , maka pihak penganjur membenarkan saya untuk memaklumkan dan membuka penyertaan mini-seminar ini kepada pembaca-pembaca blog saya.

Bagi anda yang berminat dan berkesempatan, bolehlah mendaftar. Yuran hanya RM100 sahaja.. ianya adalah harga pengenalan untuk  seminar yang pertama kali ini. Akan datang, yurannya mungkin akan mencecah RM500.

Sedikit info tambahan mengenai seminar ini, dalam seminar ini, saya akan berkongsi teknik dan rahsia:-

  • bagaimana menghasilkan ebook tentang sesebuah topik walaupun anda bukanlah seorang yang paling “expert” mengenainya, dan paling penting.. ebook tersebut akan laris.
  • bagaimana mengautomasikan aktiviti pemasaran website ebook anda.
  • tips menangani isu cetak rompak ebook anda
  • dan paling menarik, 3 langkah bagaimana membina perniagaan ebook sebagai passive income anda.

Jadi.. jumpa anda disana! jangan lupa sms Nama & Email ke 012-2011-555.

Yosh!

P/s:- Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Membina Passive Income!

  1. Insya-ALLAH.. Kalau kena gayanya hujung minggu ni, nak jugak pergi seminar ni..

    “Saya nak belasah shuth!” Huhu..

  2. Itulah sebenarnya rahsia nak duduk umah :D Passive income + financial freedom… Yeay! Yang best nye royalti, boleh dapat sehingga mati plus lagi 50 tahun selepas mati :D .. Sapa kate mati tak leh buat duit ? Heheh.. Itu la passive income yang lagi hebat. Dah mati pun, dapat duit :D

  3. Kalau berminat nak join workshop ini, sila REGISTER SEKARANG di 012-2011-555 (Azha) sebab tempat limited dan bayaran perlu dilakukan awal untuk dapatkan PENGESAHAN TEMPAT. Tinggal lagi 7 saja nih… first come, first serve.

    Kalau nak ilmu yang menarik ni, pada harga promosi pulak tuh, rebutlah peluang ini sekarang. Bukan senang nak tengok Sdr Shuth kita buat workshop untuk orang ramai.

  4. Ye lah.. Passive income yang memang tak terbuat lagi iaitu ebook..
    Alamak seminar kat KL plak…Harga memang berbaloi tu..
    Ada rancangan nak turun Melaka tak??

  5. Alamak, best gak ni. Ruginye ……. Shuth seminar ni berbentuk tahunan ke atau dwi-tahunan? Kehendak hati tu memang nak sangat dengar perkongsian Shuth dalam seminar ni …..

  6. Abooain >> Insyallah bulan depan ada lagi seminar ini. Tapi harga tak pasti lagi adakah sama atau tidak. Kena tanya pihak penganjur mengenai itu.

  7. memang best kalu dh ade passive income…
    sy pn masih tercari2 income macam tu yg sebenar..
    setakat ni, sume kena aktif! kalu x aktif x masuk duit la beb….
    waaaaaaaaaa!!! :( (

  8. di internet memang terbukti byk lubuk
    walaupun dah guna teknik marketing power… hehe
    namun income still masih lum nampak…
    (^_^) rezeki belum dtg, tapi usaha tetap kental…
    YAKIN DISANA AKAN ADA LUBUK EMAS ITU

    jgn mudah putus asa.. teruskan niat
    JANA INCOME MENUJU PENDAPATAN PROFESIONAL

  9. Fuh!! Tips menarik.. Apa pun perlu kerja keras utk jayakan “passive income”

    Boleh la keluar dari rat race macam bro shuth!! Yosh!! :D

  10. insyaallah, saya muncul kat seminar esok. Tambah ilmu skit.Reminder diri.

    Sy target at least 2 seminar setahun saya pergi.

  11. Aik? Sham pun datang?.. Sham dah otai ebook.. dah banyak ebook keluar.. tak perlulah datang kot.. takut bosan pulak nanti. :D

  12. Sy dah join seminar semalam….menarik & byk ilmu yg masuk…Tahniah Shuth & Simpanduit Consulting

  13. jauh nye nk g. shuth wat la ebook ttg seminar tu. nak gak blaja camne nak wat “passive income” ni

  14. ala….dah miss date tu lah… memg minat pun nk buat ebook ni… cuma xde idea je topik ape… holllaaaa…. help me please… sape2 ade yg sudi x nk kongsi idea…. :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>