Kuasa Ebook Cover!
January 16th, 2009, by shuth

Kuasa Ebook Cover!

Semenjak menukar theme baru ini.. memang bertambah semangat saya untuk mengupdate blog ini selalu. Hopefully pembaca-pembaca blog ini enjoy membaca blog saya. Dan bagi yang selalu baca blog saya ini melalui RSS reader/email sahaja, sesekali, jenguklah ke blog saya ini dan lihatlah wajah barunya..  he! he! he! :)

Ok.. kali ini nak bagi tips pasal “Perniagaan Internet” pula…

Orang kata.. “Don’t judge a book by its cover”..  tapi realitinya.. “They do!”..

Lebih-lebih lagi “ebook”, ianya tidak boleh dipegang dan selalunya, bakal pembeli tidak akan dapat melihat isi kandungan yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu sebelum membeli. Yang ada hanyalah salesletter yang memujuk pembeli untuk membeli. Disebabkan itu, “grafik” adalah sangat penting, imej grafik yang menarik & profesional akan membawa gambaran “secara tidak sedar” kepada bakal pembeli bahawa ebook tersebut adalah berkualiti. Manakala ebook yang kualiti imejnya buruk, membawa maksud “secara tidak sedar” bahawa kualiti tersebut mungkin juga buruk.

Ada orang kata, imej tak penting, yang penting adalah isi kandungannya. Nope! saya kurang bersetuju, bagi saya, kedua-duanya adalah sama penting.

Ianya sebenarnya, memberikan impak yang sangat besar, sama ada kepada bakal pembeli mahupun kepada bakal affiliate anda.  Honestly, saya pernah membatalkan niat saya untuk mempromosikan sebuah ebook setelah melihat “minisite dan cover ebooknya sangat buruk”, walaupun ramai yang mengatakan isikandungan ebook tersebut sangat bagus & menarik. Tetapi, bagi saya, ia seperti ada sesuatu yang tidak kena, ianya seperti seseorang yang berpakaian seperti pencuci kereta yang cuba menjual kereta BMW. Agak meragukan dan tidak menyakinkan.

Untuk mendapatkan ebook cover yang menarik dan profesional sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar, ada beberapa cara anda boleh lakukan.

1) Menggunakan Action Script

Pada masa kini, sudah terdapat banyak action script yang berkualiti tinggi dijual dengan harga yang murah. Dengan “action script” ini, anda boleh menghasilkan imej cover yang profesional dengan hanya beberapa klik sahaja.

Walaupun ianya mudah tetapi ia ada beberapa syarat.

  1. Anda perlu “ada” dan “tahu” guna software Adobe Photoshop
  2. Anda perlu ada sedikit bakat “seni”. Seriously! , saya pernah lihat ada orang yang membuat cover ebook menggunakan action script, tetapi ianya masih juga kelihatan hodoh.

P/s:- Kepada peserta-peserta miniseminar “membina passive income menerusi ebook” yang hadir pada hari ahad ini, saya akan berikan anda  action script ini secara percuma. Oh yer! Seminar ini sudah full house!

2) Mengupah Orang

Jika anda tidak mampu memenuhi 2 syarat yang saya nyatakan diatas, maka, kaedah kedua ini adalah pilihan terbaik. Biarkan mereka yang pakar melakukannya. Ia sememangnya memerlukan sedikit “modal” untuk mengupah si “pakar” tersebut melakukannya untuk anda, tetapi, ianya lebih mudah, menarik, cepat dan berbaloi. Kos “upah” menghasilkan ebook cover ini juga tidaklah terlalu mahal pada masa kini, terutamanya servis yang disediakan oleh anak tempatan seperti di VirtualNiaga dan juga Cheapest-Design.

Sekian untuk entry kali ini… sebagai penamat, terimalah video tutorial bagaimana membuat box cover menggunakan adobe photoshop. Yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

10 comments Subscribe Comments

  1. Do judge a book by it’s cover.

  2. Judge the ebook by it’s ecover!

  3. itulah.ecover cantik makan ctr pun naik.. :-)

  4. err.. CR drInpirasi… = Conversion Rate
    CTR to Click Throught Rate.. :D

  5. Antaranya.. Kulit buku menarik minat seseorang utk membuku dan membaca lebih lanjut isinya..

    Itu apa yang saya rasa bila nak beli buku kat MPH… :D

    Thanks bro for sharing.. Yosh!! :)

  6. sdra,
    dahulunya dont judge a book by its cover. sekarang, pls judge the cover of a book before you read/purchase.

  7. Salam shuth. Memang saya sama dengan Shuth, saya memang agak cerewet bab design. Saya juga kurang setuju dengan kata orang, design tak cantik takpe, asalkan content power. Bagi saya, 1st impression penting, sedangkan kita belum dapat lagi ebook tersebut, so, untuk bina sedikit keyakinan untuk mendapatkannya, saya memandang design sebagai kayu pengukur :)

    Thanks sebab iklankan servis saya :)

  8. By rohwisnu on January 23rd 2009

    adakah software yang dapat mengubah dari Word ke PDF

  9. Assalamualaikum,

    Akak baru je ‘komen’ cover yang Suhaimy buat untuk e-zine setbersalin sebab……yes, people do judge a book by its cover!

    Baca lah ye, jangan tak baca. Komen or kondem… takpe. Akak terima hihiii….

    Lihat: http://drhasanah.com/2009/tukar-cover-e-book-eh-e-zine-setbersalincom/

    Jangan lupa vote… biru atau hijau putih…. eh… err…biru atau coklat!

    Terima kasih dan jangan marah noooo….

  10. Aku dulu mula2 start biz semua buat sendiri, hinggalah ecover ebook aku..tapi tak laku laku 2 biji je….sehinggalah aku upah designer buat ecover ebook utama aku…Resultnya – dari 2 jualan sebulan jadi 100 jualan sebulan!!!!Memang menakjubkan ebook cover ni.


Add your comment