Nak Kahwin Dengan Jutawan?
Entri kali ini adalah khas untuk gadis-gadis melayu yang ingin mencari suami yang bergelar jutawan . Ho! ho! ho..
Pernah beberapa kali saya menerima email daripada “subscriber” maskahwin.com yang meluahkan tentang dilema mereka di dalam memilih pasangan.
Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , pernah menghantar email kepada saya dan bertanya kepada saya, lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.
Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin.
Lisa Surihani (bukan nama sebenar yer) , turut menghantar email kepada saya dan mengadukan tentang masalah beliau. Beliau amat mencintai seorang lelaki bernama Jehan Miskin (bukan nama sebenar lah!) . Namun begitu, ibu-bapa mereka tidak berapa setuju dengan pilihannya disebabkan Jehan Miskin ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Menurut Lisa, Jehan sebenarnya sedang sibuk berusaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Disebabkan itulah beliau tidak bekerja makan gaji.
Itulah antara 2 email luahan hati yang pernah saya terima . Terus terang saya katakan, saya sendiri tidak pasti siapakah pilihan terbaik buat mereka. Hanya mereka yang dapat menentukan siapakah pilihan terbaik mereka.
Namun begitu, saya ingin berkongsikan sedikit pandangan saya berkenaan hal ini.
Kebanyakan (tidak semua) gadis, sememangnya mahukan lelaki yang kaya sebagai bakal suami mereka. “Lebih terjamin!”… kata mereka. Apa yang “terkamin!”.. sayapun tak pasti. Namun begitu, lelaki yang kaya/jutawan.. selalunya.. adalah lelaki yang sudah berumur ataupun sudah beristeri empat.
Ramai gadis yang terlepas pandang hakikat ini, “jutawan-jutawan yang sudah beristeri” pada waktu ini, kebanyakkannya, sewaktu mereka berkahwin dulu, mereka bukanlah seorang jutawan. Suatu masa dulu, mereka hanyalah seorang lelaki biasa, ada yang bekerja makan gaji, ada yang hanya bekerja dikilang dan ada juga yang hanya membantu ibu-bapa mereka berniaga di pasar malam. Namun begitu, selepas berkahwin, lelaki-lelaki ini berasa lebih bertanggungjawap untuk menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka. Ditambah lagi dengan dorongan si isteri yang sentiasa memberikan sokongan hingga akhirnya.. suami mereka ini, berjaya dan menjadi jutawan.
Nasihat saya kepada gadis-gadis di luar sana, pekerjaan kekasih anda pada waktu ini sebenarnya adalah tidak begitu penting dan sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk jaminan masa hadapan hidup anda. Apa yang lebih penting pada pandangan saya, ialah, memastikan bakal suami (kekasih) anda itu mempunyai ilmu yang bagus di dalam perihal pengurusan kewangan.
Bagaimana nak tahu kekasih anda itu bijak mengurus kewangan atau tidak?… Mudah sahaja! lelaki yang bijak menguruskan kewangan selalunya ( diulangi.. “selalunya” yer.. bukan “mesti”..)...
- tidak merokok
- tidak gemar memakai pakain berjenama
- tidak mengubahsuai kenderaan
- tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
- tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
- mempunyai polisi insuran/takaful
- ada mempunyai wang simpanan
- sudah membaca dan mengamalkan ilmu yang terdapat di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang” oh!
Itulah antara beberapa ciri lelaki yang bijak menguruskan kewangan dan “mungkin” akan menjadi jutawan suatu hari nanti jika anda (sebagai isteri) bijak memberikan mereka semangat dan dorongan kearah itu.
Jadi.. timbang-timbangkanlah….Yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

oh..!! aizat adalah nama sebenarku…
=p
hahahha..thank shuth..tiap kali masuk blog ni dan baca, saya mesti tersenyum je baca tulisan shuth…heheh..santai dan berguna..ada maksud
tengah2 down ni, boleh lagi senyum masuk blog ni…
Eh! Agaknya keluarga Lisa Surihani tak suka kepada pasangannya yang bernama Jehan Miskin tu sebab nama pasangannya tu ada miskin kot… Ya laa…walau pun dia kaya raya nanti miskin tu tetap ada kann…
Sekadar gurauan.
Hahaaa….
Satu huraian dari Shuth yang cukup membantu, tak semestinya untuk gadis2 yang belum khawin jee…
Adiosss.
~JimieRay~
Pasni bro boleh bukak pulak kes mengenai masalah rumahtangga…agak bernas idea tu…kadang2 kita manusia selalu terlepas pandang…nie yang bagusnya kita saling ingat mengingati..
Ooo.. saya ada ciri2 di atas.
So ada gadis2 yang solo bolehlah berkenalan..
he ehhehe
huhuhu…kena banyak Solat Istikharah mereka2 yang bukan seperti nama di atas tadi
Alhamdulillah…
Semua ciri2 yg disebutkan, ada padaku…
wahai gadis2, meh serbu!!
haha..
ho! ho! ho!… apa lagi wahai si gadis yang ayu? Ramai jejaka diatas yang sudah open tender tu..
Ho ho tapi rasanya ramai yang jadik jutawan lepas ni lum kawin lagi ha ha cth adik labanon kita ngan bro ammar zahar boleh masuk sekali din bermaboi hi hi saya pun boleh jugak tapi jadik yg no 9 la ha ha
Salam Shuth dan kengkawan…
* tidak merokok
* tidak gemar memakai pakain berjenama
* tidak mengubahsuai kenderaan
* tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
* tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
* mempunyai polisi insuran/takaful
* ada mempunyai wang simpanan
* sudah membaca dan mengamalkan ilmu yang terdapat di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang” oh!
Baguslah Shuth, anda menyenaraikan ciri2 yang saya ada… oh…. terima kasih bebanyak… hehehe… oh ya, cuma buku Mas kahwin Yang Hilang tu je yang belum beli, tapi nak beli la nih…oh!
hahaha.. tapi yang penting bukan kekayaan yang akan menjamin kebahagiaan… Ingat tu ya gadis-gadis…
http://glowglokal.com/blog
http://glowglokal.com
Saya lak nak cari perempuan jutawan oh! Any tips bro shuth?
tidak merokok,
tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau..
itu je yg sy lepas. mcm maner nie..
hahaha..
Labanon >> perempuan jutawan selalunya hanya akan cari lelaki yang jutawan juga. So, kalau nak kahwin dengan perempuan jutawan, kena lah jadi jutawan dulu.. macam siti nurhaliza dengan datuk K. he! he! he!
tapi sumer tu tertakluk kepada JODOH memasing gak. Usaha dan tawakal di tangan kita. Yg menentu, hanya DIA
ai…kalu korang nak carik yg kayer, yang bergayer n yang buayer…merata leh dapat…tapi nak carik yg penyayang, menghormati kaum hawa, berilmu dan bertanggungjawab, mungkin sukar lah….tat y better kita carik kawan…baru carik teman…amannnnn….
Jutawan ada pelbagai preskripsi. Kalau kita adalah jutawan iman di dada, itu dah consider jutawan jugak. Lebih selamat dunia dan akhirat
Assalammualaikum dan salam ceria..
Bagi firadila biarlah lelaki tu “kaya kasih sayang dan kaya perhatian dan kaya dengan tanggungjawab”…wah..
Senyum dan ceria selalu..
emmm… amat bagus idea niee… lagipun sekarang nie majoriti perempuan sekarang nie mementingkan kesenangan, kebendaan, dan jaminan. macam saya sekarang nie.. umur saya tahun nie 28 tahun dan sedang mencari. kebanyakan yg saya dapat perempuan akan tanya 2 benda shj… ada kreta? ada rumah? kalau takde … REJECT !!!..
lepas nie saya kena cari org kampung plakk… that all tq..
http://funny-commercial-world.blogspot.com
Oh!!! Apa pun… Jika seseorang hanya pandang pada pekerjaan lelaki itu..
Maka, kena kelentong la jawabnya.. Selalunya.. Mereka nie pandai main ayat.. Huhhuhuhu..
Nice tips bro, utk gadis2.. Seomga ia bermanfaat..
Thanks bro..
ha ha ha…yang last tu rasa belum lagi.
* tidak merokok
* tidak gemar memakai pakain berjenama
* tidak mengubahsuai kenderaan
* tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
* tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
* mempunyai polisi insuran/takaful
* ada mempunyai wang simpanan
* sudah membaca dan mengamalkan ilmu yang terdapat di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang” oh!
apa pun, kaji dulu latarbelakang laki tersebut, jangan bilai pada pekerjaan sahaja, cuba lihat dari pelbagai sudut. contohnya seperti yang shuth beritahu. yang penting, amal ibadat dijaga dan juga mempunyai kemahiran dalam menguruskan kewangan. pastikan juga “tak paksa” diri, sebab kebahagiaan itu pun penting dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga(cehh, cakap mcm aku dah kawin pulak..hehehe)
Maksudnya saya kawen ngan lelaki tu masa dia miskin, then lepas tu bila kita dah kaya, dia pun tambah bini?
~
ho! ho! ho!.. jika itu yang anda fikirkan.. ya.. itulah yang anda akan dapat..
saya pon setuju ngan sedari kunci..mane aci cmtu..tyme susah bini die punye la tlg bg smgt sume2..bile da kaye raye..ttibe tmbh bini.. isk2 cmni ar laki zmn skg..bile da kaye lupa daratan..
pmpn sane sini..tmbh cawangan merata2..kcian bini die..
sy penah tgk ade pmpn yg jadik cmtu..
Saya tak tahu mengapa anda mempunyai fikiran yang sangat negatif berkenaan hal ini. Nampaknya, terpaksalah anda terus hidup miskin bersama suami anda semata-mata disebabkan anda beranggapan, kalau kaya nanti suami tambah lain.
Ironinya.. orang lelaki, kalau nak tambah bini.. bila-bila masa je dia boleh tambah.. tak perlu nak tunggu jadi jutawan / kaya. Silap-silap.. si laki tu cabut lari kahwin dengan “janda kaya” sebab tak tahan nak menanggung hidup anda lagi. ho! ho!.. macam mana?
hahaha..saya rasa, conclusion yang paling tepat ialah cari orang yang sama taraf (read: agama, harta, rupa paras, etc). takdelah salah seorang rasa inferior/superior.
cinta aje tak cukup, kaya aje pun tak cukup. we want more!
ye kami tamak
hohox..terpkslah aku ade yg 8 nie..insyaallah mna tau ade rezeki nak jd jutawan.. yg paling ssh bab rokok.. berape darr duit aku berhabis untukmu rokok.. touching giler..hehe
carik yang ada imann…. selamat dunia akhira