Awasi “brand” perniagaan anda!
January 24th, 2009, by shuth

Awasi “brand” perniagaan anda!

Suatu masa dahulu, adalah amat sukar untuk sesebuah perniagaan mengetahui tentang apa yang pelanggan “komen / ceritakan” tentang perniagaan mereka.  Baikkah? Burukkah?… selalunya, pemilik perniagaan tersebut tidak akan ketahui. Ini kerana, pelanggan yang tidak berpuas hati selalunya tidak mahu mengadu tentang ketidakpuashatian mereka kepada pemilik perniagaan secara terus, tetapi mereka akan menceritakan tentang pengalaman buruk mereka kepada ahli keluarga serta rakan-rakan  yang terdekat.

Sedar-sedar sahaja, hasil jualan perniagaan tersebut jatuh merundum. Mereka tertanya-tanya.. “Apakah yang telah berlaku?”. Setelah beberapa bulan, baru mereka ketahui.. rupa-rupanya, ada segelinitir pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk keluaran mereka dan kemudiannya menyebarkan cerita “buruk” tersebut.

Dalam satu kajian yang pernah dibuat suatu masa dulu, didapati, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati, selalunya akan menceritakan pengalaman buruk mereka, sekurang-kurangnya  kepada 12 orang yang lain.

Itu dulu… kini, dengan kewujudan blog dan pelbagai lagi medium komunikasi menerusi  internet (forum, group, myspace, facebook)… penyebaran kisah buruk tadi, tidak lagi terhad kepada 12 orang sahaja.. malah boleh mencecah hingga kepada beribu-ribu orang.

Begitu juga halnya dengan “cerita-cerita manis”  dari  pelanggan yang sangat berpuas hati . Mereka juga agak cenderung untuk menceritakan tentang pengalaman malam pertama mereka . Bagi peniaga yang mempunyai pelanggan seperti itu.. mereka akan dapati, secara tiba-tiba hasil jualan pernagaan mereka meningkat. Dan ya!.. mereka juga kadang-kala tertanya-tanya.. “Apa yang telah berlaku?”.

Sebagai seorang “usahawan/peniaga internet” yang segak & bergaya berjaya. Anda perlulah prihatin terhadap berita-berita berkaitan perniagaan anda. Berita baikkah? Berita burukkah?… anda perlu “alert” dan mengetahuinya. Ini agar membolehkan anda tahu “apa yang sedang berlaku” dan kemudiannya, bertindak balas dengan pantas terhadapnya.

Alhamdulilah… kini sudah ada cara untuk anda “alert” dan mengetahui tentang berita-berita atau “cakap-cakap” orang terhadap perniagaan anda.  Caranya? ….. dengan menggunakan “Google Alert”.

Hanya perlu masukkan “keyword / nama”  tentang perniagaan anda di situ, dan kemudian, setkan agar satu email notis pemberitahuan dihantarkan ke email anda  setiap kali Google menjumpai sebarang “post/maklumat/berita/video”  yang menyebut tentang “nama perniagaan” anda di internet. Menarik bukan?

googlealert-sempoihosting

Jadi.. apa tunggu lagi, lakukan lah sekarang!… usah lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah yang sedang diceritakan oleh orang ramai terhadap perniagaan anda.

Yosh!

Reblog this post [with Zemanta]
Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

7 comments Subscribe Comments

  1. salam shuth…saya pernah dengar Google Alert ni, tapi tak try lagi, bila dah review ni, memang kena try la…thanks shuth..bravo!!

  2. Thanks Shuth, satu makluman berguna ni, kena try!

    Sebab mulut kita boleh maju, dan sebab mulut juga kita boleh merudum jatuh tersembam!

    Yang tak adilnya, bila mereka ni tak memberi komen kat kita dahulu, so, kalu mereka repot kat kita dahulu, maka dapatlah kita tahu akan kesilapan kita!

    http://glowglokal.com/blog

  3. Bagus google alert ni. Terima kasih Shuth kerana share tools ni dengan kami semua…

  4. Kalau nak buat secara manual xterlayan gak nak check semua masalah pengguna kita nie…Hoho….

  5. Thanks bro… Kena try gak.. :D

  6. Google Alerts boleh diset sama ada secara komprehensif, ketika ‘alert’ itu berlaku atau jika ia berlaku dalam 1 hari. Yang bestnya, Google Alert amnik semua content dari news, webpages, video atau blog. Saya start guna Google Alerts time March 2008 lepas terjumpa teknik Amit Agarwal dalam membina content yang unik.

    apa-apapun, google alerts hanyalah satu tool. Gunakan ia seefektif yang mungkin.

    -Shueqry-

  7. hmm..baru baca..dh create akaun dah..harap2 cerita manis ajelah..


Add your comment