Prasyarat buat duit di internet!
Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”. Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.
Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…
Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?”
Apabila saya tanya…”Ada komputer di rumah tak?”… Beliau jawap.. “Takde”
Apabila saya tanya…”Pernah masuk internet? “… Beliau jawap.. “Takde, kalau gi CC selalu main games je!”
Apabila saya tanya…”Ada email tak?”… Mereka jawap.. “Dulu ada.. lepastu dah lama tak bukak, dah takde kot.”
“Dulu tu bila?”.. saya tanya lagi… “Hmm… 4 tahun lepas kot? Member yang buatkan masa tu..” jawap beliau..
Ok! ok!… dulu saya pernah beranggapan…. “Semua orang boleh buat duit di internet!”… tetapi apabila berjumpa dengan orang-orang di kampung.. saya surrender!… “Tidak semua orang boleh buat duit di internet!”.
Dan hakikatnya, jika seseorang ingin membuat duit di internet.. mereka perlu memenuhi beberapa prasyarat dan keperluan asas. Dan entry pada kali ini, saya ingin senaraikan beberapa pra-syarat yang perlu mereka penuhi sebelum mereka boleh belajar dengan lebih lanjut tentang “bagaimaan buat duit di internet”. Perhatikan.. saya sebut “mereka” (orang lain) , bukan “anda”.. sebab saya yakin, semua pelawat-pelawat blog ini sudah melepasi tahap prasyarat tersebut. Jadi, entry ini saya tujukan kepada “mereka”. Mungkin anda boleh gunakan ilmu pada entry ini apabila anda berjumpa dengan golongan-golongan “mereka” ini..
Ok! berikut adalah prasyarat yang perlu dipenuhi “mereka”.
1) Tahu menggunakan komputer & internet.
Jika mereka tidak mempunyai komputer di rumah pun tidak mengapa, yang penting, mereka tahu menggunakan komputer dan internet, (ada sesetengah orang memang rajin pergi ke Cyber Cafe). Yang lebih penting, mereka tahu apa itu browser, apa itu search engine, apa itu website dan apa itu email. Jika itu pun mereka kurang jelas dan agak kabur, mungkin anda perlu berikan mereka buku “Internet for Dummies”.
2) Mempunyai akaun email & sering menggunakannya
Ada akaun email sahaja tidak mencukupi. Tetapi, mereka perlu sentiasa menggunakannya. Ini bagi memastikan mereka benar-benar tahu bagaimana menggunakan email. Email adalah tersangat penting dan satu alat yang mesti ada bagi mereka yang ingin buat duit di internet.
3) Biasa menggunakan perbankan internet
Percaya atau tidak, saya pernah jumpa seorang manager IT di sebuah syarikat yang tidak pernah/tahu menggunakan maybank2u. Jika beliau seorang petani, bagi saya, biasalah tu kan?.. Tetapi ini.. seorang “manager IT”. Ianya boleh membuatkan saya terguling diatas tanah sambil ketawa terbahak-bahak dan terkentut.
4) Pernah membeli barangan secara online
Ramai orang hanya ingin menjual baramg di internet, tetapi tidak pernah membeli. Hakikatnya, mereka perlu menjadi pembeli terlebih dahulu untuk merasai dan mendapatkan gambaran yang jelas sejelas-jelasnya tentang bagaimana transaksi jual beli di internet itu berlaku. Untuk percubaan “pertama kali”, mungkin anda.. ops! “mereka”.. boleh cuba membeli barang-barang di internet yang berharga kurang dari RM10. Oh yer.. bagi mereka yang tidak pernah membeli barang secara online.. mungkin boleh “Klik disini” untuk mendapatkan “Panduan Membeli Secara Online” . Ianya adalah laporan percuma yang ditulis oleh saudara Syamsuriyadi.
Baiklah, itulah antara syarat-syarat keperluan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum mereka boleh menceburkan diri di dalam arena “buat duit di internet”. Tanpa kemahiran asas di atas.. mungkin agak mustahil sedikit untuk mereka berhasil membuat duit di internet.
Sekian, Yosh!
P/s:- Maaf jika entry kali ini agak membosankan, saya sebenarnya sedang “create outline content” bagi kursus untuk “retrench workers” anjuran XXX. Untuk mengajar orang-orang yang nak kena berhenti kerja yang tidak mempunyai kemahiran IT & Komputer ini, saya perlu bermula dari asas. Hopefully, saya tidak menjumpai pembaca-pembaca blog ini di dalam kursus tersebut..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

thanks for tips
memang banyak duit boleh buat kat internet neh kan. hehe
Skang nie pun ramai yang masuk ebiz nie, lebih skang nie ekonomi pun dah mcm yoyo….ramai plak yg dapat surat cinta
Memang diakui, bukan semua orang memahami konsep asas perniagaan internet. Bila sebut je “perniagaan internet” atau “bisnes online”..ramai yang beranggapan ianya berkaitan MLM online atau yang sewaktu dengannya.
Hahahah…siot Shuth, terkekeh saya gelak point no3 tu..hehehehe..sampai terkentut2..
apa-apa pun, memang satu artikel yg simple dan best
Kahkahkah… memang nak terkucil bila dapat tahu Manager IT tak tahu guna Maybank2u. Maybe dia bukan Manager IT tak shuth? Wah eksen sungguh aku nih… hehehe…
Itu orang kampung Shuth, tapi ni aku jumpa orang bandar… tak tahu langsung pasal Internet boleh dapat duit! huhuhu… sedihnya…

http://glowglokal.com/blog
Sebelum terlibat dalam dunia online bisnes semestinya kita kena tahu dan mahirkan diri ilmu/teknik yang berkaitan….
saya pun masih belajar…
orang kampung sekarang dah advance…
bawak laptop gi minum kedai kopi lagi…ahaks..
Kat point no. 1, ramai tahu menggunakan komputer dan Internet, tapi kurang tahu bagaimana nak menggali potensinya untuk dijadikan sebagai perniagaan atau sumber rezeki.
-shueqry-
orang kampung aku pun macam tu. sakit jiwa gak nak terangkan. haha..
firstly, sy nak ucapkan syabas n tahniah wat shuth kerna berjaya membuat blog yg begitu menarik ni. FYI sy tau smua point tu tp msh xtau bagaimana buat duit di internet. yg sy tau wat blog, jual ebook. Kalo shuth xkeberatan, blh share ngn sy
ha ha prasyarat yang menarik…ramai yang masih takut membeli belah di internet ni…dan ada gak yang memandang sinis perh!!!
hi ina! point2 yang saya nyatakan diatas tu.. hanyalah syarat asas, dan bukannya kaedah atau cara nak buat duit di internet. Selepas dah penuhi syarat asas tu.. barulah boleh pergi ke langkah seterusnya.. seperti mengenalpasti model “buat duit” yang mana satu yng nak dilakukan? nak buat affiliate ke? nak jual ebook ke? nak jual kat ebay ke?.. dan sebagainya.. ada 1001 cara nak buat duit di internet nie sebenarnya…
yang penting, ina kena pilih dulu satu cara/model.. lepastu belajar dengan lebih mendalam tentang cara tersebut.. lepas dah belajar.. praktikan pula..
insyallah ina akan berjaya memperolehi hasilnya.
Camne yer nak mulakan bisnes. Masalah saya tak tahu nak bermula dari mana. Harap dapat bagi info kat saya selok beloknya.
Walaubagaimanapun asas komputer dan internet perlu ada sebelum menceburi perniagaan internet
lawak betul aku baca apa yang ditulis oleh bro Shuth ni..tergelak aku sorang2 dalam bilik..nasib baik bini aku tengah masak..nanti ingat aku lain macam plak…
Betul tu, takde asas kmptr camne nak mula bisnes kan…macam adik aku, buta IT, tapi nak bisnes internet..suruh aku plak…sorang lagi member aku, memang pakar IT tapi suh aku jugak buat bisnes untuk dia..baik aku buat bisnes aku sdri kan…
Ada jugak yang berminat nak buat bisnes internet,
tapi tak sanggup nak melabur untuk pasang internet
kat rumah. Benda ni pun aku rasa penting jugak.
Kalau nak harapkan internet kat ofis, berapa lama
sangat kita dapat guna. Tu belum lagi kira company
izinkan atau tidak guna internet untuk tujuan lain.
wei bro, aku tau no 3 tu sape.. kejam betul ko nih… hehehe
tp dia skang suda maju, suda brani subscribe aweber utk company “N” guna credit card sendri..
pergh..
simple giler prasyarat nak buat duit kat tenet..
hahaha..
Simple pun tak buat
Complex pun tak buat
Habis tuuu?
aku pun pernah jumpa manager IT tapi penakut gila nak buat transaksi dalam internet, rela beratur untuk bayar bil.
Puncanya sebab fobia duit RM400 hilang di ATM belasan tahun lepas
dia juga suruh aku berhati-hati dan jangan percaya kat ebook…hahhahaa
Ye betul.saya setuju sangat dan yang paling penting point no3 tu.He3
betul tu bro… saya sokong 100% Pra Sayarat tu perlu ada untuk menjana WANG di internet… info yang membantu…