Nak Kahwin Dengan Jutawan?

Entri kali ini adalah khas untuk gadis-gadis melayu yang ingin mencari suami yang bergelar jutawan .  Ho! ho! ho..

Pernah beberapa kali saya menerima email daripada “subscriber” maskahwin.com yang meluahkan tentang dilema mereka di dalam memilih pasangan.

Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , pernah menghantar email kepada saya dan bertanya kepada saya, lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara  Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.

Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin. Continue reading

Seminar Ebook @ Quality Hotel

Alhamdulilah, petang tadi, seminar “Menjana Passive Income Dengan Ebook” telah berjaya diadakan di Quality Hotel dengan lancar. Seramai 34 orang peserta telah hadir pada seminar kali ini. Diharapkan, semua ilmu & pengalaman yang sempat dikongsikan, dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir.

seminarebookmedium

Peserta-peserta Seminar "Bina Passive Income Dengan Ebook" - 18 Jan 2009 @ Hotel Quality, KL

Seperti yang telah saya janjikan kepada semua peserta seminar, anda kini, sudah boleh akses ke page download yang saya nyatakan di dalam nota. Diharapkan, “bonus-bonus” yang terdapat dalam page tersebut dalam membantu anda lagi di dalam usaha membina “Passive Income” anda.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua peserta yang hadir dan apa yang boleh saya katakan, saya sangat seronok dapat bertemu & berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Terima Kasih! Yosh!

Kuasa Ebook Cover!

Semenjak menukar theme baru ini.. memang bertambah semangat saya untuk mengupdate blog ini selalu. Hopefully pembaca-pembaca blog ini enjoy membaca blog saya. Dan bagi yang selalu baca blog saya ini melalui RSS reader/email sahaja, sesekali, jenguklah ke blog saya ini dan lihatlah wajah barunya..  he! he! he! :)

Ok.. kali ini nak bagi tips pasal “Perniagaan Internet” pula…

Orang kata.. “Don’t judge a book by its cover”..  tapi realitinya.. “They do!”..

Lebih-lebih lagi “ebook”, ianya tidak boleh dipegang dan selalunya, bakal pembeli tidak akan dapat melihat isi kandungan yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu sebelum membeli. Yang ada hanyalah salesletter yang memujuk pembeli untuk membeli. Disebabkan itu, “grafik” adalah sangat penting, imej grafik yang menarik & profesional akan membawa gambaran “secara tidak sedar” kepada bakal pembeli bahawa ebook tersebut adalah berkualiti. Manakala ebook yang kualiti imejnya buruk, membawa maksud “secara tidak sedar” bahawa kualiti tersebut mungkin juga buruk.

Ada orang kata, imej tak penting, yang penting adalah isi kandungannya. Nope! saya kurang bersetuju, bagi saya, kedua-duanya adalah sama penting. Continue reading

Multiple Stream Of Income

Ok! jika sebelum ini saya cerita pasal passive income… kali ini saya nak cerita pasal teknik orang kaya meng”kaya”kan lagi diri mereka. Caranya ialah dengan mewujudkan “Multiple Stream Of Income (MSI)” atau dalam bahasa melayu sanskritnya..  “Sumber Pendapatan Pelbagai”.

Active Income + MSI

Yer… anda boleh mewujudkan MSI dengan melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Contohnya, pada waktu siang anda bekerja di pejabat, dan pada waktu malam pula anda menjual burger atau membawa teksi. Itupun dikira sebagai MSI, tetapi masalahnya… anda akan berasa sangat “letih & sedih” jika melakukannya pada jangka waktu yang panjang.  Letih sebab perlu bekerja sepanjang hari.. sedih sebab akan mengalami stress & tekanan akibat kepenatan yang melampau. Lagipun, jika anda menjadikan”active income” sebagai MSI anda, tidak banyak “saluran” yang boleh anda lakukan.. paling-paling banyak pun 2-3 kerja (MSI) sahaja. Continue reading

Membina Passive Income!

Saya rasa, ramai pembaca-pembaca blog ini sudah tahu, “apa itu passive income?”. Tetapi bagi yang masih belum jelas mengenainya, biar saya berikan sedikit info tentang passive income.

Secara ringkas, pendapatan (income) boleh dibahagikan kepada 2 kategori.

  • Active Income
  • Passive Income

“Active Income” ialah pendapatan yang anda perolehi apabila anda “aktif”, iaitu anda perlu sentiasa bekerja/melakukannya. Contoh mudah.. kerja makan gaji. Anda perlu datang kerja setiap hari.. kalau tak datang kerja, tak dapat duit (income).

“Passive income”  pula, ialah satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

Contoh paling mudah, adalah seperti merakamkan lagu (menjadi artis).  Anda hanya perlu merakamkan nyanyian anda sekali  sahaja di studio… selepas itu, setiap kali album anda terjual dan lagu anda diputarkan diradio-radio. Anda akan mendapat “royalti” (pendapatan). Continue reading