Seminar Produk Digital!
February 3rd, 2009, by shuth

Seminar Produk Digital!

Ok, kali ni saya nak cerita sedikit mengenai seminar yang akan dijalankan oleh saudara Ammar Zahar pada 15 Februari 2009 ini bertempat di Hotel Residence Uniten, Bangi. Insyallah, saya juga akan turut hadir di seminar tersebut untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama-sama perserta seminar tersebut.

Oh yer! Siapa Ammar Zahar nie?

Ammar Zahar nie bukanlah salah seorang peserta MyStarLG  ataupun Gelanggang RajaLawak 2009.  Ammar Zahar ini sebenarnya adalah seorang pelajar IPTA dalam jurusan “Senibina Landskap”.  Orang kata.. “Alaa.. Student U”.

Tetapi, apa yang sedikit berbeza tentang Ammar Zahar ini ialah, beliau berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan menerusi perniagaan internet yang beliau jalankan!. “Betul ke dia nie jana pendapatan 5 angka sebulan?“  . Jika dilihat pada produk-produk serta website-website yang beliau hasilkan seperti “Rahsia Newbie” , “Affiliate A+” dan “Koleksi Grafik V2″ , bagi saya, adalah tidak mustahil untuk beliau menjana pendapatan 5 angka sebulan. Tetapi jika anda inginkan lebih kepastian, mungkin anda boleh minta Ammar tunjukkan sendiri pada anda akaun bank beliau sewaktu di seminar tu nanti. Ho! ho!

Oklah!.. itu mengenai Ammar Zahar, bagaimana pula mengenai seminar yang akan dijalankan itu?

Ammar Zahar kata, di dalam seminar ini, beliau akan mengajarkan tentang  “Bagaimana melakukan kajian pasaran untuk mendapatkan produk yang mampu dijual dengan laris di internet?”. Perkara ini penting.. ini kerana, jika sesuatu produk tersebut tiada permintaan, maka agak sukar untuk kita membuat jualan.

Selain itu, Ammar Zahar juga akan menunjukkan “Bagaimana beliau mencari pasaran yang mampu melariskan produknya”.  Dengar kata, beliau ada sistem yang canggih dan berbeza dari orang lain. Itulah antara penyebab mengapa beliau dapat mengeluarkan produk demi produk dalam jangkamasa yang singkat.

Bukan itu sahaja, beliau juga akan kongsikan..

  • bagaimana caranya membuatkan orang tak sabar membeli produk anda.
  • bagaimana mahu mendapatkan jv partner yang betul serta
  • bagaimana teknik mempromosi tanpa mengeluarkan modal.

Kiranya, memang banyaklah juga ilmu-ilmu yang menarik dan bermanfaat yang akan beliau kongsikan.

Apa yang tambah menarik, apda hari seminar tersebut, akan ada juga beberapa artis IM jemputan seperti ehem.. ehem.. Shuth (oh!) , Amirul Faisyal dan juga Labanon dari Flarebiz.

Bagi anda yang berminat, daftarlah segera seminar ini >>disini!<< , bilangan peserta untuk seminar ini pula, hanya terhad untuk 40 orang sahaja. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan.. kita jumpa disana!

Yosh!

.

.

.

.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

4 comments Subscribe Comments

  1. Shuth..jumpa nanti..insyaAllah saya datang…tapi bukan sebagai peserta…tapi sebagai menyokong mana-mana IM tempatan yang mengadakan bengkel atau seminar :)

  2. By hazman aka species1980 on February 3rd 2009

    Alhamdulliah….

    nampaknya sekarang lebih ramai IM di malaysia mula mengadakan bengkel dan seminar.Ia amat membantu dan diperlukan oleh para newbie yang makin bertambah sekarang.

    p/s:bile shuth nak buat seminar dalam masa terdekat nie?

  3. sy suka themes baru nie, cantik dan userfriendly. sy msh mencari2
    themes yg sesuai utk blog sy…jenuh gak nk update setp 2 hari nie kekadang kering idea tak tau nk tulis pasal apa :)

    apapun tahniah dan semoga apa yg diimpikan tercapai….

  4. Laku betul seminar shuth sekarang. Haha :-)


Add your comment