Bagaimana Mula Buat Duit di Internet?
February 5th, 2009, by shuth

Bagaimana Mula Buat Duit di Internet?

Selepas saya menulis entry berkenaan “Prasyarat Buat Duit Di Internet”, ramai pula yang memberikan feedback dan bertanya (menerusi email) kepada saya, “Bagaimanakah mereka boleh memulakan perniagaan atau membuat duit di internet?”.

Baiklah, disebabkan ramai yang bertanya (lebih 1 orang.. oh!). Maka, saya akan cuba ceritakan serba sedikit secara ringkas mengenainya.

Intro

Sebelum anda menceburkan diri di alam bidang perniagaan internet ini, anda perlulah mempunyai ilmu-ilmu asas mengenainya. Dan ilmu yang paling asas, ialah mengetahui dengan jelas.. “Apa itu perniagaan internet?”. Kedengaran agak mudah dan kelakar kan?.. tapi hakikatnya, ramai yang tidak tahu mengenainya dan seringkali terkeliru dan tidak dapat membezakan di antara “perniagaan internet” dengan “pelaburan internet” dan juga “program buat duit di internet”. Untuk mengetahui tentang perbezaan antara semua itu, silalah baca satu artikel yang pernah saya tulis tentang “Kaedah Sebenar Buat Duit Di Internet”.

Saya harap, anda dapat membaca artikel tersebut, ini kerana.. ia akan dapat membantu anda mengenali dengan lebih jelas tentang 3 kaedah buat duit tersebut, jesteru dapat membantu anda mengelakkan diri dari terjebak ke dalam perangkap skim cepat kaya yang berlambak-lambak di internet ini.

Memilih Model/Cara

Selepas anda membaca artikel tersebut maka, anda akan mengetahui, sebenarnya.. terdapat begitu baaaaaanyak cara buat duit di internet (yg betul dan yg tidak betul). Bermula dari menyertai program google adsense, program affiliate, clickbank, berniaga di ebay, menjual ebook, menjual barang-barang fizikal, membuat blog, menawarkan perkhidmatan dan bermacam-macam lagi.

Apa yang perlu anda lakukan, baca “beberapa” cara/kaedah buat duit di internet yang anda jumpa, diulangi yer.. “beberapa” bukan “semua”..  kalau nak baca semua, nanti, sampai malaikat maut datang pun tak habis.. Ho! ho!, maklumlah, setiap masa, pasti akan ada sahaja cara-cara baru buat duit di internet akan muncul. Jadi, just baca beberapa kaedah dan kemudian nilaikan, kaedah yang manakah yang membuatkan anda berasa sangat “teruja” dan anda rasa anda mampu lakukan.

Tapi yang paling penting, pastikan cara yang anda pilih tu adalah cara yang betul la.. jangan pula pilih cara salah pula seperti  menyertai “skim cepat kaya”…. :)

Persoalannya… kat mana nak tahu “beberapa” cara buat duit di internet itu? Mudah sahaja.. anda boleh cari cara-cara tersebut di Internet! Gunakan google!.. tapi untuk lebih memudahkan anda, anda boleh layari website & forum wangcyber.com. Disitu ada banyak orang yang kongsikan cara-cara buat duit di internet, sama ada secara percuma mahupun secara berbayar.

Belajar / Cari Maklumat

Setelah anda menjumpai satu kaedah yanga anda rasa menarik dan mampu untuk dilakukan. Anda perlu membuat kajian dan pembacaan lanjut mengenai teknik tersebut. Contohnya, Clickbank, jika anda rasa teknik buat duit menerusi website Clickbank adalah menarik untuk anda dan anda rasa anda mampu untuk lakukannya, maka, anda carilah info lanjut mengenainya. Banyakkan membaca artikel, ebook, menonton video , berbincang mengenainya di forum ataupun menyertai seminar berkaitannya. Sememangnya, anda mungkin perlu  berbelanja dan mengeluarkan sedikit/banyak “modal” untuk mendapatkan ilmu yang berkesan mengenai sesuatu teknik tersebut. Tetapi, berpada-pada dan ikutlah kemampuan.. kalau anda mampu beli ebook, belilah ebook.. tetapi kalau tak mampu, kenalah rajin mencari maklumat sendiri di Google. That’s the rule.. untuk berjaya, kita perlu berkorban, sama ada korban wang atau korban masa.

Bertindak

Ini yang ramai selalu gagal untuk melakukannya, selepas anda sudah membaca dan mendapatkan ilmu tentang apa yang ingin anda lakukan… tibalah masa untuk anda LAKUKAN nya. “Just do it!” orang kata, lakukan dengan apa yang anda ADA. “Gagal selepas mencuba itu adalah lebih baik daripada langsung tidak mencuba”.. jadi.. cobalah.. coba kau coba~~… bak kata Faizal Tahir.

Ketahuilah, seminit anda bertangguh.. setapak anda mengundur dari impian anda (kalau ada lah! Oh!).

Diharapkan entry kali ini dapat memberikan sedikit idea dan panduan buat mereka yang masih kabur mengenai bagaimana hendak bermula mencari duit di internet.

Maklumbalas & pertanyaan lanjut dari anda amat dialu-alukan. Sila tinggalkan ia di ruangan komen di blog ini.

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

10 comments Subscribe Comments

  1. satu artikel yang menarik dan tersusun..
    biasanya, ada sesetengah tu bila dah dapat/beli ebook tapi baca separuh jer.Ebook tu jadi ikan pekasam kat dalam hard disk. Bukan satu atau dua tapi melambak-lambak ebook yang dibeli. This is based on my experience…

    Bak kata Wonderpets “Apa yang penting?…Bertindak!” (diubah skit :D )

  2. yup bertindak jangan bertindik plak…

  3. nak seribu daya,tak nak seribu dalih…jgn asyik 000..III..CCCC je

  4. By hazman aka species1980 on February 5th 2009

    Kena ada disiplin yang tinggi dalam melakukan TINDAKAN

  5. assalamaualaikum..
    bro, saya respek dgn cara bro tulis,rileks, tp padat…

  6. selalunya ramia yang dah baca pastu lambat bertindak atau tidak bertindak langsung

  7. Kena terus bertindak…jangan dok tunggu keadaan sempurna baru nak buat….yang tu belum adalah…yang ni tak cukup la…last lastdok diam jer…baru padan muka…dah nak kena cari motivasi plak…

    Pulak dah…

  8. ya betul, ada je idea terus je on…baru tau betapa bestnya jadi IM..

  9. By azezul on February 20th 2009

    Salam,

    Saya tertarik dengan apa yang di tulis, rasenyer sebelum ni saya ade menerima satu emel dari en Suhaimy n suruh fowardkan pada rakan-rakan, n kemudian jika ada pembeli, so saya akan dapat komisyen, memang menarik, malangnya pada waktu tu, saya tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempromosikan iklan tersebut, so lepas ni kalau ade lagi bende macamtu, saya x kan lepaskan peluang.

  10. By akma on August 14th 2009

    salam.. sy nak ucapkan terima kasih pd brother shuth sbb sudi berkongsi ilmu dgn pembaca. memang betul sekarang ni terlalu banyak program yang bermodalkan kemampuan untuk menjana duit di internet. saya dah letih baca.. sampai tak tahu kaedah bisnes internet yang ok dan praktikal utk dibuat. akhirnya perasaan nak buat bisnes online tu terpendam je.. sebab semua website perniagaan menjanjikan pulangan yang hebat2 belaka sehingga saya rasa macam tipu je semua ni. tapi dengan membaca aritcle ni saya dah dapat bezakan ape yang saya betul2 boleh lakukan.. namun, jika brother shuth xkeberatan, boleh tak kalau saya nak minta brother shuth terangkan tentang cara-cara kita boleh identfy samaada bisnes tu memang baik, meguntungkan, logik dan akan bertahan lama.. boleh kan?


Add your comment