Jutawan Anjing Setinggan?
February 6th, 2009, by shuth

Jutawan Anjing Setinggan?

Ho! ho!.. ambik kau.. burok benor bila dialihbahasakan secara direct.

Sebenarnya, semalam saya berkesempatan untuk menonton filem “Slumdog Millionaire”, dengar kata filem nie melotup kat US dan memenangi 10 Academy Awards. So, nak jugaklah tengok apa yang bestnya pasal movie nie.

FIlem “Slumdog Millionaire” ini sebenarnya menceritakan tentang seorang budak 18 tahun (Jamal Malik) yang ditahan oleh pihak polis, sebelum beliau menjawap soalan yang terakhir di dalam kuiz “Who Want To Be A Millionaire?”. Beliau di tahan kerana dituduh menipu di dalam kuiz tersebut. Tetapi, semuanya terjawap apabila beliau menceritakan tentang kisah hidup beliau yang hidup merempat dan tinggal di kawasan setinggan.

Itulah serba sedikit review untuk cerita nie, kalau cerita lebih-lebih.. spoil lah pulak nanti. Tak best pulak anda nak menontonnya.

Mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini ialah.. “Seseorang itu boleh menjadi jutawan jika ia memang sudah ditakdirkan”. Mesej tersebut, mungkin akan memberikan motivasi kepada sesetengah orang, tetapi bagi saya, saya sebenarnya  kurang bersetuju dengan mesej tersebut. (Mungkin saya akan ulas lebih lanjut tentang ini pada post akan datang).

Pada mulanya, saya menyangkakan kisah ini adalah sebuah kisah benar, tetapi apabila diselongkar di Google. Rupa-rupanya ia hanyalah sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel  (cerita rekaan semata-mata ). Ini menguatkan lagi “ketidaksetujuan” saya tentang mesej yang ingin disampaikan.

Walau apa pun, filem ini memang seronok untuk ditonton.Ianya tidak menceritakan tentang kisah benar seseorang.. tetapi ia menceritakan tentang “keadaan” yang sebenar di India. Jadi, tidak hairanlah mengapa filem ini tidak begitu digemari oleh rakyat India sendiri.

Dibawah sedikit trailer untuk filem ini..

P/s:- Eh? Bila pulak blog saya nie jadi blog review filem?…

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

20 comments Subscribe Comments

  1. Huhuhu… bro, dah tukar niche ke blog ni? keh keh keh… citer ni dalam english ke hindustan? :p macam best jer… boleh gak layan citer ni ngan bini.

  2. Cite nie campur, ada cakap hindu dan ada cakap english, majoriti english.
    untuk yg part hindu, ada subtitle english.. :)

  3. sempat ke budak tu jadi jutawan…. review tak habis ar shuth

  4. Nak tahu budak tu jadi jutawan ke tidak.. kenalah tengok!.. ho! ho! ho!..

  5. Dah due kali dgr pasal movie ni..first time tru twitter, by Irfan Khairi..die pun dh tgok.

    skrg shuth lak :D

    cume if itu prinsip yg di tekankan, sy pun tak setuju lah!~…tapi ttp nak tgok gakcete ni nanti :)

  6. betul tu..hohohohoh…

  7. heheh…
    shuth, jom kita buat filem Slumpig Millionare lak..:))
    kaya kita shuth!

  8. jika kita ingin menjadi kaya, kita tidak boleh mengharapkan takdir semata-mata….

    sebaliknya kita kena berusaha menciptanya!

    salam kekayaan,

    THINKERICH

  9. maksud nya cipta kekayaan itu he he

  10. By saramsak on February 7th 2009

    dah tengok dah citer ni…
    sy pon xbrapa nk bersetuju la dengan mesej yang nk disampaikan…

  11. nak tengok ah cite ni thanks shuth.

  12. citer nie ade best macam ong bak 2 tak?

  13. By Farizal on February 7th 2009

    Baru layan citer ni. Citer dia xde bodo² jenis menyanyi tukar² baju masa tengah syok layan movie. Pada saya yg 10 tahun sekali layan sampai habis cerita hindi ni, citer ni kira best lah :)

  14. Wah… Ko layan yer bro farizal.. :D

  15. shuth : takpe nnt aku suru member aku carikan… nak jadi jutawan gak

  16. Aiseh, kat semporna ni tak ada wayang gambar.

    Esok lusa terpaksa travel malam ke bandar Tawau semata-mata nak tengok movie ni!

    Mesti ada “positive impact” di dalamnya.

    Thanks Shuth, kalo tak baca blog ni, tak tahu saya yang filem ni ada. Really appreciate it, thank you!

  17. ok gak cerita ni, jalan cerita manarik

    kita kena buat slumgoat Millionaire (JV dengan rahsiakambing.com)

    ikhlas daripada
    Jamal Malik

  18. berdasarkan pe yg bro shuth cite nie cam best je
    :)
    malam ni gie tgk ar
    hehe

  19. By azezul on February 20th 2009

    Saya dah tengok dah citer ni sikit2, baru separuh jalan anak dah nangis, so tengok separuh jer la, lagipun takut la, ade ke budak yang sorang tu kene jirus asid dalam mata die, ngeri ooo…

  20. Syabas… satu filem berkualiti yang telah membolot 8 anugerah.

    Fakta:

    Dalam sejarah Oscar hanya 7 filem sahaja yang telah menang 8 anugerah atau lebih…


Add your comment