Rumah Untuk Di Sewa di Kajang
February 7th, 2009, by shuth

Rumah Untuk Di Sewa di Kajang

UPDATE TERKINI (12/2/2009) : Rumah sewa ini sudah TIDAK  “available”. Ianya kini sudah mempunyai penyewa yang baru. Oleh itu, pencarian bakat penyewa baru bagi rumah ini, terpaksa dihentikan. Terima kasih kepada semua yang telah sudi membantu.

Minggu lepas, penyewa yang menyewa rumah saya di Kajang , Selangor baru sahaja “checkout” setelah lebih 2 tahun menduduki rumah tersebut.  Kini rumah tersebut sudah kosong dan menanti penghuni yang bertuah untuk mendiaminya.

Berikut adalah maklumat mengenai rumah yang ingin disewakan tersebut.

Maklumat Rumah:

Jenis Rumah :  Apartment
Keluasan, 1,000 kaki persegi
3 Bilik 2 Bilik Air
Tingkat 4 (atas sekali, tiada lif, hanya tangga),
Lokasi:  Pangsapuri Sutera, Kajang Utama, Selangor (klik untuk lihat peta di google map)

Info Tambahan :

  • Kawasan Perumahanberpagar dan mempunyai pondok pengawal
  • 1 petak parking kereta khas
  • Berdekatan silk highway, mudah untuk ke kl, putrajaya atau serdang.
  • Ada bas khas dari kawasan perumahan ke stesyen komuter kajang
  • Berdekatan kawasan kedai, kedai perabot, kedai makan, kedai runcit, 7 elevan dan lain-lain
  • Kawasan perumahan, 95% melayu

Gambar :

(klik pada gambar untuk besar)

Kawasan Perumahan
Kawasan Perumahan
Pondok Keselamatan
Pondok Keselamatan
Dalam Rumah
Dalam Rumah
Dari Dalam Rumah
Dari Dalam Rumah
Pandangan Dari Luar
Pandangan Block
Pintu Rumah
Pintu Rumah

Makluman Bayaran:

1) Bayaran Permulaan (Sekali Bayaran):

  • Deposit Sebulan, RM450
  • Sewa Bulan Pertama, RM450
  • Deposit Air & Elektrik, RM100

Jumlah keseluruhan bayaran permulaan : RM1,000
- 50% dibayar semasa sign agreement (selepas melihat rumah dan bersetuju untuk menyewa, so, masa nak tengok rumah tu,bolehlah bawa duit sekali yer! kalau berkenan, terus boleh sign agreement dan bayar deposit.).
- 50% dibayar semasa ambil kunci.

2) Sewa Bulanan, RM450, dibayar pada setiap awal bulan.

3) Bil Pembentungan, RM8 sebulan, dibayar setiap 6 bulan

Hubungi :

Sebarang pertanyaan, boleh ditinggalkan di ruangan komen. Jika berminat dan ingin melawat rumah, sila hubungi saya di 012-3655 625. Keutamaan diberikan kepada pasangan yang bakal berkahwin atau baru sahaja berkahwin.

Reblog this post [with Zemanta]
Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

57 comments Subscribe Comments

  1. By suhaimi on February 26th 2009

    salam,,,shuth.nak cari umah area bangi,saya mengundang shuth n kengkawan ke majlis kahwin saya pada 01 mac 2009 nie di port dickson n9,,sapa yg dekat ngan sungai raya 2 datang la.

  2. By nurul wahida on May 24th 2009

    salam… saya nk cari rumah untuk disewa la, kalau ade rezeki & jodoh nak kahwin hujung tahun ni. so, nak cari rumah untuk duduk bila dah kahwin nanti la. kalau boleh nk cari kat area bangi @ serdang. kalau ade maklumat boleh tolong info, TQ.

  3. By ume abd rauf on August 20th 2009

    ingin mencari rumah sewa sekitar kajang & bangi..

  4. By ume abd rauf on September 17th 2009

    nak tanya..umah pangsapuri sutera ni avaiable lagi ke tak yer?..

  5. By iera on November 19th 2009

    Salam,
    kami bercadang nak cari sewa rumah pada Januari 2010…
    Ada sesiapa yang bolah bagi info
    Place: Area Cheras (Bandar Tun Razak)
    Type: Rumah Flat @ sewaktu denganye

  6. By yatie on November 19th 2009

    salam suhaimy,

    saya mencari rumah/flat/apatment untuk disewa, kemasukan January 2010… kawasan yang dikehendaki bangsar,bangsar south, kerinchi, bukit angkasa or sekitar . rate dalam rm400-rm550… for family… kalu en. suhaimy leh tolong…. thanks

  7. By mysara on November 30th 2009

    salam en suhaimy,sori sy jarang cek emel, tu sebab emel en suhaimy minta sy carikan penyewa tu tak berbalas sehingga en suhaimydpt cari org baru.anymway,sekarang ni saya berminat nk cari rumah sewa pula.tapi sekitar bukit mahkota dan nilai.nk minta en suhaimy mybe ade rakan-rakan yg mencari penyewa,boleh hubungi sy-017-2385887.tq


Add your comment