Kena Berhenti Kerja, Apa Nak Buat?
February 14th, 2009, by shuth

Kena Berhenti Kerja, Apa Nak Buat?

Saya mendapat email dari salah seorang subscriber saya yang mengatakan beliau telah diberhentikan kerja. Sekarang ini, beliau sedang tercari-cari pekerjaan yang baru. Saya doakan beliau akan berjaya menemui pekerjaan yang baru secepat mungkin.

Berlanjutan dari email tersebut, ianya membuatkan saya tergerak hati untuk menuliskan sedikit tips berkenaan perihal tersebut. Jadi, terimalah sedikit tips dari saya jika anda menghadapi situasi “dibuang kerja”.

Hadapi Dengan Tabah

Ramai orang yang diberhentikan kerja akan merasakan hidup mereka seperti sudah berakhir. Tetapi realitinya, tidak sebegitu. Anda mungkin boleh berasa down, kecewa dan sedih untuk 1-2 hari,  tetapi jangan biarkan ia berlarutan. Pada waktu-waktu begini, Anda perlu sangat-sangat untuk berfikiran positif. Berhenti menyalahkan sesiapa, kerana ia tidak akan membawa diri anda kemana-mana. Malah ia akan menyebabkan anda berasa lebih tertekan. Sentiasa tanam dalam fikiran, apabila satu pintu tertutup, akan ada 10 lagi pintu terbuka. Apa yang penting, halakan pandangan kepada pintu-pintu yang lain itu, jangan terlalu asyik mengetuk-ngetuk dan berharap pintu yang sudah tertutup itu terbuka semula.

Mulakan Pencarian Kerja Baru Secepat Mungkin

Satu lagi perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang diberhentikan kerja, mereka akan cuba cari pekerjaan di tempat lain yang setaraf atau lebih kurang sama dengan pekerjaan sebelumnya. Jika anda mempunyai dana kecemasan yang banyak yang boleh  menampung kehidupan anda selama beberapa bulan sebelum anda berjaya memperolehi “pekerjaan” yang “sesuai” dengan status anda . Maka, ia mungkin tidak menjadi masalah. Masalah timbul jika anda tidak mempunyai sebarang dana kecemasan, ditambah lagi dengan bebanan tanggungjawap yang besar sebagai seorang ketua keluarga, maka, keegooan diri itu perlu direndahkan sedikit, buat masa ini, adalah baik untuk terima sahaja dulu apa-apa pekerjaan yang muncul di depan mata (yang halal la). Cashier di pasar raya, attendan pam minyak, pelayan di kedai makan atau sebagainya. Sekurang-kurangnya, dengan pekerjaan tersebut, ia membolehkan anda mempunyai sedikit punca pendapatan setiap bulan , ianya lebih baik daripada tiada langsung.

Memulakan Perniagaan?

Ada juga yang bercadang untuk memulakan perniagaan apabila mereka telah kehilangan pekerjaan. Walaupun idea ini kelihatan agak baik, tetapi ia perlu juga dilihat dari beberapa faktor. Jikalau sebelum ini anda memang sudah mempunyai minat dan sedikit ilmu tentang perniagaan, ianya mungkin baik untuk dicuba. Inilah masanya untuk anda mencuba dan membuktikan segala ilmu yang terpendam di dada.

Tetapi bagi yang tak pernah ingin ambil tahu tentang perniagaan sebelum ini dan tidak minat terhadapnya, memulakan perniagan pada waktu ini adalah tidak digalakkan. Ianya kelak hanya akan menambahkan kekecewaan dan tekanan kepada diri.

Kesimpulan

Ringkasnya, apabila diberhentikan kerja, usah terlalu berasa kecewa dan putus asa. Sentiasa berfikiran positif, jadikan ia sebagai titik permulaan bagi memulakan kehidupan baru yang lebih baik. Rezeki ada dimana-mana, yang penting kena rajin berusaha dan beriktiar.

Sekian.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

25 comments Subscribe Comments

  1. kena tabah dan menerima dulu rasanya
    pastu moving forward kan. hehe :)

  2. Peluang dan Kejayaan ada pada mereka yang MENCARINYA..!! Kita jangan terlalu banyak berfikir sebaliknya banyakkan BERTINDAK. Seandainya GAGAL, cepat-cepat perbetulkan. Jika satu pintu kejayaan tertutup maka carilah pintu kejayaan yang lain yang masih terbuka luas.. :)

  3. Salah satu cara juga ialah redha, saya setuju ngan shuth kita jangan berharap pintu itu dibuka kembali…satu cerita yang saya nak kongsi…ada rakan saya dibuang kerja kerana tipu mc…dia cuba appeal dengan majikan sebab dia dah selesa kerja disitu…macam biasa kes ditolak…baru baru ni saya jumpa dia kembali…nampak lebih hebat…saya tanya dia buat apa sekarang dah jadik assistant manager…dengan gaji dua kali ganda dari tempat kerja lama…yang berjawatan hanya kerani ajer..

    kadang kadang kita tak tau apa yang ada didepan…so bak kata osman hafsham dalam iklan petronas jalan mesti kedepan :smile:

  4. By hazman aka species1980 on February 15th 2009

    Selain dari itu….kita boleh meminta sahabat memberikan bantuan atau khidmat nasihat….tapi kena cari yang betul2 nak tolong laa

  5. Betul tu Shuth..Artikel yang menarik dan penuh inspirasi. Semoga mereka yang diberhentikan kerja tu terus tabah dan anggaplah bahawa anda sebenarnya baru bermula semula untuk mencari rezeki baru yang lebih baik!

    Setiap kejadian ada hikmahnya!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi.

  6. kena buang kerja yer…
    tanam cendawan pun ok jgk…
    hehe..betul ni…

  7. kerja..oh kerja..pening jika terlalu difikirkan..en suhaimy, apa pendapat anda ttg blogstarz yg tgh meletup2 skrg ni??

  8. Salam Shuth dan semua!

    Kepada yang diberhentikan kerja tu,
    Yang paling penting, anda perlu tahu setiap orang mempunyai rezeki masing2. Jangan khuatir atau bimbang jika anda tak dapat peluang pekerjaan lagi selepas diberhentikan kerja.

    Yang paling penting berusaha dan berdoa selalu walau pun kita tahu kita tetap mempunyai rezeki yang akan di berikan Tuhan.

    Fokus kepada minat dan kelebihan sendiri bagaimana ia mampu memberikan punca pendapatan. :)

    http://glowglokal.com/blog

  9. kalau kena buang keje, buatla full time IM macam bro shuth kita nie..hehe..

  10. Bagus baca artikel ni. Bagi yang kene buang kerja tu patut baca artikel ni sekurang2 dapat menambahkan semangat anda semula. Dalam pemerhatian saya di kawasan saya dalam keadaan ekonomi meleset ni banyak peniaga-peniaga baru memulakan perniagaan. ada peniaga burger yang menyewa tapak berniaga terpaksa berpindah jauh sikit dari tempat asal kerana tuan asal ingin berniaga burger di tempat yang disewakan. bayangkan ada 2 gerai burger yang berapa jauh jalan kaki pun sampai di satu tempat. yang satu dah lama yang satu lagi baru nak mula.

  11. Thanks Shuth, artikel simpel yang santai untuk dibaca.

    Apa nak buat? Hmm..ini beberapa cadangan saya:

    Pertama sekali, untuk terdorong rajin berusaha mencari kerja, gali hikmah disebalik kejadian tersebut. Mungkin, dibuang kerja tu jadi petanda untuk memperbaiki diri juga kualiti kerja di masa akan datang, di tempat keje baru.

    Kedua, paksa diri cari kerja. Kalo tunggu lama-lama, enjin jadi sejuk. Kalo lagi lama, maka akan jadi selesa sebab enjin dah terlalu sejuk. Akhirnya, asyik bertangguh cari kerja.

    Ketiga, buka perniagaan kecil-kecilan untuk ‘fast cash’ buat sementara waktu. Cara ini boleh dilakukan melalui internet atau bukan internet.

    Keempat, ni paling penting. Mindset! Jangan anggap cari kerja ni susah. Peluang kerja memang banyak cuma kena sesuaikan diri, terutama jenis pekerjaan yang tak pernah dibuat sebelum ni.

    Bayangkan kerja yang Anda nak, cara kerjanya, stail dan suasana ruang kerja. Bayangkan sekerap mungkin, kemudian hadirkan emosi gembira seolah-olah sidah ditemukan dengan kerja itu sekarang ini. Fikiran berimaginasi cepat menarik situasi-situasi seperti yang dibayangkan, janji hadirkan emosi-emosi positif seperti girang, gembira, ceria, suka.

    Moga 4 cadangan itu dapat membantu.

    -Shueqry-

  12. By kaktus on February 17th 2009

    hi shuth..

    saya mmg berminat utk buat bisnes intenet ni..x payah malu2 jual produk ngan org..saya juga teringin utk mengikuti mana2 sminar yg shuth buat…tp memandangkan byk masalah mcm masa-sminar slalu 1 hari..anak xde org nk jagala…x dpt sokongan family..dan adalagila..agak2 kalo belajar mlalui buku, e-book saja tanpa pg sminar bolehke berjaya?

  13. shuquery >> thanks for the great sharing

    kaktus >> ini sebenarnya bergantung pada diri masing2. Ada sesetengah orang, dengan baca buku & ebook sahaja, dia dah boleh “capture” dan bertindak. Ada sesetengah orang, kena pergi seminar baru boleh “dapat” dan berjaya. Ada sesetengah orang lagi, kena buat secara “mentorship” baru boleh berjaya.

    Ianya sebenarnya terpulang kepada diri masing2.. so.. kaktus kena identify dulu, kaktus nie orangnya macam mana?..

  14. berfikir dan bertindak segera.

  15. By ice on February 20th 2009

    lau saya kene buang kerja,saya balik kampung.dok umah mak.bestt woo..semua benda free..astro x yah bayar,umah xyah bayar,kereta pakai kete mak,letrik xyah bayar.makan mak masak.hehehehe..sorry,saja bergurau:P

  16. By azezul on February 22nd 2009

    Sekarang banyak kes orang kene buang kerja, kilang/industri di Johor ni boleh tahan jugak asik memberhentikan orang. Trend sekarang ni, kilang/industri akan beri cuti tanpa gaji, contohnya bagi cuti 10 hari, so 10 hari tu x gaji la. Kesian, kesian…

    So saya cadangkan supaya shuth buat satu seminar kat Johor ni, buka minda dieorang nak buat bisnes internet. Amacam ok??

  17. By syah on March 1st 2009

    Aku pn xtau lh.. Sbb ni mayb bkn slh bos ak sgt pn, sbb ak yg nk benti n skang ak try ngan fulltime internet marketer tp kdg2 rasa janggal dn payah.

  18. Assalamualaikum.. (sebarkan salam)

    pada saya jika kena buang, cari kerja sementara mencari pekerjaan yang sesuai.

    Namun, kerja dalam bidang berbagai itu adalah satu yang menakjubkan..

    banyak yang anda akan pelajari..jadi jgn takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

  19. bila saya baca post ni, teringat lak pada buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ karangan Shamsuddin Abd Kadir..

    bagus buku ni, dia ajar serba serbi macamana nak uruskan kewangan.
    waktu kena berhenti keja pun ada..

    dia cakap, the safest way kita kenalah buat persiapan yang secukupnya. jangan bergantung pada satu punca pendapatan. hm macam warren cakap tuh..

    saya cukup respek ngan amzani.. dah la engineer besar dah, berjaya dalam IM lagi..

    kalau ekonomi meleset, ekonomi dia agak susah la nak meleset..

    tahniah bro amzani..

  20. Preparation is very very important. You have to prepare before it is happen. So keep saving ur money consistently while you still can save them before it too late.

  21. hurmm…bagi fresh graduate nie nanti pasty terkapai2 diluaq sne sekiranya tiada sebarang rencana…

  22. sekarang ni camtulah, nak cari kerja makin lama makin susah. Jomlah kita sama-sama buka peluang pekerjaan, bukan hanya menunggu peluang pekerjaan

  23. By noordin on August 10th 2009

    Usaha yang paling mulia ialah bisnes. Usaha paling mencabar juga bisnes. Reward yang tiada batasnya juga bisnes. Tapi kalau tak sanggup ambil risiko elok kerja makan gaji – kerja dengan orang lain. Biar ‘orang lain’ tu yang tanggung risiko. Kalau untung dia yang dapat semuanya.. dan kalau rugi kita hilang kerja!

  24. By azlan on October 29th 2009

    salam ,,IM itu apa


Add your comment