Kenapa anda bekerja?
February 18th, 2009, by shuth

Kenapa anda bekerja?

Jika ditanya, “Mengapakah anda bekerja?”.. rata-rata akan menjawap “Sebab nak duit lah!”.

“Nak buat apa dengan duit tu?”…..

A. Untuk sara hidup ( makan, minum, pakaian, bil-bil rumah dan sebagainya)
B. Untuk membayar hutang ( kad kredit, kereta, motor, personal loan, kedai mamak)
C. Untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan di dalam hidup ini. (kereta mewah, rumah idaman, melancong dan sebagainya)
D. Sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang, serta menjadikan dunia ini lebih baik.

Dari kajian yang dilakukan, mereka yang berumur 20-an akan menjawab A. Untuk yang berumur 30 an pula, akan menjawap B, dan bagi mereka yang  berumur 40an… mereka akan mula berfikir secara mendalam dan bertanya semula.. “Apakah ini yang aku benar-benar inginkan dalam hidup?”.

Dan selalunya, hanya selepas sesorang itu dapat menjawap soalan tersebut, barulah beliau akan memilih jawpaan C.

Jawapan D? itu hanya untuk otai-otai seperti..  tiger wood, oprah winfrey, bill gates dan yang sewaktu dengannya.

Jadi.. cuba try tanya diri kita… “Kenapa kita bekerja keras hari ini?”

Ada sesiapa ada jawapan yang lain selain diatas? ..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

25 comments Subscribe Comments

  1. Hmmm… agak sukar untuk menjawab soalan subjektif dalam bentuk objektif..:D Tapi jawab jugalah mana2 yang hampir. Kalau masa PMR dulu, main tikam jer. tak pun guna dadu… hahaha. (mana dadu aku ni…)

    Mula-mula, tujuan saya bekerja adalah kerana minat dalam bidang yang saya ceburi ni. Sebabkan minat, so saya pun belajar dan masuk Uni. Lepas grad, dapat keje. Bila dah dapat keje, tambah satu lagi tujuan iaitu sebab nak sara hidup.

    Saya berumur 30an namun jawapan saya bukan B sebab saya takde hutang kredit kad, takde hutang rumah, takde hutang kereta dan yang paling penting saya takde hutang dengan mamak2 roti canai sebab kat sini memang takde kedai mamak.

    Jawapan C mungkin juga bukan pilihan saya jika saya berumur 40an kerana impian duniawi saya telahpun tercapai. Impian Ukhrawi jer tak capai-capai lagi…:(

    Jawapan D juga bukan jawapan utk saya kerana masa lapang saya sudah dipenuhi dengan perkara2 lain.

    Jadi jawapan yang paling hampir ialah A kot… sat nak lambung dadu sat…

    haaaaa… betul, dadu cakap A.

    Shuth, saya pilih A. :D

  2. Saya pilih D.. Sebab dah bosan duduk rumah.. :lol:

    PS: Err Shuth.. Boleh ke guna jawapan mcm ni dlm peperiksaan.. :P

  3. Huhu Shuth.. Sorry2.. Lepas baca 2 kali baru faham artikel ni..
    Mula-mula baca mcm bunyi ni “Kenapa Anda Memilih Bekerja Dengan Orang lain?” dan “kenapa anda pilih utk cari kerja”.. Tu yg saya terbagi jawapan D (Nampak mcm poyo bila baca balik.. Hehe)

    Silap faham rupanya.. Rupanya post ni berbunyi “Mengapa Anda Bekerja Keras?”.. Sorry.. Silap fahaman.. Kalau ini soalannya, jawapan saya ialah A dan C sbb saya tiada hutang.. Hehe.. :)

    PS: Org demam la katakan.. Semua nampak lain je.. hehe..

  4. ohhh… nampak gayanya saya pon dah silap bagi jawapan… hahaha… baiklah .. SAYA BEKERJA KERAS HARI INI SEBAB NAK BELI TIKET BOLA MAN U LAWAN NEGERI SEMBILAN…!!!!!

    ehhh.. silap… LAWAN INTERMILAN..!!!!

  5. Cis.. Mentang-mentang ada kat sana.. Jeles ni Bro.. Hehe..

  6. By hazman aka species1980 on February 18th 2009

    untuk diri saya jawapan saya buat masa nie ialah A….dan B…keje untuk keperluan diri dan memenuhi kehendak hidup yang termampu….

  7. Jawapan dari saya :-

    Semua ini dialami semua org.

    Jawapan A :- Bagi saya, perlu bekerja kerana Hari nie, merupakan semua keperluan hidup memerlukan WANG..

    Jawapan B :- Bekerja Untuk Meng’KAYA’kan BANK…

    Jawapan C :- Berbalik Kepada Jawapan B..

    Jawapan D :- Apabila memiliki sesuatu perkara dijadikan HOBI… Pasti nielah yang diidamkan semua ORANG… Membuat dengan MINAT, tetapi Wang tetap masuk…

    Jawapan D merupakan IMPIAN saya… :D

    Adakah ini jawapannya.. Pada saya, SHUTH memainkan psikologi yang cukup mendalam untuk kita paham dan dalami apa maksud kita untuk mendapatkan WANG..

    Tidak kira bekerja makan GAJI, atau USAHAWAN IM Full Time…

  8. saya kerja keras untuk family :)

  9. saya bekerja untuk menapatkan wang..
    mendapatkan untuk menjadi jutawan! :) )
    jadi jutawan untuk mendapat kebebasan kewangan!
    yeah!! insyaAllah..

  10. Ok! ok!.. saya tak pasti sama ada pembaca blog ini dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan atau tidak. Jadi biar saya berterus terang saja dan cuba mengeluarkan apa yang “tersirat” di dalam entry kali ini.

    Dulu.. selepas grad, saya pun pergi cari kerja, pada masa itu saya tidak sedar dan tidak pernah bertanya dan berfikir seacara mendalam.. “kenapa saya perlu cari kerja?”. Apa yang saya tahu, masa tu, saya kerja sebab nak cari duit sendiri, nak buat makan, nak minum, nak enjoy, nak beli keta dan nak kahwin. Jika di dimbas-imbas balik, sebahagian besar duit saya akan digunakan untuk tujuan “sara hidup”. Iaitu bayar sewa rumah, beyar bil, makan, minum, baju, tiket wayang, majalah, vcd, tiket bola dan sebagainya.. semuanya hanya sekadar untuk tujuan sara hidup dan sedikit “suka-suka” di dalam hidup.

    Kemudian apabila sudah berkeluarga.. dan sudah lama sedikit di alam pekerjaan (3 tahun), saya mula terfikir.. “Yang saya keja penat-penat sampai nak mati (buat overtime) ni nak buat apa?”. Pada masa itu baru saya tersedar.. dan apabila dikira-kira.. hampir separuh gaji saya adalah semata-mata untuk membayar hutang sahaja. Itu yang dapat jawapan B tu. Rupa-rupanya, saya kerja bermati-matian ini, hanyalah semata-mata untuk membayar hutang.

    Sara hidup? Oh! Berapalah sangat.. tak habis pun RM500 kalau nak dikira wang yang saya gunakan untuk sara hidup.

    Jadi saya fikir, kalau saya dapat bebaskan diri dari hutang.. saya hanya perlukan RM500 sahaja sebulan untuk hidup. Jadi, tidaklah perlu saya berkerja bermati-matian (buat overtime & part time hingga larut malam) untuk mendapatkan wang gaji yang besar.

    Sehinggalah akhirnya saya berjaya melangsaikan semua hutang saya… kini!.. saya merasakan, tidak perlulah saya bekerja macam nak mati lagi.. so saya quit! (berhenti kerja). Bukan nak cakap besar, tapi kalau setakat nak dapatkan RM500-RM1000 sebulan tu, dengan hanya duduk di rumah diam-diam dan tengok TV sepajang haripun pun saya boleh dapat duit sebanyak tu dalam masa 2-3 hari. Sebabnya, perniagaan internet saya banyak yang sudah di”autopilot”kan.

    Jadi, saya perlukan alasan yang baru.. “Kenapa saya perlu bekerja?”. Kalau saya takde alasan/sebab untuk saya bekerja.. kenapa saya perlu bekerja bukan?…

    Macam orang selalu kata pada Dato Siti lah.. “Siti!.. yang ko masih nak menyanyi-nyanyi nie lagi nak buat apa siti? Kan ko dah kaya! Dah ada rumah, kereta, anak, keluarga, duit berjuta-juta… dah complete dah semua.. jadi apa lagi yang ko susah-susah nak bekerja dan menyanyi lagi?”

    Sudah pastinya.. jawapan dato siti ialah.. D. Minat, hobi dan
    sebagainya.

    Tetapi, saya.. belum lah lagi sampai tahap tu.

    Sekarang nie, saya mempunyai alasan yang baru untuk saya terus bekerja. Iaitu.. “Untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan di dalam hidup ini”… seperti.. memiliki kereta mewah, rumah banglo, pergi haji 3-4 kali, mempunyai wang berjuta-juta, beristeri 4 dan sebagainya lah… ho! ho! ho!

  11. Seronok dengar Shuth dah boleh dapat RM500 – RM 1000 dlm masa 2 -3 hari.. Alhamdulillah, aku sebagai anak Melayu tumpang bangga dengan pencapaian tu.
    Memang betul, hidup kita akan jadi lebih sempurna (tanpa tekanan) jika bebas daripada belenggu hutang.

    p/s- Itu adalah cita-cita aku sebelum menjejaki perjalanan ‘jutawan’..

  12. Kenapa saya bekerja? tak boleh nak jawab sebab tak kerja. Kalau “Mengapa anda berniaga”, itu boleh la jawab.

    Cadangan untuk shuth, buat artikel “Mengapa anda berniaga”…

  13. Aku pilih E >>> Semua di atas…Hoho….unutk capai apa yang shuth bwat nie tidak lari daripada prubahan n taruhan besar dalam hidup

  14. Hohohoho.. Perlu kaji dan selidiki apa yg membuatkan duit GAJI abih jer ujung bulan.. :D

    Thnaks shtuh for sharing..

  15. By saharman on February 20th 2009

    Aku pun sekarang ni pada peringkat C.Maklum laa beberapa tahun lagi dah nak 40 dah…

  16. Shuth, apakah maksud autopilot Shuth yg sebenar? Saya tahu, tapi mungkin agak samar sbb belum sampai lagi tahap yg Shuth dah buat nih… hehehe :)

  17. Hello shuth,
    saya nih pula tak tahu peringkat mana. umur 20-an tapi saya masih study. kadang-kadang buat juga kerja part time.

  18. jai >> autopilot, yang saya maksudkan adalah seperti website maskahwin, rahsiakambing, ebook produk fizikal, dan pakej sistem affiliate yang dijual di wangcyber. Semuanya automatik, orang beli, bayar dan terus download. Saya tak perlu buat apa2… cuma kalau ada yang membeli secara manual je.. yg tu memang saya kena proses order la, tapi tak banyak. Satu hari dalam 10-20 minit dah setel untuk proses order tu. Nak proses order tu pun bukan lama.. 1 order dalam 5 saat je.. sebab cara nak proses order tu pun saya dah separa auto kan.

    Apa lagi menarik, marketing pun “auto”.. sebab guna sistem affiliate. Saya cuma buat sikit2 je… itupun kalau rasa macam dah takde apa nak buat.. oh!

    nal >> saya rasa jwapan awak A.

  19. kenapa saya bekerja?
    kerana saya mahu mencapai apa yang diimpikan
    kehidupan yang senang, tanpa perlu memikirkan masalah kewangan.
    serta diberkati ALLAH S.W.T
    :)

  20. urm, i would prefer A, B & C.Semuanya menyumbang kepada nak sara diri, langsaikan hutang dan memenuhi impian hidup. Owh! pekerjaan sekarang semestinya bukan hobi.

    FYI, Saya masih dalam peringkat mengenal apa itu perniagaan internet. huhh! dah berbulan belajar tapi tak paham2 lagi. cane?

  21. setuju ngan shuth. bila tengok insan yang terdekat ngan saya, boleh kata semuanya hasil duit bekerja digunakan untuk membayar hutang. seperti saya yang masih lagi belajar dan lagi 1 semester untuk tamat belajar, hutang ptptn sudah menanti saya. ini baru belajar, belum lagi bekerja…apa pun, dengan penulisan ini, sekurang-kurangnya saya masih lagi belum jadi insan yang terlambat(yang dah dikelilingi hutang), dan saya akan usaha hapuskan hutang atau mengurangkan hutang dalam hidup saya supaya hasil kerja saya nanti dapat digunakan untuk mencapai impian saya seperti membantu orang lain dan memiliki harta yang diinginkan :)

  22. By azezul on February 22nd 2009

    Huhu, saya pun tengah banyak hutang ni, huhu.

    Sekarang ni baru nak belajar bisnes melalaui internet ni, saya xtau apa-apa langsung sebenarnya, tapi saya akan blaja sikit2 dari kawan2..

    Buat website macam shuth ni pun saya x reti sebenarnya. hehe

  23. Hehehe… Itu yg saya nak tahu, guna Auto, so tak perlu lah susah payah contohnya guna manual… Untung jika banyak produk kita guna auto ni… saya pon sdg berusaha guna kaedah autopilot nih… :)

  24. nice share + gud info shuth :)
    saya msh study lagi, dan bakal grad akhir thn nie..bukan mudah utk memulakan perniagaan internet tnpa ada input knowlegde yg bagus!
    sy sedang memperkasa diri utk lebih paham akan REALITI KEHIDUPAN dan KEPERLUAN ..rmai rakan2 sy yg menempuhi jln buntu ..mungkin kerana mereka kurangnya pengetahuan sblom terjebak dlm sesuatu perniagaan..

    thanks bro shuth! :)
    jawapan bg sy sudah pasti A bukan?heehee..

    p/s : im interested to get a job first,save some money,then i can run my part time biz…

  25. By TunNazmi on November 30th 2009

    bagi saya yg masih belajar lagi, sudah tentunya jawapan saya adalah A..untuk makan, minum, dan menyara hidup. bagi kami, seperti yg dikatakan ZaidiRazali, hutang ptptn sudah pun menanti bila grad nanti T_T kumpul duit utk kawen pun belum boleh mula lagi..tapi kos belanja makin naik. aduh!


Add your comment