Kad kredit, kawan atau lawan?

Masa saya muda-muda dulu (9 tahun yg lalu, sewaktu masih muda & teruna! oh!) , saya melihat kad kredit seperti sebuah lambang kepada mutu dan keunggulan. Waktu tu, agak sukar sedikit untuk memiliki kad kredit, perlu membuat permohonan dan syarat nya pula, si pemohon perlulah mempunyai gaji tahunan minima sebanyak RM18,000 . Tak seperti sekarang nie.. tak perlu dah nak mohon-mohon untuk dapatkan kad kredit, pihak bank main “campak-campak” je. Sesiapa pun boleh ambil dan memilikinya. Jadi, tidak hairanlah jika jumlah hutang tertungak kad kredit untuk rakyat malaysia boleh mencecah RM20 billion.

Saya dulu pun hampir-hampir menjadi mangsa kepada “ahlong berlesen” (kad kredit) ini.  Tetapi, nasib baik saya sedar awal. Masa tu saya sudah menggunakan kad kredit saya sebanyak RM3,000. Tiap-tiap bulan hanya bayar lebih sikit je dari kadar minimum. Lepas setahun membayar.. tak habis-habis… eh! pelik betul?.

Sehinggalah saya membaca buku “Azizi Ali”… yang sememangnya telah mengubah hidup saya. Terus pada waktu itu.. fikiran saya berubah dan melihat “kad kredit” sebagai sebuah lambang kepada kemusnahan dan penyeksaan hidup. Saya mula berhenti dari menggunakan kad kredit saya. Kad kredit yang tidak digunakan, saya potong dan batalkan (masa tu ada 5 kad kredit yang tidak digunakan).  Jadi.. hanya tinggal satu je kad kredit dengan hutang berjumlah RM3,000. Lama juga lah saya nak habiskan hutang kad kredit tu.. dekat setahun setengah. Masa tu, kalau dapat je duit bonus atau ada duit lebih .. memang saya akan gunakan untuk membayar hutang kad kredit ini.

Setelah habis semua hutang.. saya tidak lagi gunakan kad kredit, saya juga tidak potong atau batalkan kad kredit tersebut. Apa yang saya buat, saya hanya simpan ia sahaja. Niat saya.. saya hanya akan gunakan kad kredit jika berlaku kecemasan.. kecemasan yang betul-betul kecemasan sahaja. Kecemasan yang olok-olok.. tak boleh… Oh!

Maklumlah, waktu itu, dana kecemasan saya tidak lagi mencukupi. Jadi.. dalam perancangan saya, kalau lah berlaku apa-apa kecemasan.. kad kredit akan menjadi tempat rujukan pertama.

Tapi…lama-kelamaan, setelah dana  kecemasan sudah mencukupi, kemahiran mengurus kewangan juga sudah semakin  baik. Persepsi saya terhadap kad kredit sudah berubah. Saya kini melihat kad kredit hanyalah sebagai sebuah “alat”. Ianya hanyalah alat… sama seperti “pisau” , “gergaji” dan juga “kapak”. Jika kita tahu menggunakannya dengan betul.. ia sebenarnya dapat memberikan banyak manfaat. Tetapi jika tidak tahu menggunakannya.. ia sememangnya amat merbahayakan.

Memberikan kad kredit kepada mereka yang  “belum mumaiyyiz kewangan”, adalah sama seperti memberikan sebilah pisau kepada seorang kanak-kanak.

Apa kelebihan Kad Kredit?

Sebagai seorang usahawan internet, saya sememangnya amat kerap melakukan pembelian secara online. Oleh itu, kad kredit, sememangnya amat memudahkan segala urusan saya. Selain dapat mengumpulkan banyak “point” ganjaran yang boleh ditebus dengan berbagai hadiah, kad kredit juga mampu melancarkan aliran tunai perniagaan saya. Saya juga tidak perlu risau untuk mencatat segala perbelanjaan perniagaan saya. Semuanya sudahpun direkodkan di dalam penyata kad kredit. Ya!.. saya kini hanya menggunakan kad kredit untuk tujuan “perniagaan”… seperti membayar hosting, nama domain, autoresponder, google adword dan sebagainya. Tiada lagi perbelanjaan peribadi menerusi kad kredit.

kesimpulan untuk kali ini,..  walay apa pun tujuan anda menggunakan kad kredit, sama ada untuk “keunggulan” (berlagak) , perbelanjaan harian, wang kecemasan, atau pun perniagaan. Satu teknik yang PASTI untuk mengelakkan diri anda dari terperangkap ke dalam perangkap hutang kad kredit ialah dengan…. membayar keseluruhan jumlah yang tercatat di dalam setiap penyata bulanan yang anda terima  (full settlement) . Tetapi, jika anda mendapati anda tidak mampu membayar jumlah keseluruhan penyata kad kredit anda anda. Anda perlu terima hakikat, tahap mumaiyyiz kewangan anda sebenarnya masih lagi belum sempurna. Jadi.. buanglah “pisau” ( kad kredit) itu jauh-jauh jangan cuba-cuba nak memegangnya lagi.

Sekian… yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 thoughts on “Kad kredit, kawan atau lawan?

  1. Sejak dulu lagi diorang buat beli kereta boleh dapat sekali kad kerdit + astro percuma… menarik sungguh pakejnya.

    Lebih menarik lagi dengan mengumpan kereta kontrol. Anak2 tengok kerata mula la merengek nak kan kerata ibu bapa pula takpaksa masuk kad kredit untuk dapatkan kerata kontrol percuma.

    Kalau kecemasan memang berguna tapi kalau tak pandai menguruskan perbelanjaan jenuh hutang bertimbun2.

  2. Mempunyai skit persamaan cerita kita :D Tetapi, 5 kad kredit terlalu terrer sangat. Saya cuma ada 2 kad kredit 8 thn lepas. pada tahun 2003, sy berjaya menggunakan had kredit limit kedua² kad tersebut.

    Bermula sejak itu le gaji habis kat kad kredit. Tapi, yang peliknya walaupun bayar tetiap bulan, hutang tak habis² pun.

    Sehinggalah saya membaca buku Azizi Ali – Jutawan Dari Planet Jupiter pada tahun 2005.

    Penghujung 2006, saya bebas daripada hutang kad kredit dan sekarang ni bergantung penuh pada kad debit.

    Walaupun berkemampuan sekarang ni berbanding waktu muda² dulu, saya lebih selesa dengan kad debit. Sekiranya berlaku kecemasan, dana kecemasan saya berada di Maybank. Kalau terdesak ketika kecemasan, boleh le pakai :D

    Skg ni hidup tenang tanpa hutang keliling pinggang. Beli barang semua cash. Himpun duit sampai cukup, baru beli. Dalam erti kata lain, kalau membeli cara berhutang, itu membawa maksud kita sebenarnya tak mampu membelinya. Jadi, buat apa membeli sesuatu yang kita tak mampu memilikinya…? :D

  3. Kad kredit kalau tersalah guna boleh menyiksakan kita. Tapi kalau bijak dan tahu strategi nak guna memang banyak faedahnya. Baca buku saudara Abd Aziz Ibrahim, CFP ‘Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan’-Jutawan Daripada Beban Hutang ada ditulis mengenai tip mengguna kad kredit.

  4. mmmm…. saya x suka kad kredit…
    terbukti us yang mula kan trend ini…

    mungkin baik pada pihak interne marketing … tapi kesian plak bebudak yang terpaksa tangung hutang…

    saya guna debit card je… dan VCC card..

    dan sedang explore potensi debit card smart link …dalam marketing bebudak online di malaysia …

    debit card ini boleh buat income 20k sebulan .. ila bergabung industri internet marketing ..

    untuk review pdf saya : http://www.akubudakmyspace.com/download

  5. Pengetahuan mengenai pengurusan kewangan yang baik perlu ada jika nak guna kad kredit…

  6. huhu.mak saya adalah seorang yang amat takut menggunakan kad kredit(walaupun ada 3 yang diberi oleh anak2 bagi:-).. dia hanya simpan n perap je dalam dompet, walaupun dalam kecemasan, tapi beliau masih cuba untuk elak..

    haha. mula2 saya fikir, ruginya mak saya tak gunakan ‘kemudahan yang berharga’ ini, tapi akhirnya saya faham juga.so, tak salah kalau saya katakan mak saya memang ‘baligh kewangan’kan..kan:-)

  7. Semua kad kredit skang senang nak reply. Tapi kalau nak apply kad kredit. Saya cadangkan anda apply kad kredit yang tiada caj yuran tahunan seumur hidup, seperti kad kredit bank islam.

  8. Betul kata shuth, kalau nak ambik kad kredit, ambillah yang islamik punya, sebab kalau ambil yang konvensional punya memang tinggi caj bulanan (sekiranya tertunggak) dan kalau tak silap, kadar faedah tahunan pun memang tinggi.

  9. thx for komen… camner nak apply kad kredit bank islam tu ek… kalau gaji RM12++ layak tak?…

  10. Kad kredit ada 3 tapi satu sen pun tak penah guna..
    huhuhuhuhu. nie dah ada public bank debit card.. oklah kot..
    tinggal nak kena cari duit nak masukkan kat kad dc tu..

    memang bahaya pakai kredit kad ni….

  11. Kalau ada kad kredit…boleh dikatakan kononnya lambang kemewahan n kebanggaan. Tapi kalau xberingat mmg dia lawan kita balik….aku kalau boleh nak mengelak kd kredit nie. Mmg berantu…sekali guna pasti ketagih

  12. Dulu memang tiada kad kredit dan niat memang tak nak guna pun. Last terpaksa guna juga la nak beli tiket airasia or MAS secara online, mudah sikit. Dulu nak balik Sabah je terpaksa pegi kedai pelancongan beli tiket. Dah la tiket mahal, nak kena bayar kat agen pelancongan komisen lagi. Jadi kad kredit penyelesaian kepada masalah ini :-) .

  13. Aku langsung tak berminat ngan Kad Hutang nih. Sebab aku jenih yang kalau ada 3 juto dlam tangan, esok lusa gerenti abis.

    Banyak kali terserempak dgn staf bank yg offer kad kredit ni kat mana-mana. Aku cakap je ‘Sorri saya blacklist’. Terus depa cabut.

    Tapi memang nama aku blaclist pun. Kes jadi penjamin kat kawan yg dah ghaib.

    Tak banyak, dokek 10ribu je…WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

  14. lepas saya baca tulsan shuth pasal bebas kewangan…trima kaseh shuth…murah rezki awak..saya berusaha bayar abis kad kredt yg waktu tu berjumlah 6k…fuhh..lega sungguh bila da abis utang kad kredt ni..

    so skarang ni masih pakai lg tp utk kutip point…abis blanja kat apa2 market…balik tu singgah bank pg bayar jumlah yg blanja td..kalo x sempat bayar esok…still x kena caj…kalo kite boleh bayar cash…baik pakai kad kredt tp pastu bayar jumlah td jgn tangguh2 pulak…dpt point..boleh redeem brg best2..free..x untung ke..

  15. Kebaikan kad kredit jika terdesak dalam kesusahan boleh juga dimanafaatkan untuk sementara waktu namun keburukannya pula kalau anda tidak dapat mengawal kewangan asyik dok guna kad kredit memang akan menyusahkan kepada anda pula nanti.

  16. hahaha, 2 minggu lepas baru je saya dapat kad kredit pertama saya.
    saya wat sub dari kad kredit kakak saya..
    ye la nak buka akaun paypal..
    waktu tu taktawlah pulak bleh guna vcc. biasa la, newbie

    tapi kad kredit tu memang hanya disimpan saja la..
    bukan apa, terngiang-ngiang je pesan mak jgn guna kad kredit kalau ekonomi xkukuh lagi..

    huhuhu, nak kena siapkan duit untuk vcc lak la ni…

  17. hm shuth, saya nak tanya ni, saya nak buka paypal untuk wat affiliate luar negara…
    saya ada kredit card tapi rasa cam tak selamat lak..
    macamana ye? atau better saya guna vcc?

  18. bagi saya kad kredit adalah alat yang boleh membuat kita kaya jika tau mengambil kesempatan keatas kad tersebut. tapi bagi yang tak tau memang le kad kredit boleh melingkupkan hidup mereka. cuba kita renungkankan sikap kita sendiri, apasal kalau kita buat loan bank kita sanggup bayar dan disiplin membayar setiap bulan? tapi apasal hutang kad kredit kita malas bayar? itu la puncanya kita jadi lingkup. kan pelik sikap kita tu.

  19. Pingback: Farizal Hassan

  20. Kad debit tu kalau orang byk duit tapi kad kredit ni jenis orang yg tak berduit… contoh kalau kecemasan masuk hospital… kena charge smpi Rm1000-RM3000… maka kad kredit ni le yg dapat meyelamatkan keadaan tapi… tapi kalau gaji kecik nak harapkan kat debit… siapa nak masukkan ribu2 kalau makan pun bercatu… tetapi apa2pun kad debit pun kena RM50 service…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>