Jutawan Anjing Setinggan?

Ho! ho!.. ambik kau.. burok benor bila dialihbahasakan secara direct.

Sebenarnya, semalam saya berkesempatan untuk menonton filem “Slumdog Millionaire”, dengar kata filem nie melotup kat US dan memenangi 10 Academy Awards. So, nak jugaklah tengok apa yang bestnya pasal movie nie.

FIlem “Slumdog Millionaire” ini sebenarnya menceritakan tentang seorang budak 18 tahun (Jamal Malik) yang ditahan oleh pihak polis, sebelum beliau menjawap soalan yang terakhir di dalam kuiz “Who Want To Be A Millionaire?”. Beliau di tahan kerana dituduh menipu di dalam kuiz tersebut. Tetapi, semuanya terjawap apabila beliau menceritakan tentang kisah hidup beliau yang hidup merempat dan tinggal di kawasan setinggan.

Itulah serba sedikit review untuk cerita nie, kalau cerita lebih-lebih.. spoil lah pulak nanti. Tak best pulak anda nak menontonnya.

Mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini ialah.. Continue reading

Bagaimana Mula Buat Duit di Internet?

Selepas saya menulis entry berkenaan “Prasyarat Buat Duit Di Internet”, ramai pula yang memberikan feedback dan bertanya (menerusi email) kepada saya, “Bagaimanakah mereka boleh memulakan perniagaan atau membuat duit di internet?”.

Baiklah, disebabkan ramai yang bertanya (lebih 1 orang.. oh!). Maka, saya akan cuba ceritakan serba sedikit secara ringkas mengenainya.

Intro

Sebelum anda menceburkan diri di alam bidang perniagaan internet ini, anda perlulah mempunyai ilmu-ilmu asas mengenainya. Dan ilmu yang paling asas, ialah mengetahui dengan jelas.. “Apa itu perniagaan internet?”. Kedengaran agak mudah dan kelakar kan?.. tapi hakikatnya, ramai yang tidak tahu mengenainya dan seringkali terkeliru dan tidak dapat membezakan di antara “perniagaan internet” dengan “pelaburan internet” dan juga “program buat duit di internet”. Untuk mengetahui tentang perbezaan antara semua itu, silalah baca satu artikel yang pernah saya tulis tentang “Kaedah Sebenar Buat Duit Di Internet”. Continue reading

Belajar Pasang Sistem Affiliate!

Salah satu faktor kejayaan “Ebook Maskahwin” yang berupaya memperolehi jualan hingga ke hari ini (walaupun sudah berusia 3 tahun), adalah disebabkan oleh sistem affiliate yang dipasangkan pada website tersebut. Boleh dikatakan, pada masa kini, saya tidak lagi membuat aktviti promosi yang agresif untuk website maskahwin. Semua aktiviti pemasaran, lebih banyak dilakukan oleh ahli-ahli affiliate maskahwin yang kini sudah berjumlah 9,000 orang. Kerja saya pula? lebih banyak kepada “menyemak duit masuk” dan menghantar link pembelian. Ho! ho!..

Sistem affiliate , sememangnya adalah merupakan satu teknik pemasaran yang paling mudah, murah, berkesan dan juga menguntungkan. Ianya memang sudah diketahui umum, sebab itulah syarikat-syarikat besar seperti Amazon turut menggunakannya. Continue reading

Seminar Produk Digital!

Ok, kali ni saya nak cerita sedikit mengenai seminar yang akan dijalankan oleh saudara Ammar Zahar pada 15 Februari 2009 ini bertempat di Hotel Residence Uniten, Bangi. Insyallah, saya juga akan turut hadir di seminar tersebut untuk berkongsi sedikit pengalaman bersama-sama perserta seminar tersebut.

Oh yer! Siapa Ammar Zahar nie?

Ammar Zahar nie bukanlah salah seorang peserta MyStarLG  ataupun Gelanggang RajaLawak 2009.  Ammar Zahar ini sebenarnya adalah seorang pelajar IPTA dalam jurusan “Senibina Landskap”.  Orang kata.. “Alaa.. Student U”.

Tetapi, apa yang sedikit berbeza tentang Ammar Zahar ini ialah, beliau berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan menerusi perniagaan internet yang beliau jalankan!. Continue reading

Buat Duit Dengan VCC?

Ok! Pertama sekali .. VCC bukanlah VSS yer…

VCC ialah singkatan bagi “Virtual Credit Card”, manakala VSS ialah, “Volunteer Separation  Scheme” , iaitu sebuah skim pemberhentian pekerja secara sukarela. Walaupun begitu, VCC boleh juga digunakan oleh orang-orang yang menyertai VSS.. oh!

Okla… hari nie saya nak cerita pasal VCC.  Semalam, saya berkesempatan membaca ebook tulisan Saudara Naem yang berjudul “Panduan VCC” .  Di dalam ebook tersebut, saudara Naem menceritakan dengan terperinci..

  • Apa itu VCC?
  • Perbezaan antara Kad kredit, Kad Debit serta VCC.
  • Apa kelebihan menggunakan VCC?
  • Bagaimana mendapatkan VCC?
  • dan banyak lagi..

Continue reading