Layakkah Anda Menulis eBook?
March 1st, 2009, by shuth

Layakkah Anda Menulis eBook?

Saya sering mendengar orang berkata…

“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..  saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”

Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.

Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.  Sama ada ilmu di dalam bidang perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu  jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu  sukan dan apa-apa sahajalah lagi  bidang ilmu.

Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.

Peringkat Pertama : Zero Knowledge

Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini, seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya, seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).

Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang “bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah (mendengar/ membaca / bercerita)  terhadap perkara tersebut.

Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah? Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”…  apabila anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.

Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.

Peringkat Kedua : Newbie

Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah melakukannya.

Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet,  dan selalu membaca blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya.  Blog tu.. beliau dah berjaya hasilkan, tetapi, bila tiba “part”  buat duit dengan blog.. masih belum begitu berhasil.  “Ada lah dapat sikit-sikit…  tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujar beliau sambil tersengih-sengih.

Peringkat Ketiga : Intermediate

Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya.  Mereka juga kerap melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.

Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.

Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2 tahun.

Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing di waktu lapang.

Peringkat Keempat: Expert / Advanced

Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi.  Selalunya,  banyak kisah-kisah kejayaan yang telah mereka tempuhi.

Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.

Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta  sendiri dan beberapa buah cawangan seluruh malaysia.
Contoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandingan memancing di seluruh daerah dan negeri.

Menjawab Persoalan..

Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut dan memberikan alasan “Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam mana saya nak menulis ebook?”

Hakikatnya, adalah begini… untuk menulis ebook, anda tidak perlu tunggu diri anda sehingga mencapai “Tahap Expert/Advanced”. Apa yang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana ia bermaksud, ilmu di peringkat “Newbie” atau pun “Intermediate”.

Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat “Expert” , itu adalah lebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, “anda belum sampai tahap expert,maka anda tidak boleh menulis”. Ianya hanya akan merugikan diri anda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.

Dan… Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika anda berada pada peringkar “Zero Knowledge” di dalam bidang tersebut.

Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukur baju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebook mengenai  “Panduan Memasak”  hanya semata-mata disebabkan anda tahu bahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran.  Sedangkan, periuk dan  kuali pun ada tidak dapat bezakan.

Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang “Rahsia Menjana Wang Berjuta-juta dengan Google Adsense” sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaun adsense.

Nilai Diri Terlebih Dahulu..

Anda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada di peringkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?

Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat “Zero”.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab anda tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.

Jika ilmu anda berada di peringkat “Newbie”.. yer.. anda sudah boleh menghasilkan ebook pada peringkat ini .  Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalah ditujukan kepada golongan “Zero” (golongan bawah dari anda).  Contohnya.. “Panduan ASAS Google Adsense”..  ianya adalah ebook panduan asas tentang google adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nak mendaftar? dan sebagainya..

Jika ilmu anda pada tahap “Intermediate”… maka ebook anda lebih besar “pasarannya”.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukan kepada mereka yang berada pada peringkat “Newbie” dan “Zero Knowledge”.  Mungkin ebook anda, berjudul,  “Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense”

Jika ilmu anda berapa pada tahap “Expert”, sudah pastinya, anda memiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk mereka yang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook anda mungkin berjudul, “Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense”

Kesimpulan..

Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini.

  1. Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.
  2. Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda “zero knowledge” tentangnya,  walaupun topik tersebut  mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi. Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan industri akan kacau-bilau.
  3. Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan mengukur “baju di badan sendiri”, seelok-eloknya, tulislah ebook yang dapat membantu orang yang berada pada  “level knowledge” di bawah anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu bagus,  dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus.. ianya hanyalah perbezaan “level of knowledge”).

Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikel ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendak menaip.. saya rasa..  tips-tips yang  selebihnya.. seperti…

  • Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah ” Newbie, Intermediate atau Expert” pada sesuatu bidang ?
  • Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang expert? Ya! sebenarnya ada caranya..
  • Bagaimana membuat “content research” dengan mudah? Teknik yang akan menukarkan diri anda dari seorang “newbie” kepada “intermediate” dan dari “intermediate” kepada “expert”..

dan banyak lagi… itu belum tiba bab “niche” lagi.. anda pasti akan terkejut apabila mengetahui “niche” sebenarnya bukanlah perkara “pertama” yang perlu anda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook… Ada perkara yang lebih penting yang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang “niche”..

Dan sedarlah.. jika  anda mengutamakan “niche” dalam penghasilan ebook.. anda mungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusi ebook anda.

Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam Seminar Perniagaan Ebook yang akan berlangsung di Hotel Quality pada 15 Mac 2009 nanti.

Jika berminat, jangan lupa untuk mendaftar di www.seminarebook.com

Yosh!

Reblog this post [with Zemanta]
Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

80 comments Subscribe Comments

  1. Hi Shuth,

    Satu kupasan yang padat dan bernas yang boleh membuka minda para pembaca dan memberi keyakinan kepada potensi diri yang perlu diketengah mengikut skill masing-masing dan mengikut level masing-masing.

    Walau apa pun ilmu menrupakan tonggak dalam apa saja bidang yang diceburi sama ada kedai runcit, bina rumah, buat air cendol, etc. Dari ilmu baru boleh ‘sharp’ skill sehingga berjaya. Klu tak berani nak lalui semua nie, maka ketinggalan ‘bas’ lah kita.

    Jadilah orang yang berani menyahut cabaran dan maintain apa yang dirancang , jangan ‘hangat-hangat tahi ayam ‘. To maintain kita perlu motivasi yang mantap supaya tidak mudah mengalah apabila ada masalah yang menduga kredibiliti kita.

    Ikhlas ,

    Sherry

  2. bro shuth, sy dh book smnar ebook 23 mei ni.
    still newbie, huhu, mmg tertarik utk dpt sifu mcm shuth.
    thnx for the post…~

  3. Buat ebook – satu cabang lubuk duit di internet.
    Sesiapa yg ada kepakaran menulis tu jgn di persia-siakan idea terpendam dan bakat tu. Luahkan menerusi ebook.
    Ini peluang anda untuk buat duit di Internet.

    Tak tahu belajar dari yg tahu. Jom buat duit dgn ebook.

  4. By Ila on May 6th 2009

    Salam. Saya salah seorg pembacaartice yg anda htr.
    Terima kasis atas segala info yg diberi.
    Soalan saya: Apakah ebook dibuat semata-mata untuk menjana pendapatan? Sekiranya saya ada ilmu ttg sesuatu perkara hanya di peringkat “beginner” cuma untuk berkongsi pengetahuan, boleh kah saya membina ebook? TQ.

  5. terbukak ati sudah… tp byk betul halangannya..

  6. Salam,
    thanks & tahniah untuk bro Shuth.. memang informasi yang padat & menarik.. :)

  7. hehe….saya sekarang nih dalam proses nak siapkan satu ebook.Niche saya adalah makanan/resepi.Dijangka dilancarkan mungkin dua tiga hari sebelum tayangan Transformer bermula.Sebelum tu,saya nak bagi tau,ader JV untuk ebook nie dengan syarat dier punya mailing list mestilah 1K ke atas tetapi dalam 1K tu terhad kepada 100 orang sahaja.Manakala JV akan dapat ebook tu FREE OF CHARGE!!!!

  8. By Mat Azli Shaari on June 19th 2009

    Assalamualikum….Saya sebenarnya mempunyai banyk idea nak tulis ebook ni sebab saya memang dalam bidang mekanikal….nak tulis tentang selok belok membuat acuan metal stamping dan sebagainya yang berkaitan. Tapi saya tak faham bagimana bayaran diperolehi…apabila ada orang buka kit a punya ebook. Boleh saudara Shuhaimy jelaskan.Tq

  9. Memang ada cita2 nak buat ebook tapi asyik terbengkalai je.

  10. By Supang Ulit on October 4th 2009

    Selamat Sejahtera saudara Mohd Suhaimy. Saya sebenarnya dalam proses punulisan sebuah buku resepi masakan tradisi..(sangat menitikberat cara pemakanan sihat)Mula-mula ianya hanyalah sbg hobi buat mengisi masa lapang, tapi lama kelamaan saya berniat nak menerbitkanya tapi tak tahu macamana caranya. Boleh saudara Suhaimy bagi sedikit guidelines..Terima kasih.

  11. By khaz on October 13th 2009

    Salam buat sauadara Shuth.. Saya dalam proses menyiapkan ebook saya..Insya-Allah..

  12. By Banjori Muhammad on October 14th 2009

    Assalamualaikum saudara Mohd Suhaimy. Telah agak lama saya nak menulis riwayat hidup diri sendiri,tapi apabila memikirkan tidak ada kemahiran dalam penulisan maka cita-cita menjadi pudar. Pernah juga bertanya pada kenalan yang pernah mengeluarkan majalah, tetapi tidaklah teperinci sangat kerana tak tahu hendak bermula di-mana dalam pertanyaan itu. Kini setelah melayari wangcyber.com dan melalui tip yang terdapat didalamnya membuatkan saya rasa bersemangat untuk memulakan penulisan. Tapi tidaklah saya lupa untuk memohon maaf pada saudara dan sekelian yang terlibat dalam ruangan ini, diatas kelancaran saya ini. Harap saudara Mohd Suhaimy dan rakan-rakan yang lain dapatlah menerima saya yang sangat berharap tunjuk ajar saudara dan kelian semuanya yang membaca coretan ini.

  13. Salam Sdr. Shuth… Alhamdulillah… saya baju saja daftar untuk seminar perniagaan ebook pada 1 Nov 2009 nanti… Jumpa Sdr di sana…

  14. Salam pada semua. Kita akan menjadi penulis apabila ada sesuatu yang amat penting untuk ditulis. apabila tiba tahap ini, jari jemari kita akan bergerak sendiri untuk mengetuk keyboard dan akal kita akan berjalan sejauh jauhnya.

  15. By Banjori Muhammad on October 16th 2009

    Nampaknya bukan saya saja yang pernah bercita-cita nak tulis buku atau ebook. Apapun dalam ruangan ini sangat penting bagi saya, kerana akan menambah kekuatan dan lebih yakin kearah menjadi penulis satu hari nanti..

  16. By azrul on October 26th 2009

    saya tidak tahu apa2 tapi berminat utk belajar pasa ebook boleh bagitau mcmana nak mula

  17. By paksu on December 5th 2009

    ev read abot ur next seminar on 13th Dec.. quite interested.. but em not available on that date.. when will be ur next seminar sir?

  18. Artikel ini memang memberi semangat dan membuka minda saya untuk membuat ebook yang pertama.Tambahan, saya juga telah mengikuti seminar mr.shuth pada ogos 2009 yang lalu yang telah membuatkan semangat utk menghasilkan menghasilkan ebook yang pertama membuak-buak. Akhirnya saya telah mengahsilkan sebuah ebook iaitu ikantilapia.com.

  19. salam,terimakasih diatas perkongsian ilmu, semoga garis panduan yg padat ini dapat saya bermula mengasilkan ebook

  20. terima kasih saudara..
    em lepas baca post yg dh agak lama nie.. ia memberi satu inspirasi baru dalam hidup saya. So boleh dikatakan saya belum terlambat lagi untuk membuat ebook sendiri.

    Post nie memberi semangat untuk saya.. thanks 4 info

  21. sy setuju dgn pdpt anda semua..
    tp amt b’untung bg mereka yg peka menulis

  22. Tulis ebook bukan setakat perlu ilmu & 4 peringkat tu..tetapi,perlu gak nilai-nilai seperti tidak ciplak idea orang,tidak tipu serta tawar secara berelebih-lebihan kepada pembeli ebook(ebook yg dijual)..

  23. By azamakma on March 3rd 2010

    Tahniah , satu kupasan yang amat menarik , padat dan bernas . Tkasih atas ilmu yang diberikan .

  24. saya tertarik dengan blog saudara..saya sendiri pun pernah beberapa kali menulis.tujuannya untuk di publish kan di internet.tetapi tak kesamapaian..munking saya perlukan sedikit masa untuk itu..

  25. Mungkin ada je idea terus tulis jangan tunggu-tunggu lagi.Lama-lama akan dapat yang ditulis. Kadang-kadang kita lupa bahawa ” gerak hati ” kita sebenarnya yang cuba berkomunikasi dengan diri kita supaya kita menulis. Saya juga pernah menghadiri seminar Bro Shuth. Very good !

  26. By Sabariah on April 2nd 2010

    Assalamualaikum. Saya dah terlibat dengan industri pendidikan dengan suasana menjana ilmu dan sangat ingin mencuba dalam bidang e book. Saya yakin budaya membaca dan menulis akan menjadi semakin ‘TOP’ di Malaysia dan memberi nafas kesegaran dalam mendidik masyarakat kita ke arah masyarakat yang prihatin, dan suka berkongsi pengetahuan ke arah kebaikan. Tahniah kepada yang dah memulakan langkah. Mudah-mudahan saya menyaingi keberuntungan di bidang ini, InsyaAllah.

  27. satu ulasan yang hampir sama dengan saya , padat dan bernas .andai kita mendayung di lautan api sekalipun jika penuh ilmu di dada ,kita pasti akan selamat..tahniah untuk post yang bermakna ini.

  28. kupasan yang betul2 menarik untuk semua. Kadang2 kita tak sedar akan 4 peringkat yang bro shuth bincangkan tu..padahal 4 peringkat itulah yang menjadi asas dalam menghasilkan sesebuah produk..thanx untuk info..sangat berguna..

  29. Bercakap pasal layak tak layak anda nak menulis e-book ni, cukuplah dengan memahami “PRINSIP 2″. Prinsip apa tu ? Prinsip “Nak Buat @ Tak Nak Buat”. Pilih jer yang mana satu anda berkenan (amboi2.. macam nak pilih awek la pula ye). Kalau anda nak buat, carilah jalan. Buatlah sepenuh hati. Jangan cari alasan. Pasal alasan akan sentiasa wujud jika dicari. Begitu juga… kalau anda ragu-ragu nak buat, baik tak payah buat langsung. Jangan main-main. Nanti bazir masa dan tenaga anda jer. Kata orang kampung saya; “…buat penat jer…”. Ingat !!! “Orang berjaya sentiasa cari jalan, sebaliknya orang gagal sentiasa cari alasan”. Ada faham tak ni? Harap-harap fahamlah ye… Ho…ho..ho… Yosh !

  30. salam… knape stiap blog/webs jana p’dptn msti ade ebook? tebal2 lak 2.


Add your comment