Panduan Beli Ebook!

Semalam, saya berkesempatan membaca ebook tulisan saudara Rizal yang berjudul “Panduan Beli Ebook”. Ebook ini agak tebal juga, 113 muka surat semuanya.

Basicly, ebook ini menceritakan tentang “Bagaimana menilai sesebuah ebook sebelum membuat pembelian”. Di dalam ebook ini juga, saudara Rizal turut berkongsikan pengalaman beliau di dalam membeli ebook-ebook keluaran tempatan.

Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah..

  • Apa itu ebook?
  • Jenis-jenis eboook
  • Ebook vs Buku, Kelebihan dan kekurangan
  • Teknik Memilih ebook, ambil 8 buang 1
  • 2 Ciri Utama & 9 Perkara Asas Menilai Website Jualan Ebook
  • 8 Kriteria Ebook Berkualiti
  • 5 Permasalahan antara Penjual & Pembeli
  • 4 Langkah Menyimpan Ebook
  • Tak puas hati, apa perlu buat?
  • dan beberapa lagi topik yang menarik…

Hasil penelitian saya terhadap ebook ini, saya merasakan, ebook ini adalah lebih sesuai untuk golongan “zero knowledge”  yang inginkan pendedahan awal tentang “dunia” ebook. Ebook ini mempunyai “target marketnya” yang tersendiri dan memang tidak dinafikan, masih ramai lagi mereka yang diluar sana yang masih kabur tentang apa yang dimaksudkan dengan “ebook”.

Cuma, pada pandangan peribadi saya, harga yang diletakkan pada ebook ini, iaitu RM50 senaskah, adalah agak sedikit mahal jika dilihat dari perspektif pembeli , ini kerana kandungannya lebih  banyak tertumpu kepada perkara-perkara yang asas.

Apa-apa pun, bagi anda yang ingin mendapatkan ebook ini, anda boleh lawati www.panduanbeliebook.com

Reblog this post [with Zemanta]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Panduan Beli Ebook!

  1. Setuju dengan Shuth….ebook ini lebih dikhususkan kepada golongan yang ZERO KNOWLEDGE mengenai dunia ebook….Namun ia boleh juga dijadikan sebagai rujukan tambahan….kepada newbie macam saya….:)

  2. shuth…ni xde kaitan ngan ebook…tp nak tanyala pasal yg shuth ckp bli barang pakai m-money tu…sbb tengok kat bwh tu xleh komen so masukla kat sini…nak tanya..brg yg dorang lelong tu brg baru ke brg second hand? kena pakai prepaid ke kalo nak bli? saya pun one of the loyal maxis’s customer tau…tp pakai line…x pakai prepaid…

    kalo brg baru saya pun berminatla gak nk bli da kalo betul jimat dr bli kat kedai biase…dala nak masuk rumah baru ni…duit da byk abis renovate rumah…

    nnti shuth citer sket ye…tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>