Panduan Beli Ebook!
March 10th, 2009, by shuth

Panduan Beli Ebook!

Semalam, saya berkesempatan membaca ebook tulisan saudara Rizal yang berjudul “Panduan Beli Ebook”. Ebook ini agak tebal juga, 113 muka surat semuanya.

Basicly, ebook ini menceritakan tentang “Bagaimana menilai sesebuah ebook sebelum membuat pembelian”. Di dalam ebook ini juga, saudara Rizal turut berkongsikan pengalaman beliau di dalam membeli ebook-ebook keluaran tempatan.

Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah..

  • Apa itu ebook?
  • Jenis-jenis eboook
  • Ebook vs Buku, Kelebihan dan kekurangan
  • Teknik Memilih ebook, ambil 8 buang 1
  • 2 Ciri Utama & 9 Perkara Asas Menilai Website Jualan Ebook
  • 8 Kriteria Ebook Berkualiti
  • 5 Permasalahan antara Penjual & Pembeli
  • 4 Langkah Menyimpan Ebook
  • Tak puas hati, apa perlu buat?
  • dan beberapa lagi topik yang menarik…

Hasil penelitian saya terhadap ebook ini, saya merasakan, ebook ini adalah lebih sesuai untuk golongan “zero knowledge”  yang inginkan pendedahan awal tentang “dunia” ebook. Ebook ini mempunyai “target marketnya” yang tersendiri dan memang tidak dinafikan, masih ramai lagi mereka yang diluar sana yang masih kabur tentang apa yang dimaksudkan dengan “ebook”.

Cuma, pada pandangan peribadi saya, harga yang diletakkan pada ebook ini, iaitu RM50 senaskah, adalah agak sedikit mahal jika dilihat dari perspektif pembeli , ini kerana kandungannya lebih  banyak tertumpu kepada perkara-perkara yang asas.

Apa-apa pun, bagi anda yang ingin mendapatkan ebook ini, anda boleh lawati www.panduanbeliebook.com

Reblog this post [with Zemanta]
Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

8 comments Subscribe Comments

  1. Setuju dengan Shuth….ebook ini lebih dikhususkan kepada golongan yang ZERO KNOWLEDGE mengenai dunia ebook….Namun ia boleh juga dijadikan sebagai rujukan tambahan….kepada newbie macam saya….:)

  2. Ok gak tu satu panduan menarik sbb kengkadang tak tau nak beli yang mana

  3. Salam Shtuh dan rakan semua!,

    Shuth, taknak rekomen e book saya ke? Betul-betul ekonomi dan dapat program affiliate percuma lagi… hehehe….
    :)

    http://glowglokal.com/blog – pssstt.. ada blog post terbaru ni… :)

  4. ada tak panduan nak beli ebook ni? heheh

  5. Haaa ada pun panduan beli ebook…..sy ni jenis nampak ebook gatal je tangan nak ‘key in’ maklumat utk beli…

  6. By kaktus on March 12th 2009

    shuth…ni xde kaitan ngan ebook…tp nak tanyala pasal yg shuth ckp bli barang pakai m-money tu…sbb tengok kat bwh tu xleh komen so masukla kat sini…nak tanya..brg yg dorang lelong tu brg baru ke brg second hand? kena pakai prepaid ke kalo nak bli? saya pun one of the loyal maxis’s customer tau…tp pakai line…x pakai prepaid…

    kalo brg baru saya pun berminatla gak nk bli da kalo betul jimat dr bli kat kedai biase…dala nak masuk rumah baru ni…duit da byk abis renovate rumah…

    nnti shuth citer sket ye…tq

  7. Pnduan cmni penting, supaya newbie terumatanya dapat lebih fokus n hanya berbelanja ubtuk keperluan yang penting untuk diutamakan

  8. Terima kasih atas ulasan Shuth :-) . Ebook ini akan melalui proses kemaskini tidak lama lagi.

    Untuk pengetahuan, ebook ini telah diturunkan harga dan sebab musababnya telah diceritakan pada post ini:

    http://www.komenebook.com/umum-produk-digital-tumpuan/pengumuman-ringkas-dan-tawaran-menarik.html


Add your comment