Nasihat & Prinsip Warren Buffet
Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. (Perasan tak.. dalam bahasa melayu.. tiada perkataan yang sama maksud dengan “billionaire”.. yang ada hanyalah “millionaire”= jutawan.. Erk?)
Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..
1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)
Nasihat Warren Buffet
Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?.. Beliau ialah bapa saudara kepada sepupu jiran sebelah rumah mak saya 20 tahun lepas.. ok! ok!.. saya tahu.. tak lawak pun.. oh!
Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia… (Itu yang saya hairan suatu ketika dulu.. macam mana syarikat pelaburan “swisscash” boleh beri keuntungan 300% setahun? Sedangkan syarikat pelaburan terbaik dunia pun hanya mampu beri 34% je.. oh!)
Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet (setelah dialihbahasakan).
Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekuang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda… atau.. bina perniagan ebook (kata saya)
Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.
Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)
Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
Pengambil Risiko : Jangan seskeali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (telur disini bermaksud , telur ayam kepunyaan anda yer.. bukan telur anda.. oh!)
Sekian.. yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=701c69b2-34d9-49e7-a324-3f8841199511)
Warren Buffett kalau tak salah sy berada dirangking pertama Forbes sebelum ini. Asetnya telah menyusut akibat krisis ekonomi US. Tapi sy percaya Warren Buffett tak akan berdiam diri…hilang 20 billion dia akan cari lagi 40 billion
Pelik gak ye Shuth dalam bahasa Melayu takde terjmahan untuk “billionaire”. Ni plak kata-kata dalam buku Warren Buffett Speaks: “Kita mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan memerlukan hanya lima minit untuk merosakkannya. Sekiranya anda memikirkannya, kita akan melakukan dengan cara yang berbeza,”.
Yer.. tahun 2008 warren buffet no 1.. tahun nie dah jatuh jadi no 2.
Million=juta maka Milionaire=Jutawan
Billion=billion maka Billionaire=Billiawan…
Shuth… ni statement 18sx ni … “Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (telur disini bermaksud , telur ayam kepunyaan anda yer.. bukan telur anda.. oh!)”
Kalau anak jiran aku yang umur 5 tahun tuh baca, dan dia tak paham nanti dia tanya aku. Aku nak jawab apa??????
kurang jelas la tang perakaunan tu..apa kaitan kasut bocor ngan payung…kalo pakai sliper camne…hehe tak reti sgt la yg tersirat tersurat ni..
kekekekeke…tiap kali masuk blog ni, mesti tergelak/tersenyum…
Nasihat yang patut diberi perhatian oleh kita semua dalam mengejar kejayaan….
kaktus >> eemm.. pasal yang umbrella.. ella. ella.. ella.. tu.. hmm.. saya pun tak berapa jelas. Kemungkinan beliau maksudkan, jika ingin membuat accounting, pastikan ia dilakukan secara menyeluruh. Jangan.. sekejap rekod sekejap tak rekod.
Maybe ada rakan-rakan lain yang mengetahui maksudnya yang lebih tepat?.
warren buffet ni power dalam investment kan?
arm >> kalau anak jiran hang tanya.. hang bagi dia tgk video klip kat bawah nie..
memang santai dibuatnya shuth..
warren buffet ni yahudi kan..dan xkan dia xterpukul dgn sistem kapitalis down d amerika..nak tahu juga apa pelaburan dia buat sebenarnya??
lawakkk nye.. ki ki ki..
Bro Shuth bile nk ade dlm list tu? Da lama org Malaysia x berade dlm list tu.. eh..bukan da lame..tp x pernah pun..huhu
Assalamualaikum.. Ya, Hebat Warren ni. saya ada pernah membaca artikal mengenail pertemuan Bill Gates dan Warren. Sebenarnya pertemuan itu dijadualkan hanya 2jam, tetapi setelah pertemuan diadakan ia berlarutan berjam-jam. Mungkin Banyak perkara yang warren curahkan kepada bill gates semasa itu, menyebabkan bill gates melanjutkan tempoh bertemuan itu. =D
Negara Jepun ialah negara ke-2 terkaya di dunia, tapi takde sorang pun penduduk jepun masuk dalam list Forbes tu. Heran jugak kan?
lanchini
( sipi-sipi jadi mangsa swishcass )
Salam semua termasuk Shuth.. hehe..
Perkataan billionaire kalau di alih dalam bahasa melayu bermaksud ribu jutawan, sebab 1 juta = 1000 juta
Ya sebenarnya Bill Gates dah kalah sebelum ni jatuh no.2…
Apa yang saya sedih bukan kata orang melayu, malah orang Islam tak de yang dapat ranking ke 10 terkaya di dunia walhal Allah dah anugerahkan kekayaan bahan mentah kepada umat Islam, cuba kita amati…
Tidak salah untuk mencari kekayaan tetapi sebenarnya orang lain telah rebut kekayaan atau kelebihan yang kita miliki… renung2kan maksud saya hehehe… (saya yg pandai bercakap je…)

http://www.glowglokal.com/blog
Billionaire = bilionair
Sudah rujuk dalam kamus dewan.
ni yg panas punggung ni,sampai bila nak jadi hamba makan gaji….
Saya rasa konsep pengurusan kewangan Warren Buffet mengenai perakaunan tu sama seperti konsep mengisi air ke dalam tong simpanan air.Tak guna buak pili air besar-besar atau menggunakan 2-3 pili sekiranya tong tersebut mempunyai lubang yang banyak di bawahnya.
Ni pun saya dapat dari konsep Shuth jugak
Memang betul perkataan “billionaire” xda dalam bahasa melayu tetapi kita dapat mengetahui apa itu millionaire dan apa itu billioanaire melalui angka, nombor dan pendatapan seseorang.
Lebih mudah – billionaire lebih banyak income daripada millioanaire. Tetapi sebelum mencapai tahap billionaire, tahap millionaire perlu awal dan dicapai terlebih dahulu. hohoho!
Salam bro,
Thanks for sharing info… Hebat.. InsyaALLAH jika, kia telah setkn minda kita seperti ’secret’ kita akan menarik apa yg minda kita fikirkan..
kpd cikguafezi, warren buffet bukan jew
george soros yg jew
cpaling respek kat Walton Family tu…
kalau campur semua 4 orang tu kompom kalah *Cukai Pintu tu…
*Cukai Pintu = Bill Gates
sangat setuju.
Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)
hm, saya cuma bersimpati dengan rakyat india je..
kesian diorang…
rakyat miskin bangat, tapi kalau kaya tu; memang kaya betul la…
yang kaya dapat berbillion, yang miskin nak dapat 1 rupee pun susah…
sangat bersimpati…
sebenarnya, orang yg paling kaya adalah orang yahudi, nama John D Rockefeller.
tapi media taknak orang ramai tau berkenaan tu..
dia tu tokey petroleum yang paling besar.
semua dia conquer, america, tanah arab n lain2..
p/s: ni aku terbaca kat satu blog mat saleh hari tu. tak ingat dah apa URL..
harap2 sy pun ka macam die lepaih nie….
bila pulak org melayu nak kaya yer…ada memang ada tapi x boleh nak kalahkan bangsa lain.kita kena buat sesuatu ni…