Awek : “Hello… boleh bercakap dengan En. Mohd Suhaimy?”..
Shuth : “Ya saya bercakap”…
Awek : “Saya XXX dari syarikat XXX , boleh ke encik bercakap sekarang ini?”
Shuth : “Oh!.. Hmm.. ok.. boleh lah..!” , saya dah mula mengesyaki, nie mesti nak jual insuran nie..
Awek : ” Ok! Saya menelefon ini bagi pihak Bonuslink untuk mengucapkan penghargaan kepada En. suhaimy kerana telah menggunakan kad BonusLink.”
Dalam hati saya berkata..”Hampeh bonuslink.. diorang jual maklumat pelanggan diorang ke?.. ke.. minah nie main tembak je.. manalah tahu.. kan ramai orang yang ada kad bonuslink.”
Awek : ” Jadi, sebagai tanda penghargaan, kami ingin menawarkan encik satu polisi perlindungan bernilai RM200,000 untuk seisi keluarga encik… encik suhaimy sudah berkahwin ke?.. sambung minah tu lagi..
Shuth : “Ya! sudah..” jawap saya jujur, ikhlas dengan hati yang murni.. oh!
Awek : “Dah ada berapa orang anak dah en. suhaimy?”
Shuth : “Dua..”
Awek : “Apa yang menarik tentang polisi kami nia ya en. suhaimy, ia bukan sahaja melindungi en. suhaimy, isteri dan 2 orang anak encik suhaimy sahaja, malah, jika di masa akan datang en. suhaimy ada pertambahan cahaya mata lagi.. ia akan secara automatik melindungi juga anak en. suhaimy yang baru itu dengan jumlah perlindungan 10% dari jumlah perlindungan yang sedia ada”
Shuth : ” Oh! ok!… awak dari syarikat insuran apa tadi?” , Tips #1: Untuk memotong percakapan agen yang tak henti-henti bercakap di telefon, anda perlu bertanyakan soalan kepada mereka.
Awek : “Saya dari syarikat XXX..”
Shuth : “Oo.. ada yer syarikat insuran XXX, saya tak pernah dengar pula”..
Awek : “Yer ada.. syarikat kami di Jalan XXX, KL “..
Shuth : “Oh.. ok! macam niela.. saya sebenarnya tak berminat untuk beli insuran sekarang nie”.. Tips #2: Anda perlu berterus terang dan tegas, katakan anda tidak berminat.
Awek : “Oh.. boleh saya tahu kenapa”?
Shuth : “Sebab.. saya pun sebenarnya agen Insurans jugak, jadi.. kalau saya nak beli insuran. saya akan beli dari diri sendiri je!” . Tips #3 : Berikan alasan yang kukuh, walaupun ia hanyalah sekadar rekaan
Awek : “Oh! en. suhaimy agen insuran syarikat mana ya?”…
Shuth : “Saya agen insuran syarikat AAA”. Tips #4 : Rekaan yang terbaik adalah rekaan yang berdasarkan sesuatu yang anda tahu mengenainya..
Awek : “Oh.. en. suhaimy tak nak dengar dulu maklumat lanjut dari say atentang polisi ini, mungkin kita boleh share-share maklumat.”
Shuth : “Hmm. takperla.. saya tak berminat”…. Tips #5: Anda perlu cekalkan hati dan bertegas.. tidak mengapa jika anda kedengaran sedikit sombong.. ianya berkesan untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa jurujual di telefon.
Awek : “Oh.. oklah kalau macam tu! Terima kasih sebab sudi luangkan masa.. terima kasih”
Shuth : “Ok! sama-sama”….
Saya bukanlah anti-jurujual tetapi, bagi saya.. jika kita berada di pihak penjual, kita perlulah terlebih dahulu mengenalpasti keperluan bakal pelanggan. Lebih -lebih lagi jika menjual insurans, setiap orang mempunyai situasi kewangan yang berbeza-beza, jadi plan insuran itu perlulah di “customize” sedikit agar memenuhi keperluan pelanggan.
Bukan main jual sahaja.. jurujual seperti ini, bagi saya.. hanya mementingkan keuntungan kepada diri sendiri. Mereka hanya mengejar komisyen sahaja tanpa peduli apa keadaan dan keperluan pelanggan.
Saya tak pasti mengapa ada syarikat yang suka menggunakan teknik pemasaran sebegini. Saya kira, ianya adalah satu teknik pemasaran yang kurang beretika dan kurang berkesan. Kalau lah ada pelanggan yang membeli pun, biasanya, selepas 2-3 bulan, mereka akan batalkan polisi insuran yang mereka beli (pengalaman sendiri).
Mungkin syarikat-syarikat ini perlu terokai teknik pemasaran baru yang lebih beretika dan berkesan.. mungkin internet marketing?
P/s;- ada sesiapa yang nak share teknik mereka melepaskan diri dari jurujual pemanggil “bersiri” ini? Tingallkan di ruangan komen yer!
KLU ADA JURUJUAL YG TELEFON BEGINI :
AKU TERUS JAWAB…NI DARI SYARIKAT MANA LAGI YG MAU JUAL BARANG NI.
KAU INGAT SEMUA ORANG MAU BELI BARANG KAU KA? KALAU AKU MAU BELI BARANG AKU BOLEH PEGI KEDAI LAH.TAK PAYAH MAU TELEFON AKU. BUANG DUIT KAU SAJA. SEBAB AKU PALING BENCI KAMU……
mmm,boleh ke agen insurans beli dari diri sendiri..huhu xtau lak.hihi
hohoho..
lawak2..
selalunye memang jurujual dari syarikat insurans..
kebanyakannya diorang nak amik student utk jd jurujual..
hehe..
dari situ kena lar pandai mengayat..
Hi saya bukan nak condem jurujual melalui telephone, ok tu mmg ok. cuma saya pelik la. recently about 2-3 days ago. ada gurl call saya. dia ckp dia dari myeg services ( yang renew roadtax thru phone tu) first intro tu biasa la mcm komen2 diatas ada kata encik free kaa.. boleh cakap kaa.. dah la time tu aku sibuk nak isi borang utk beli rumah. tapi tarahal melayu ada buda pekerti tinggi yang si gurl tu pun melayu, tak nak kecikkan hati dia aku pun layan laa, aku stop jap menulih dah layan awek tu dgn harapan dia boleh explain apa yang dia sibuk sgt nak explain kat aku. cakap dia lebih kurang mcm ni.. en… en pernah renew roadtax kat myeg kan ( eh aku pelik laa plak dia kan dari myeg kalau ada rekod aku penah renew tu toksah laa tanya.. pasal aku ni tak suka orang tanya dua – tiga kali, cilaka kali 14 laaa ini mesti myeg dah jual rekod aku kat awek ni)aku pun jawab ye.. peh tu terus dia sergah aku tahniah encik.. encik telah menerima rewards dari myeg berupa 2 bentuk plan insurnas. yang pertama PA (personal accident) free tak yah bayar untuk 3 bulan ( tapi FYI gurl ni mmg ckp laju.. laju giler sampai kan aku ni dah laa blur pasal nak isi form housing loan neh.. kena dgr dia cakap berserabut aku.. tgh pegang anak plak tu aduiiyaaaaaaaaa sib baik suara seedap layan kan aje)peh tu yang kedua tu yang buat diri ku mcm di tipu tu… ayat pertama tadi reward dapat 2 plan insurans kan.. rupa2nya yang kedua tu aku kena bayar sebanyak RM 120 sebulan.. perghhh dah la banyak.. dah laa aku ni hanya tinggal di rumah merpati jek PPR tau.. nak makan pun kadang – kadang pinjam duit bini sat bila dah kering.. tapi tarahal melayu yang berbudi pekerti tinggi mcm aku ni tak suka nak hancur kan mood orang tgh buat kerja.. aku layan lagi… dia tanya plak no CC aku perghhh yang ni tak tahan beb… starting no tu dia boleh ckp dulu dari aku, maksud nya kad aku tu dah tak privacy dah…n then aku dah rasa lain dah.. aku pun suruh dia ckp semua.. yang dia ni punye bebal ckp semua no kad CC aku tu… tgk sendiri kawan kawan.. bukan nak condem.. tapi tak elok laa mcm ni.. any time dia boleh tolak duit dari CC aku ni.. atau curi duit dari aku beli barang online ke.. peh tu yang besh nya siap ajar aku lagi supaya jgn dedahkan pada sesiap no keselamatan. Eceh mcm laa aku ni bodoh dan bebal.. tak perlu ingatkan aku.. aku tahu laa…tapi aku tetap ditahap melayu islam yang bersabar tadi tu cuma dlm hati jek.. aku tak suka lepaskan depan orang tak baik.. kita ada tatasusila yang tinggi. then dia nak alamat aku pun bagi.. peh tu dia nak bacakan policy dan nak dgr aku ckp “boleh” bahaya perkataan boleh ni iyala bila dia explain tak terangkan korang peh tu korang ckp iya boleh iya boleh masak laa korang dia deduct selamber jek dari cc korang tu hahahaa padan muka aku jugak.. kira aku dah terkena laa ni.. peh tu aku pun ckp laa aku nyer HP dah battery weak dah ni dah tit tot byk kali dah ni.. kang ko yang melepas amik duit aku kang.. aku ckp direct jek… di tersengih2 la.. tapi yang aku hanggin nya bila aku dah ckp mcm tu boleh dia kata kejap ek en khairul sikit lagi nak explain ni.. dia punye sikit tu bukan nya sikit tapi berminit2 tau.. betul tak tipu.. dia ingat HP aku tu boleh ckp mcm tu kejap – kejap HP awek ni nak ckp ngan aku ni kejap ek hp.. kalau hp mainan anak aku boleh laa mcm tu.. bangang gak dia ni.. cancel terus aku nak ngorat…lepas tu dia dari yang ckp yang laju tu terus dia buka turbo dia dan bukak nos dia.. punyel aa laju dia ckp.. perghhh aku lagi jadi pening tau..kalau aku ada skyline 900bhp pun aku rasa ckp dia lagi laju lebih kurang 1000bhp… tu mesti mulut dah port n polish tu hahahaha…. n later hp aku pun tershutdown sendiri.. heheh tamat laa riwayat kesan degil… tapi sambung esoknya…dia col lagi dan dia ckp apa kami nak awak terus kan ye en khairul dgn plan kami ni dgn bayaran 120 hengget tu yek.. aku pun dah kena nasi kangkang ngan awek ni pun iya kan aje.. dia pun suka aku pun suka dalam duka…:( pasal apa pasal bagi aku laa aku dah byk masuk insurang kemalangan jiwa insuran itu insurang ini, insurang anak aku lagi.. berapa byk ko nak aku beli insurang ko… patutnya ko kena tanya dulu kalau betul nak berniaga.. en minat tak beli insurang bkannya encik telah menang hadiah berupa insuran peribadi selama beberapa bulan n then 1 lagi ni u kena bayar plak ayat mula tu mcm aku dpt seme tapi at last aku kena bayar gak.. dia tak tahu ke aku tgh bz walaupun aku dah ckp yang aku boleh ckp beberapa minit jek pasal aku ada urusan kat bank…kalau betul aku di rewards hantar jek laa policy aku tahu baca dan aku pandai dah aku ramai kawan dari kalangan jual insurans dah dia orang pun explain kat aku yang ada baik dak buruk nya korang beli dari telemarketing ni… tapi kebanyakkan nya ckp beli direct dari orang tu yakni insurans adviser laaa.. dia explain depan kita baru ada confident .. ini dah laa ckp laju…apa pun tak paham…kalau mak aku ada cc pun gerenti credit limit dia abis kena kelentong dgn orang mcm ni…so apa yang aku boleh katakan kat sini lah… customer bukan nak bagi muslihat pada korang wahai telemarketer.. tapi kadang kadang tgh terberak pun korang call suruh berborak.. walhal dah ckp ni dlm toilet tgh berak…ish ish ish…kadang kadang bz tgh minum ngan member, bila korang call ingat kan opis ke apa ke.. last last korang…peh tu kadang kadang tu ayat korang tu buat aku tak tahan menang tu laa menang ni laa.. kali ni aku tewas laa ngan korang next time tiada maaf bagi mu aku akan bg muslihat mcm – mcm..padahal sebelum ni aku pernah kena mcm ni gak aku menang aku direct ckp aku tak minat siap sound lagi mcm u dpt no phone i, oooo ni dari kawan u bagi laa sapa kawan i tu.. dia ckp hj ahmad.. kepala bapak korang kali 18.. aku ni muda lagi tak ada kawan pegi hj lagi muda muda nihhh…. babeng….tak pe kali ni aku sedekah kan duit aku tu… ko tolak laa duit aku dari kat kredit aku yang dah tak active tu hahahahahahahahahaah aku nak tgk sejauh mana korang pun terrer… Mungkin bahasa aku kasar.. tapi percaya laa aku ni baik orangnya… aku kasar ni pasal aku geram akhir nya aku terkena jugak dgn ayat telemarkete ni…menggunakan kebaikkan orang utk melanyakkan duit orang .
Mcm mana plak nak elak orang-orang MLM ni asyik2 bertanya ditelepon dan bertanya bila nak join?
ada beberapa agen syarikat MLM tersebut menganggu pening nak layan demi nak menjaga perasaan dia kononnya ia membolehkan kita jadi jutawan xpayah jual pendapatan 5-6 angka mungkin lebih. Saya pernah terdengar sistem MLM bermusim dan juga sistem untuk mengkayakan orang atasan sahaja terutama syarikat terbabit yg orang bawahan hanya jadi mangsa . Tolong beri penjelasan. Terimakasih…
Huyoo!!Paling Benci Jurujual….hebat sungguh kau ni sampai nak tembak orang..haha…elok kau ni hidup zaman koboi je..tembak sana..tembak sini.
Berbalik pasal jurujual ni…memangla emosi manusia susah nak percaya pada strangers..apatah lagi strangers tu terus nak jual sesuatu melalui phone pulak…
Aku punya stail kalau org nak jual sesuatu macam insurance,pakej percutian atau apa saja…kalau tak ada keperluan..saya akan bagitau minta maaf..saya tak berminat@tak memerlukan atas sebab2 tertentu..
kalau perlukan macam insuran..saya tak suka buat jualbeli melalui phone..saya suka jumpa terus utk mendapatkan penerangan lebih detail..klu diorang tak bole jumpa..so it’s not a rite deal.
Apa pun aku tak mau didik diri jadi sombong bila org call terus cakap tak minat…klu boleh aku dengar dulu..then decide whether yes or no…klu yes kena set appoiment la
Bagaimana kalau kita beritahu kerja kita sangat merbahaya.. contohnya tukang cuci gigi harimau ke, atau kerja tak dibenarkan macam pelumba haram atau pembunuh upahan, agaknya mereka masih nak jual insuran lagi ke?
ahak ahak ahak terserempak lak kat blog ney. slalu terkena.. lagik la kunun2 nya nak bagi celebrity card spesel utk CC owner. Seb baik me myself yg mang anti ngan tektik2 cenggini dah sesiap pasang kuda2 masa derang call tuh.
memula tu kasik can derang introduce dulu lah.. ape yg kunun2 nye pree tuh. pehtu in between tu raser dah ready tuh baru pasak kan jer. kata kad tu pree, pastu mintak kita bayo 4 rat untuk delivery. dah tau dah depa ni kencing jer, tapi saje je testing2 gak.. tanya kat derang.. kalau i nak amik sendiri kad tu camne? u all opis kat ne? terkulat sat depa siap tanya kat manager dulu tuh. memula kata tu untuk cos penghantaran, pehtu bila kita nak collect sendiri statement suda tukar jadik coz pengurusan lak.. ahak ahak ahak! so i tanya je lik.. so u all nak jugak la duit i yer? eheheh.. masa tu berterabur la dia bagi alasan. yg bes nye depa cakap card celebrity tu kununnya leh dpt discount bila booking hotel2 besar. tapi bila i tanya discount on published rate or promotion rate? sekalik lagik la nak tanya kat manager dulu.. wakakak.. kelakar pun ada pedajal orang cenggini..
maka sorry lah yer para2 tele-salemen kat luar tuh. bukan nak memperkecil2 kan kerjaya korang.. tapi kalau dah kije tak jujur.. camtu lah dapatnye. nak menipu jerrrr… yaperrdaaa!!!
Jgn la marah sgt kat jurujual tu..Layan la dgn baik.. Hari ni mungkin dah tugas dia macam tu..Kalau kita buat tak baik kat org lain nanti mesti ada balasan… macam kawan saya..dulu dia selalu marah agen insuran yg selalu call dia.. last dia kena vss dan tak de kerja lain buat insuran.. so kena la balik.. kita buat kat org nanti org lain buat kat kita.. bersikap baiklah terhadap org lain.
Salam, bagus artikel nie..tp bukanlah bermakna kita benci pada jurujual tapi kadang-kadang cara mereka approach tak kena pada tempatnya.Seperti contoh di pasaraya selalunya mereka bersungguh-sungguh nak tarik perhatian kita sampaikan kita terpaksa tukar laluan lain dan menyusahkan kita untuk melarikan diri daripada mereka.Kata hanya 2 minit tapi berminit-minit berceloteh nak yakinkan kita supaya beli produk mereka…
jurujual: en free ker sekarang
saya: oh tidak
jurujual: bila free
saya: petang nanti pkul 5
pkul 5 -9mlm jgn angkat tepon hehe
saya agen insuran. tapi tak pernah harrass org melalui telefon sebab saye pun tak suke org jual barang melalui fon call.pasal saye lagi suke tgk depan mata,tgk muka org yg berurusan dnegan saya,tgk die lukis lukis(presentation die ler), then baru puas hati.
nasihat kepada kawan kat sini, elakkan dari beli insuran melalui telemarketing. pergilah berjalan-jalan kat booth dorang and get to know with them. better that way.
plus lagipun bukan insurans je yg buat telemarketing, almost semua produk kat Mesia ni ade telemarketing.
p/s : sapa yg dok nak cari insurans/takaful,meh le halo kat saya..kekeke
selalunya kalau col dia buat col untuk set temujanji…bukan untuk menjual…kalau dia terus menjual dia dah tersalah teknik menjual… sbb melalui col dia x dapat terangkan dengan lanjut n besar kemungkinan akan berlaku salah faham…bg saya x salah dia buat col utk kongsi produk yang dia ada…sbb tu dia tanya dulu boleh x bercakap sekarang..klu kita x mau layan bg tau sj saya sibuk…tp klu dah dgr produk dia, n kita x berminat…bg tau sja terus terang kata “saya x berminat…” klu dia tanya kenapa jawab lagi x berminat…klu dia stil dok tanya lagi cakap x berminat…klu tanya jugak lagi mmg dia x paham bahasa la tu…so boleh letak phone terus…
klu ada no bermula 03-xxxxxxx call. jurujual: boleh saya bercakap dgn en.xxx? kita: ya. Nak apa? jurujual: boleh tak en. luangkan masa 5 minit. kita:….nombor yang anda dail tidak akan melayan urusniaga atas talian. terima kasih…terus putuskan panggilan @ nombor yg anda dail tidak akan melayan panggilan jurujual. terima kasih. ni la cara paling berhemat…sebab malas nk layan @ memang x minat langsung pun…ok selamat mencuba…
saya ejen jual insuran, tapi saya nasihatkan anda di luar sana jangan beli insuran melalui telefon…mungkin penipuan. biasanya ejen insuran kalau call klien mereka akan terangkan jenis insuran dan anda minat atau tidak. jika minat ada t/janji sama ada ejen sendiri dtg ke pejabat atau jumpa di tempat terbuka atau anda sendiri ke pejabat ejen tersebut. kalau jumpa kat luar atau office anda suruh ejen tunjuk kat ejen (kalau x pakai), kalau masih ragu2 minta no HQ ada x ejen nama XXXX(contoh).
……..nasihat drpd ejen insuran……………
jurujual tu blum smpat nak hbskn ayat promosinya, aku da matikan hp..pendek kata, tak pyh lanyan..buang masa, bazir cas hp..hehe
Sala,,Sepatutnya, kalau tuan-tuan dan puan -puan seorang yang gentlement, dengar dahulu…Biasanya klau teknik pemasaran yg standard dlm insurans ni, terus jual di telefon memang tak boleh. Kaedah telefon ini utk memperkenalkan diri dan membuat temujanji di luar jika pelanggan berminat. Diluar barulah ‘persembahan’ dilakukan..jika pelanggan berkemampuan dan berminat, barulah ‘penutupan’ berlaku.. Contoh ‘Penutupan’ , En/puan nak bayar dengan kad kredit atau potongan autodebit bank?……Sekian, sekadar perkongsian…
p/s : Sokonglah dengan moral kepada usahawan2 bumiputera kita, walaupun kita tidak berminat untu membeli.
Salam, saya bukan usahawan atau jurujual insuran, tapi apa yang saya nampak insuran bukan sesuatu yang teruk, kalau teruk Bank Negara dah lame haramkan. Kalau korang nak tau Pakcik saya sekarang dah LUMPUH KEKAL dan sekarang dia dapat duit dari Insuran RM750,000.00. Atas jualah telemarketing gak, sebelum eksiden dulu pun dia merungut cam korang gak kene tipu lah, siap call balik maki-hamun, pastu dia nak CANCEL nasib dia baik sebab dia bgtau saya awal, saya cakap paksu x payah CANCEL ape yang dorang jual ni saya dah baca kat internet (insuranceinfo.com.my & bnm.gov.my) saya cakap kalau jadi ape2 kat paksu sekurang-kurangnya ade duit untuk tanggung keluarga paksu walaupun untuk sementara waktu, so dia pun abaikan x jadi cancel. tergamaknya saya cakap cam tu sedangkan saya pun x ade insuran time tu. awal tahun 2010 paksu dapat biz pasang cable kat bagunan tgh buat separuh siap lagi, masa tu dia cuma melawat kawasan utk buat proposal biz dia, tiba2 dinding bagunan tingkat atas jatuh kat dia 2 minggu koma kat hospital. semua kos hospital insuran tanggung, time tu lah bermula kesedaran saya terus g maybank beli insuran amek terus family plan. sekarang pakcik saya x boleh jalan macam dulu setiap masa dia atas kerusi roda, dia cakap insuran dah x leh cover org cam dia, tapi dia dah dapat RM750,000.00 dari insuran. saya sangat berterima kasih kat org telemarketing tu sebab paksa pakcik saya utk beli insuran, ape yang saya nampak orang kita MELAYU ni suka prejudge, seorang warga jepun x kurang 10 insuran ape yg kita nampak dan ape yang dorang nampak x sama, sebab kita diibarat nampak hari ni tapi dorang nampak hari esok.
dorang ade info penuh boleh charge terus tanpa perlu beritahu tapi kenape masih nak call??.. charge cuma berapa harga yg dia nak je kenapa x charge semua sekali??.. kenapa walaupun kita cakap x nak dia pun x charge??.. saya x rasa dorang ni penipu, cume mungkin tu pekerja baru, saya pernah ambil membership card percutian melalui telemarketing charge credit kad. saya dah claim pun cuti 4 hari 5 malam percuma kat Langkawi time honeymoon, saya beli cincin kawen emas pun just show kad je dapat discount. so bagi saya telemarketing ni no issue, dorang pun cari makan halal gak cuma hati2 ngan staff telemarketing baru je sbb dorang sebut ape yg dorang x tau..
Bebaru nie ada orang nak jual insurang, syarikat biasa jer, cuma ada website profile syarikat ajer… ok ker? janji macam temopting bayaran pun RM 38 ajer,..
tapi tu lah ajak jumpa tak nak… takkan pasal murah RM 38 ajak jumpa tak mau?
bro jojo, bukan semua agent yg call tu boleh set up meeting utk jumpa. kalau die department telemarketing, dia hanya boleh buat sales thru calls sahaja. kalau field agent baru boleh jumpa dekat luar.
lagipun, theres no such thing low payment with good coverage.. nothing good comes cheap. so jgnlah terpegaruh dengan murah murah punye plan. jadilah pengguna bijak. kita ada few company yg besar mcm Etiqa atau Prudential.
if bro perlu khidmat agent insurans/takaful, bro boleh hubungi saya.
terima kasih, Selamat Tahun Baru.