Teknik Mengelak Jurujual di Telefon
March 27th, 2009, by shuth

Teknik Mengelak Jurujual di Telefon

Awek : “Hello… boleh bercakap dengan En. Mohd Suhaimy?”..

Shuth : “Ya saya bercakap”

Awek : “Saya XXX dari syarikat XXX , boleh ke encik bercakap sekarang  ini?”

Shuth : “Oh!.. Hmm.. ok.. boleh lah..!” , saya dah mula mengesyaki, nie mesti nak jual insuran nie..

Awek : ” Ok! Saya menelefon ini bagi pihak Bonuslink untuk mengucapkan penghargaan kepada En. suhaimy kerana telah menggunakan kad BonusLink.”

Dalam hati saya berkata..”Hampeh bonuslink.. diorang jual maklumat pelanggan diorang ke?..  ke..  minah nie main tembak je.. manalah tahu.. kan ramai orang yang ada kad bonuslink.”

Awek : ” Jadi, sebagai tanda penghargaan, kami ingin menawarkan encik satu polisi perlindungan bernilai RM200,000 untuk seisi keluarga encik… encik suhaimy sudah berkahwin ke?.. sambung minah tu lagi..

Shuth : “Ya! sudah..” jawap saya jujur, ikhlas dengan hati yang murni.. oh!

Awek : “Dah ada berapa orang anak dah en. suhaimy?”

Shuth : “Dua..”

Awek : “Apa yang menarik tentang polisi kami nia ya en. suhaimy, ia bukan sahaja melindungi en. suhaimy, isteri dan 2 orang anak encik suhaimy sahaja, malah, jika di masa akan datang en. suhaimy ada pertambahan cahaya mata lagi.. ia akan secara automatik melindungi juga anak en. suhaimy yang baru itu dengan jumlah perlindungan 10% dari jumlah perlindungan yang sedia ada”

Shuth : ” Oh! ok!… awak dari syarikat insuran apa tadi?” , Tips #1: Untuk memotong percakapan agen yang tak henti-henti bercakap di telefon, anda perlu bertanyakan soalan kepada mereka.

Awek : “Saya dari syarikat XXX..”

Shuth : “Oo.. ada yer syarikat insuran XXX, saya tak pernah dengar pula”..

Awek : “Yer ada.. syarikat kami di Jalan XXX, KL “..

Shuth : “Oh.. ok! macam niela.. saya sebenarnya tak berminat untuk beli insuran sekarang nie”..  Tips #2: Anda perlu berterus terang dan tegas, katakan anda tidak berminat.

Awek : “Oh.. boleh saya tahu kenapa”?

Shuth : “Sebab.. saya pun sebenarnya agen Insurans jugak, jadi.. kalau saya nak beli insuran. saya akan beli dari diri sendiri je!” . Tips #3 : Berikan alasan yang kukuh, walaupun ia hanyalah sekadar rekaan

Awek : “Oh! en. suhaimy agen insuran syarikat mana ya?”

Shuth : “Saya agen insuran syarikat AAA”. Tips #4 : Rekaan yang terbaik adalah rekaan yang berdasarkan sesuatu yang anda tahu mengenainya..

Awek : “Oh.. en. suhaimy tak nak dengar dulu maklumat lanjut dari say atentang polisi ini, mungkin kita boleh share-share maklumat.”

Shuth : “Hmm. takperla.. saya tak berminat”…. Tips #5: Anda perlu cekalkan hati dan bertegas.. tidak mengapa jika anda kedengaran sedikit sombong.. ianya berkesan untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa jurujual di telefon.

Awek : “Oh.. oklah kalau macam tu! Terima kasih sebab sudi luangkan masa.. terima kasih”

Shuth : “Ok! sama-sama”….

Saya bukanlah anti-jurujual tetapi, bagi saya.. jika kita berada di pihak penjual, kita perlulah terlebih dahulu mengenalpasti keperluan bakal pelanggan. Lebih -lebih lagi jika menjual insurans, setiap orang mempunyai situasi kewangan yang berbeza-beza, jadi  plan insuran itu perlulah di “customize” sedikit agar memenuhi keperluan pelanggan.

Bukan main jual sahaja.. jurujual seperti ini, bagi saya.. hanya  mementingkan keuntungan kepada diri sendiri. Mereka hanya mengejar komisyen sahaja tanpa peduli apa keadaan dan keperluan pelanggan.

Saya tak pasti mengapa ada syarikat yang suka menggunakan teknik pemasaran sebegini. Saya kira, ianya adalah satu teknik pemasaran yang kurang beretika dan kurang berkesan. Kalau lah ada pelanggan yang membeli pun, biasanya, selepas 2-3 bulan, mereka akan batalkan polisi insuran yang mereka beli (pengalaman sendiri).

Mungkin syarikat-syarikat ini perlu terokai teknik pemasaran baru yang lebih beretika dan berkesan.. mungkin internet marketing?

P/s;- ada sesiapa yang nak share teknik mereka melepaskan diri dari jurujual pemanggil “bersiri” ini? Tingallkan di ruangan komen yer!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

52 comments Subscribe Comments

  1. By PALING BENCI JURUJUAL on December 7th 2009

    KLU ADA JURUJUAL YG TELEFON BEGINI :

    AKU TERUS JAWAB…NI DARI SYARIKAT MANA LAGI YG MAU JUAL BARANG NI.

    KAU INGAT SEMUA ORANG MAU BELI BARANG KAU KA? KALAU AKU MAU BELI BARANG AKU BOLEH PEGI KEDAI LAH.TAK PAYAH MAU TELEFON AKU. BUANG DUIT KAU SAJA. SEBAB AKU PALING BENCI KAMU……

  2. By MelayuMuda on December 29th 2009

    mmm,boleh ke agen insurans beli dari diri sendiri..huhu xtau lak.hihi


Add your comment