Fokus Kepada Kejayaan

Salah satu sikap orang yang berjaya, ialah, mereka lebih fokus kepada setiap kejayaan yang akan mereka perolehi. Manakala, orang yang kurang berjaya, akan lebih fokus kepada setiap halangan yang “AKAN” mereka tempuhi.

Orang yang berjaya, tidak pernah fikirkan tentang halangan-halangan yang AKAN mereka tempuhi.  Diulangai.. “AKAN”. Apa yang mereka lakukan, ialah, mereka lebih fikirkan tentang kejayaan yang akan mereka perolehi apabila melakukan sesuatu.

Mereka akan buat terlebih dahulu.. apabila mereka jumpa “halangan”, barulah mereka akan fikirkan jalan penyelesaiannya dan menyelesaikannya.. setelah selesai.. mereka terus bergerak. Continue reading

Kisah Aku..

Pertama sekali, saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini yang ternanti-nantikan post yang menarik dari saya sejak 2 minggu lepas. Sememangnya banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya pada 2 minggu yang lepas, tetapi keghairahan saya untuk menceritakannya di blog ini agak sedikit pudar.

Anyway, sekarang saya rasa sudah OK dan nak cerita sedikit tentang kisah hidup saya 2 minggu lepas secara “fast forward”.

13 April 2009

Bapa saya telah kembali ke rahmatullah, sedikit sedih tetapi saya redha dengan pemergiannya. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Continue reading

Kemahiran Perniagaan Internet?

Dalam temuramah saya bersama Azizi Ali, beliau ada bertanyakan soalan.. “Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seseorang jika mereka mahu menceburi bidang  perniagaan internet ini?”

Jawapan bagi persoalan itu sebenarnya sudah terdapat pada perkataan “Perniagaan Internet”  itu sendiri. Iaitu, “kemahiran Perniagaan” dan juga “kemahiran Internet”.  Itulah 2 kemahiran yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan internet. Continue reading

Doakan Bapa Saya..

Sudah hampir seminggu saya tidak update blog ini hinggakan ada rakan yang menyangka saya terlalu sibuk dengan “offline works” dan  lantas mengabaikan blog ini. Ho! ho!..  yerla.. itupun mungkin menjadi salah satu penyebab.

Tetapi sebab sebenar mengapa saya tidak update blog ini selama seminggu adalah disebabkan, saya sibuk menguruskan bapa saya yang telah dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dari bumbung rumah.

Menurut cerita kakak saya di kampung, bapa saya sedang bertukang membetulkan atap bumbung rumah. Tetapi malang tidak berbau, tiba-tiba kayu tempat bapa saya berdiri patah dan bapa saya terus tersungkur dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Bapa saya tidak sedarkan diri selama 3 hari di hospital. Tetapi kini alhamdulilah, selepas menjalani 2 pembedahan di kepala, ia sudah mula sedar. Continue reading