Doakan Bapa Saya..
April 3rd, 2009, by shuth

Doakan Bapa Saya..

Sudah hampir seminggu saya tidak update blog ini hinggakan ada rakan yang menyangka saya terlalu sibuk dengan “offline works” dan  lantas mengabaikan blog ini. Ho! ho!..  yerla.. itupun mungkin menjadi salah satu penyebab.

Tetapi sebab sebenar mengapa saya tidak update blog ini selama seminggu adalah disebabkan, saya sibuk menguruskan bapa saya yang telah dimasukkan ke hospital akibat terjatuh dari bumbung rumah.

Menurut cerita kakak saya di kampung, bapa saya sedang bertukang membetulkan atap bumbung rumah. Tetapi malang tidak berbau, tiba-tiba kayu tempat bapa saya berdiri patah dan bapa saya terus tersungkur dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Bapa saya tidak sedarkan diri selama 3 hari di hospital. Tetapi kini alhamdulilah, selepas menjalani 2 pembedahan di kepala, ia sudah mula sedar.

Dan sebagai satu-satunya anak yang “bekerja sendiri”  dan mempunyai “kebebasan dari segi masa”, maka saya mengambil tanggungjawab untuk menemani dan menjaga bapa saya yang kini berada di Hospital Pakar Johor, Johor Bahru. Walaupun begitu, kesibukan menguruskan bapa, ibu, isteri dan anak-anak di “penempatan semantara” di JB ini, menyebabkan masa saya untuk online agak terhad.

Jesteru itu, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana pelanggan sempoihosting & wangcyber , yang menghubungi saya tetapi menerima maklumbalas yang sedikit lewat dari saya untuk beberapa hari kebelakangan ini. Saya sedang menyesuaikan diri dengan “penempatan baru” di JB  ini.

Apa-apa pun.. saya akan terus memastikan diri saya mampu memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan saya.. tidak kiralah sempoihosting ke? wangcyber ke? seminarebook ke? maskahwin ke?  Sebab, prinsip saya..  “Always Put Yourself in Your Customer’s Shoes“..

Sedikit pesanan…

Kepada pembaca-pembaca blog ini, yang turut sama mendoakan kesihatan dan keselamatan bapa saya. Saya ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada anda.

Kepada pelanggan-pelanggan saya, saya mohon maaf jika perkhidmatan saya kurang memuaskan anda beberapa hari kebelakangan ini.

Kepada doktor dan hey! sigadis yang ayu~~ jururawat-jururawat hospital pakar johor yang merawat ayah saya (macam lah diorang baca blog saya nie), saya ucapkan terima kasih banyak-banyak di atas layanan anda yang sangat teman tapi mesra & baik.

Kepada diri sendiri, systemize your bussiness and always work “ON” your bussiness.

Adios.. yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

42 comments Subscribe Comments

  1. Salam Shuth, semoga semuanya akan baik dan bapa Shuth akan sembuh segera, insyaallah.

    Saya pernah alami pengalaman yang hampir serupa, jadi saya faham keadaannya.

  2. Salam Shuth,
    saya doakan agar bapa Shuth sembuh secepat mungkin…insyaallah!

    Tahun lepas, ayah saya pun jatuh dari bumbung rumah jugak masa dia nak betulkan atap rumah nenek saya di Muar. Lama jugak la dia tak bleh jalan… :(

  3. Salam Shuth,

    Semoga kesihatan bapa Shuth beransur pulih…
    Saya doakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan berada dalam keadaan baik dan teratur seperti sediakala…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  4. salam shuth,
    pernah terjadi kat bapa saya…tak senang hati dibuatnya…moger cepat sembuh…amin

  5. salam shuth,

    Semoga bapa cepat sembuh dan shuth hadapi suasana baru dalam keadaan tenang.

  6. By Rahmah on April 3rd 2009

    Salam Shuth.. Moga ayah shuth cepat sembuh.. satu kelebihan buat full time online biz.. ada freedom dr segi masa (satu freedom yg saya impikan dr dulu)..

  7. Salam semoga bapa anda cepat sembuh Shuth amin

  8. Salam,

    Kami semua doakan semoga ayah Shuth cepat sembuh. Amin..

  9. Semoga ayananda akan dipermudahkan untuk pulih kembali kesihatan beliau…..

  10. Ya Allah…
    pulihkanlah kesihatan bapa shuth seperti sedia kala..
    aminn…

  11. Salam…

    Harap ko tabah dalam menjalani kehidupan ini …Doakan semoga Ayahanda mu sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa…amin….

  12. Semoga bapa shuth cepat sembuh.. amin

  13. Semoga bapa ko sembuh cepat.

  14. Saya tumpang simpati syuth. Semoga bapa saudara cepat sembuh.

  15. Shuth,
    Ayah aku dulu koma 3 bulan lepas jatuh dari bumbung tempat kerja. Tapi kuasa Allah, dia akhirnya sedar. Takde apa lagi yang boleh dibuat melainkan berdoa. Keajaiban hanya boleh berlaku di tangan Tuhan aje.

    “Kun Fayakun…”

    p/s: Aku baru sampai dari Penang ni. So skang aku dah ada kat JB. Kalau ko nak ngetehtapi takde member, call je aku.

  16. bismilllahirrohmaanirrohiiimm….moga ayah bro cepat sihat.. aminnnn..

  17. Salam. Semoga bapa kamu pulih sediakala. Amin. Harap kamu juga dapat bersabar dengan kerja2 yg tergendala kerana ibubapa lebih utama.

  18. Shuth saya doakan semoga bapa shuth cepat sembuh.

  19. Salam, Saya juga berada dalam keadaan tidak selesa kerana anak saya yang baru lahir masih berada dalam wad. Saya doakan ayah Shuth kembali pulih seperti sediakala.

  20. Wah ramainya mendoakan bapa Shuth sembuh.Lebih daripada 40 ni..Kalau 40 doa, insyaAllah bapa saudara akan sembuh. :-)

  21. Sama2 kita doakan bapa Shuth cepat sembuh. Nilah msnya kit tunjukkan kasih sayang kepada kedua ibubapa kita…hati mereka mesti tersentuh dapat rasa kasih sayang seorang anak

  22. salam shuth.. semoga ayah shuth cepat sembuh.. amin.. sy pun baru dpt berita x best mengenai kesihatan ayah saya.. sama2 lah kita berdoa..

  23. By Han on April 5th 2009

    semoga ayah shuth cpt2 sembuh…

  24. Semoga Shuth tabah

  25. Shuth,

    Bekerja sendiri + kebebasan masa akan menjadikan shuth orang yang akan sangat sentiasa diperlukan oleh orang lain. Sakit susah, cari shuth. Sempit terdesak cari shuth. Pahala besar bro!

    Been there, done that!

    Anyway, moga ayahanda cepat sembuh dan kembali sihat.

    p/s : Bumbung yang tak siap dikerjakan tu, tolong kasi settel la ok sebelum balik KL :)

  26. Semoga ayah bro cepat sembuh :) Amin

  27. Salam Shuth,

    Kami di sini akan mendoakan akan kesejahteraan ayahanda Shuth. Bersolat dan berdoa agar diberikan kesembuhan yang baik… Amiiinnn…

  28. Slama bro,

    Semua ayah bro selamat dan sihat seperti biasa… AMIN.. Bnykkan bersabar dan memohon pertolongan dariNYA..

  29. Semoga ayah u beransur pulih dan sembuh dari kecederaannya. Insya-Allah

  30. Semoga bapa shuth cepat sembuh.. Amin..

  31. Semoga bapa shuth cepat sembuh…
    Dan servis sempoihosting lebih mantop

  32. Mudah – mudahan bapa shuth semakin beransur sihat. InsyaAllah

  33. semoga cepat sembuh kepada bapamu..

  34. Insyaallah cepat sembuh. Banyak-banyaklah berdoa, doa itu lebih ampuh dari segala obat.

  35. By shahdone on April 9th 2009

    Semoga ayah shuth cepat sembuh seperti sedia kala… amin…

  36. didoakan semoga ayah shuth cepat sembuh. mungkin ini peluang shuth cuti bersama keluarga kat kampung….

  37. salam shuth,
    aku doakan semoga ayahanda shuth cepat sembuh.

    mungkin ada hikmah disebalik kejadian tu..
    nak rapatkan hubungan antara keluarga pun boleh jadi jugak.
    sekurang-kurangnya leh jumpa sedara mara yg datang.. :D

    p/s: klau bumbung tu tak siap lagi, ko leh la tolong siapkan.. hehe.. DIY la sket2..

  38. Semoga Allah mengurniakan kembali nikmat kesihatan.. Amin..

  39. semenjak bekerja spenuh masa semula…. dan, semenjak windows kat rumah corrupted, jarang sekali cek blog ni :) pagi ni lepas installed windows, sekali berita sedih kat main page :(

    sy harapkan bapa shuth sihat secepat mungkin seperti sedia kala :)

  40. Saya bersimpati dengan nasib saudara. Semoga cepat pulih.

  41. Salam, shuth, heard bout ur father. Takziah saya ucapkan.

  42. Takziah utk Shuth dan keluarga…


Add your comment