Kemahiran Perniagaan Internet?
April 11th, 2009, by shuth

Kemahiran Perniagaan Internet?

Dalam temuramah saya bersama Azizi Ali, beliau ada bertanyakan soalan.. “Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seseorang jika mereka mahu menceburi bidang  perniagaan internet ini?”

Jawapan bagi persoalan itu sebenarnya sudah terdapat pada perkataan “Perniagaan Internet”  itu sendiri. Iaitu, “kemahiran Perniagaan” dan juga “kemahiran Internet”.  Itulah 2 kemahiran yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan internet.

Ramai anak-anak muda hari ini mempunyai kemahiran didalam menggunakan internet, tetapi kurang kemahiran di dalam perniagaan. Manakala bagi golongan yang “sedikit veteran” pula, ia adalah sebaliknya.

“Kemahiran Perniagaan” yang saya maksudkan disini ialah seperti kemahiran melihat peluang, kemahiran menganalisa pasaran, kemahiran menyusun strategi & perancangan perniagaan, kemahiran menghasilkan produk, kemahiran menguruskan kewangan dalam perniagaan, kemahiran memasarkan produk, kemahiran melayan dan menguruskan pelanggan dan bermacam-macam lagi.

Manakala, “Kemahiran Internet” pula ialah seperti kemahiran menggunakan email, kemahiran membuat website, kemahiran mencari maklumat (menggunakan google) , kemahiran menggunakan “tool-tools”  internet seperti blog, facebook, myspace, twitter, forum,  autoresponder dan banyak lagi.

Itulah 2 kemahiran asas yang perlu diketahui dan dikuasai bagi mereka yang ingin berjaya di dalam bidang “perniagaan internet” ini.

Sekian, untuk kali ini. Yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

29 comments Subscribe Comments

  1. Kedudukan saya berada diantara golongan muda dan golongan agak veteran. :)

    Kesemua tu dah ada, tapi, kekadang tu terlupa dan tak terbuat dek kerana kerja lain yang perlu di settle kan dulu.. Akhirnya, terlupa lah apa lagi… :)

    http://www.glowglokal.com/blog
    (blogpost terkini – Idea bisnes dari 3 peniaga)

  2. im newbies…kene blaja dgn experienced person dlm im utk jimat masa n tenaga. ilmu dihargai sekiranya ada pgorbanan. kene perkemas 2 skill pd diri sy..

  3. Baru perasan yang ‘PERNIAGAAN INTERNET’ ada maksud tersembunyi yang perlu diadaptasi! Thanks bro.. :-)

  4. owh…
    saya rasa kemahiran perniagaan dan kemahiran internet saya pada tahap sederhana sahaja…
    sekadar tahu tetapi tiada kepakaran…
    bnyk lg perlu dipelajari…
    =)

    Minutes To Midnight – http://aizatkamal.blogspot.com

  5. Dalam apa2 bidang pun kena ada kemahiran. :-)

  6. Sekiranya nk ceburkan diri dlm dunia perniagaan, memang perlukan kemahiran dalam perniagaan..tak kira perniagaan online atau pun offline.

    Kemahiran internet adalah penting pada zaman sekarang walaupun melibatkan diri dalam perniagaan offline.

  7. Info yang baik. Mungkin kekadang kita terlepas pandang perkara ni. Jika di dalam perniagaan internet, kemahiran internet harus diberi perhatian yang lebih kerana kemahiran perniagaan sudah menjadi satu keperluan jika kita bergelar seorang usahawan. Thanks Shuth.

  8. Salam bro shuth..
    terima kasih atas perkongsian maklumat ini.
    Sebenarnya, dalam apa jua perniagaan, KEMAHIRAN perlu dititik beratkan agar perniagaan dalam dijayakan.

    ;)

  9. Betul tu Shuth..kalau ada idea yang menarik pun tentang perniagaan internet tetapi tiada 2 kemahiran di atas, baik lupakannya. Mula daripada asas. Belajarlah perlahan2 cara buat blog..Naik sedikit demi sedikit..

  10. Ilmu kemahiran perlu dipelajari dan dipertingkatkan dari masa ke semasa…..samada mendapatkan dari ebook mahupun personal coaching….apa yang penting….ISTIQAMAH….

  11. so ape lagi…
    kemahiran internet dh ade..
    jom kita belajar berniaha plak..!!
    hek3..

  12. ye apa yg suhaimy inform tu memang betul. internet adalah satu tool untuk perniagaan. kemahiran internet sahaja tanpa kemahiran perniagaan tidak akan meningkat nilai aset dan kekayaan.

  13. Salam shuth dan kawan2 pembaca..

    Saya lak.. dua2 tengah belajar and baru cuba2 praktis… jauh lagi dr mahir…

    (komen pertama saya di sini)

  14. benar. ramai yang tak tahu dan memang takkan tahu kalau tak bertanya pada yang tahu.

  15. Dengan kata lain, kedua-dua kemahiran tersebut AKAN GAGAL DIKUASAI sekiranya tidak sabar dan terburu-buru dalam menuntut “ilmu kemahiran perniagaan” dan “ilmu perniagaan internet”. isu golongan muda atau veteran tak akan ketara sekiranya masing-masing pandai memanfaatkan ruang dan peluang dalam menguasai “dua ilmu kemahiran” ini

  16. Ilmu perniagaan dan internet, jgn lupa disekalikan dengan ilmu agama…

  17. Betul tu, perlu mahir kedua-dua untuk jadi “above average”.
    Assalamualaikum

  18. Salam en shuhaimy..this 1st time sy usher blog u..saya ada trbaca beberapa artikel u psl online payment n netbuilder khususnya…ok,sekarang ni netbuilder membuka ruang yg lebih luas kepada sesapa yg berminat menceburi bisnet internet ni(e-dagang atau bahasa omputih e-commerce)..NOW..kita promosi kita punya NBePay payment gateway just rm499 utk setup fee..pastu u blh dapat rm0 monthly fee selama 2 tahun n lowest transaction rate 3%…ok,mungkin u tertanya2 brapa monthly fee selepaas 2 tahun?kita akan tengok market respond n market trend dulu,then bru kita decide..well,maybe lower atau sama lagi..Skg,ekonomi mmg merudum skit..so,skg la peluang utk buka bisnes online..cepat rebut peluang keemasan ini..promosi ini akan berakhir 27 april 2009..nk info tambahan blh contact netbuilder or handphone saya di 0162084609..saya sudi membantu anda..”Bertemu di puncak kejayaan”

  19. Perniagaan adalah hubungan komunikasi. Nak kasi up bisnes, kena mantapkan komunikasi terlebih dahulu. Internet adalah medium maklumat, hiburan dan komunikasi.

    Means, kita kena peralatkan internet untuk memantapkan komunikasi antara kita dengan peniaga lain dan dengan pelanggan atau pembeli-pembeli jika kita mahu bisnes internet jadi OK.

    Kemahiran berniaga kena OK, kemahiran komunikasi kena OK juga.

    -ShueQry-

  20. Jika kita ada kemahiran internet kita kena cari dan belajar kemahiran perniagaan…

    Jika kita ada kemahiran pernigaan kita kena cari dan belajar kemahiran internet pula…

    Tetapi jika anda ada salah satu daripada tersebut, masih ada harapan untuk menjalankan perniagaan internet ni…

    Tak susah…dapatkan dan cari rakan JV yang ada kemahiran perniagaan jika anda ada kemahiran internet atau sebaliknya..

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  21. Nak buat apa pun kena bersedia dengan ilmu pengetahuan(kemahiran) terutamanya sesuatu bidang yang mencabar seperti perniagaan ni. Banyak perniagaan yang lingkup disebabkan ownernya yang tak ambik kisah pasal kemahiran ni.. Saya pun pernah terduduk waktu mula-mula buat bisnes cendawan dulu. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok sebab dah belajar banyak perkara.

    p/s: Nak tahu ilmu bisnes cendawan? klik nama saya diatas..

  22. emm,ayah saya sambilan jual tapai ubi kayu kat kampung jadi sedikit sebanyak ada la otak bisnes sambilan, pengalaman lebih banyak try and error tapi lihat budget juga. Pernah urusniaga/join/kerja stesen minyak,restoran,beli ebook berlambak,Ebay,Vemmabuilder,Forex,… Tapi masih lagi perlu banyak study tentang internet jika nak jadi macam Shuk :-)

  23. internet is good for business especially e book
    what do u think the fair price for PIC microcontroller e book?

  24. Thanks shuth atas nasihat yang diberikan. Walaupun nampak cam simple je, tapi penuh dengan makna mendalam.

    TQ shuth

  25. bagus betul info ni. walaupun pendek je tapi penuh makna. tapi sekarang ada yang terbali. budak2 muda terer berniaga tapi buta IT. yang veteran pula power gile guna tenet siap ada facebook sendiri, tapi bab bisnes hancur.. ha..ha tak tau nak cakap apa. dunia dah terbalik

  26. Ada dua bentuk pelaburan yg perlu utk perniagaan internet pd pendapat sy. Pelaburan masa atau wang. Pelaburan masa kita tumpukan masa untuk belajar kemahiran internet dan perniagaan dgn mengambil cth2 yg dah berjaya, trial and error cari maklumat sendiri. Kalau pelaburan wang kita bayar utk sertai seminar2 otai2 perniagaan internet jd kita dpt first hand info yg penting utk diguna boleh juga kalau mereka dpt jd mentor atau guide kita utk berbisnes. Jadi ikut kesesuaian kita mana satu yg dpt kita implement.

    Saya gabung kedua-dua tp pelaburan wang tak byk sebab sy tak ada wang yg cukup skrg ni. Hanya sekadar beli buku2 utk tambah kemahiran. Yg lain trial and maklumat2 free mcm kat blog ni.

  27. Selain tu .. Network pun penting dlm perniagaan internet ni..
    Kalau tak susah..

  28. Info yg berguna… berguna utk newbies spt saya…

  29. Yup, kalau nak buat bisnes internet, memang ada banyak prosesnya. Kalau nak buat duit di internet, setakat 1 atau 2 atau 3 langkah dah boleh.


Add your comment