Kisah Aku..
Pertama sekali, saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini yang ternanti-nantikan post yang menarik dari saya sejak 2 minggu lepas. Sememangnya banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya pada 2 minggu yang lepas, tetapi keghairahan saya untuk menceritakannya di blog ini agak sedikit pudar.
Anyway, sekarang saya rasa sudah OK dan nak cerita sedikit tentang kisah hidup saya 2 minggu lepas secara “fast forward”.
13 April 2009
Bapa saya telah kembali ke rahmatullah, sedikit sedih tetapi saya redha dengan pemergiannya. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
16 April 2009
Terima Check dari nuffnang yang berjumlah RM1254.86. Alhamdulilah.

Cek Dari Nuffnang
18 April 2009
Seminar Ebook kali ke-2 berjalan dengan lancar. Pada kli ini, seramai 34 peserta menyertainya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta dan semoga anda mendapat banyak ilmu & manfaat dari seminar tersebut. Tak sangka, pada seminar kali ini, ada peserta yang datang dari Sabah & Singapura. Tahniah & thanks saya ucapkan..

Peserta-peserta Seminar Ebook Sesi-2

Gambar Ramai-ramai Di Akhir Seminar
19-23 April 2009
Sebaik sahaja selesai Sesi Seminar Ebook, saya terus pulang semula ke kampung menemani ibu saya yang kini keseorangan, nasib baik ada kakak yang tinggal di kampung, tidak sunyi sangat.
24 April 2009
Dapat review copy ebook “Panduan Cinta” dari richie. Ebook yang agak menarik dan sangat sesuai dengan niche mailing list saya. Tanpa membuang masa, terus hantar satu email kepada subsriber saya. Dan dalam masa 24 jam.. 13 jualan terhasil and still counting… Not bad untuk email yang dihantar pada hari jumaat.

Hasil Jualan Ebook Panduan Cinta
Oklah! Itu sahaja untuk entry hujung minggu nie. Esok saya akan kongsikan satu post menarik yang bertajuk.. “Fokus Kepada Kejayaan”
Stay tune!… YOSH!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

takziah atas pemergian bapa shuth…
Takziah atas pemergian bapa tuan.. Maaf sekali lagi kerja ganggu dengan call dan sms sewaktu tuan berada di hospital.. Buku tuan telah pun saya baca.. alhamdullillah.. skrg sedang mempraktikkannya.. amat membantu..
Insya Allah, kalau diizinkan Allah, akan cuba luangkan masa mempelajari dengan lebih lanjut di Seminar-seminar tuan..
Salam takziah kepada Shuth sekeluarga. Semuga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.
Salam Shuth…
Mulanya agak pelik apabila Shuth lama tak update blog.. (sama cam saya gak.. huhuhu… )
Salam takziah untuk Shuth dan keluarga atas pemergian Alahyarham bapa Shuth.. (Saya memang benar2 tak tahu pada 13 April tu…)
Saya juga sedang menyiapkan program2 saya walau berjalan agak lembab dan ke aktifan saya di alam cyber ni, ini adalah di sebabkan beberapa perkara.. ha susah nak sebut…
Apa2 hal pun, tahniah Shuth dan gandakan usaha anda untuk merealisasikan impian Shuth tu ok?
Terima kasih Mr. Shuth di atas perkongsian ilmu dan pengalaman pada seminar ke-2 hari tu.
Tak ku sangka Shuth ni peramah orangnya…
Salam takziah untuk shuth sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Salam Takziah buat Shuth sekeluarga…
Semoga rohnya dicucuri rahmat…Amin
Alhamdulillah….pastinya ade hikmah di atas setiap yang berlaku….
semoga shuth lebih sukses…
Takziah buat shuth sekeluarga. Semoga aruah di tempatkan bersama-sama orang yang soleh. Banyakkan besabar. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.
Takziah Shuth di atas pemergian arwah…sesungguhnya saya memahami apa yang awak rasa kerana saya pun pernah mengalaminya….banyakkan bersabar…
Salam bro shuth..
pertama sekali, saya ingin mengucapkan TAKZIAH atas pemergian ayah saudara..
saya berharap agar saudara shuth banyakkan bersabar ye. kami warga WC tetap berada disamping anda
Salam TAKZIAH saya ucapkan
TAKZIAH. sedikit perkongsian:
12 april ayah saya kembali ke rahmatullah, tapi thn 2007.(dlm paper pon keluar, klau en.shuth kenal la)tapi saya dan keluarga redha, walaupun di bulan-bulan yg awal susah untuk menerima takdir tersebut.apa2 pun saya anggap semuanya ada hikmah.
16 april pulak, hari kelahiran saya. huhu:-(
24 april 2008 pulak, pak cik saya pula dijemput olehNya
kesimpulannya, tarikh2 untk entri kali ini begitu dekat ngan saya:-)doa saya semoga arwah ayah en.shuth ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman.Amin
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan TAKZIAH atas pemergian ayah saudara..saya berharap agar saudara shuth banyakkan bersabar ye. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman… insyaAllah
takziah atas permergian ayah sdr Shuth.
Sy kagum dgn sdr shuth, dlm keadaan … tapi masih kuat semangat meneruskn apa yg telah direncanakan.
Ingatlah segala yg berlaku ada hikmahnya..takziah sekali lagi..
Takziah kepada syuth dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta..
Takziah atas kematian bapa saudara. Moga rohnya ditempatkan di tempat orang beriman. Semoga saudara dan keluarga bersabar atas dugaan ini…
Takziah kepada Shuth sekeluarga
takziah utk 13 april shuth. al-fatihah.
takziah di ats pemergian ayahnda anda.moga roh dia di cucuri rahmat dan tergolong dlm mereka yg di kasihi Nya…al fatihah.
Salam Shuth. Takziah atas pemergian bapa tersayang. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah kepada Shuth sekeluarga.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Salam Takziah.
takziah kepada shuth & kluarga smoga rohnye di cucuri rahmat aminn
Salam Ziarah Dan Takziah kepada saudara tuan rumah. Bersabar, tiap yang hidup pasti mati. semoga roh bapa saudara dicucuri rahmat dariNya. Insya..