Fokus Kepada Kejayaan
April 28th, 2009, by shuth

Fokus Kepada Kejayaan

Salah satu sikap orang yang berjaya, ialah, mereka lebih fokus kepada setiap kejayaan yang akan mereka perolehi. Manakala, orang yang kurang berjaya, akan lebih fokus kepada setiap halangan yang “AKAN” mereka tempuhi.

Orang yang berjaya, tidak pernah fikirkan tentang halangan-halangan yang AKAN mereka tempuhi.  Diulangai.. “AKAN”. Apa yang mereka lakukan, ialah, mereka lebih fikirkan tentang kejayaan yang akan mereka perolehi apabila melakukan sesuatu.

Mereka akan buat terlebih dahulu.. apabila mereka jumpa “halangan”, barulah mereka akan fikirkan jalan penyelesaiannya dan menyelesaikannya.. setelah selesai.. mereka terus bergerak.

Berbanding orang yang kurang berjaya… mereka akan fikirkan jalan penyelesaian bagi setiap halangan/masalah yang AKAN mereka tempuhi sebelum mereka memulakan sesuatu. “Kita perlulah mempunyai perancangan yang sempurna”… kata mereka.

Hakikatnya… Perancangan yang sempurna tidak wujud!

Jadi, tidak hairanlah mengapa orang yang kurang berjaya tidak bergerak-gerak dan bertindak, mereka menunggu perancangan yang sempurna, dimana, di dalam perancangan tersebut, semua masalah yang MUNGKIN timbul, mestilah sudah siap sedia dengan jalan penyelesaiannya.

Manakan boleh?… setiap hari pasti akan ada sahaja masalah-masalah baru yang akan timbul, malah ada juga masalah yang berlaku adalah masalah diluar jangkaan. Jadi, usahlah terlalu memikirkan masalah-masalah tersebut.

Perkara ini adalah benar dan saya sendiri telah mengalaminya..

Sewaktu saya memulakan perniagaan “sempoihosting“… boleh dikatakan saya hanya mempunyai pengetahuan yang sangat sedikit tentang server. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika server down, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan JIKA server di hack atau diserang virus, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan JIKA email dan database server tidak berfungsi, saya tidak tahu bagaimana hendak mentransfer akaun pelanggan JIKA ada pelanggan yang ingin membuat transfer hosting… sememangnya banyak yang saya tidak tahu.

Tetapi, saya tidak mahu fikirkan semua perkara itu… apa yang saya tahu pada waktu itu, buat satu website, dan jual. Masalah lain, fikirkan ia apabila ia tiba atau muncul. Selagi ia tidak muncul, usah peningkan kepala untuk memikirkannya.  Buat masa ini, fokuskan sahaja pada promosi dan jualan (fokus kepada kejayaan).

Tips hari ini.. hanya selesaikan masalah yang SEDANG anda hadapi.. dan bukannya masalah yang AKAN anda hadapi.

Sekian  untuk hari ini!

Yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

22 comments Subscribe Comments

  1. salam.
    trimas atas tip yang amat bguna
    memang ramai yg fikirkan sesuatu yang bakal berlaku
    sedangkn ia hanya kemungkinan…akhirnya timbul perasaan takut disebabkan kemungkinan tu…

    Practice make perfect…
    but Nobody is perfect
    so, why practice?
    Just go on…

  2. Thanks shuth kerana berkongsi ilmu dan pengetahuan,

    Tips kali ni memang sesuai untuk orang cam saya. Saya jenis yang suka buat sesuatu tu dengan perancangan yang serapi mungkin. Selagi tak complete preparation, memang tak gerak. Akhirnya langsung tak gerak, hehe.. Orang lain dah sampai ke bulan, saya masih merangkak-rangkak. Betulla, kita mesti fokus kepada Kejayaan, bukan pada halangan yang tak habis2 datang tu…

  3. terima kasih atas post motivasi kali nie….

    memberi kesedaran @ wakeup call kepada saya…
    selama nie saya lebih tumpukan MASALAH dan
    PERLAKSANAAN TINDAKAN….

    mulai hari nie saya akan MEREDAH matlamat
    yang ingin saya capai… :)

  4. Salam saudara shuth..
    satu perkongsian ilmu yang amat menarik
    :)
    terima kasih

    kalau ada masa lawat la laman blog saya ye
    :)

  5. Motivasi yang sungguh memberangsangkan
    Tq…

    p/s rasanya shuth ni kawan saiful bahari, hussein onn

  6. Yup bak kata omputeh “Success is DOING”, simple tapi bermakna

  7. Betul tu.. Saya akui keGagalan kerana terlalu merancang..

  8. bagus artikel ini… dapat bantu ramai orang keluar dari tidak boleh ke boleh..

    malaysia BOLEH !

  9. Merancang menambah keyakinan untuk bertindak,
    tidak bertindak sama seperti tidak merancang,
    merancang+bertindak+fokus…itulah resepi kejayaan.

  10. tips yang baik…kita harus bertindak sekarang sambil memikirkan cara terbaik untuk menuju kejayaan itu. Bila kita tidak bermula kita tidak akan tahu apa yang kita perlu lakukan seterusnya.

    Harus diingat, anda perlu memberikan sesuatu untuk memperolehi sesuatu. Maksudnya anda perlu bertindak dan memberikan segala usaha, tenaga, masa dan wang ringgit sebelum anda memperolehi sesuatu kejayaan.

  11. Orang yang berjaya akan terus membuat tindakan. Mereka tak perlukan perancangan yang sempurna sebab sebelum bertindak mereka perlu mempunyai ilmu dan bersedia kalis erti kegagalan.

    Orang berjaya akan belajar dari pengalaman dan kegagalan orang lain yang sebelumnya. :)

  12. ‘Gagal merancang bererti Merancang Untuk Gagal ‘,

    Bagi saya perancangan tu perlu, tapi ia mestilah diakhiri dengan tindakan, bukan perancangan demi perancangan tanpa kesudahan. Kebanyakan newbie takut2 untuk memulakan sesuatu termasuk diri saya sendiri. Tips kali ni memang panduan berguna untuk kami. Thanks Shuth..

  13. Terima kasih shuth. Maksudnya kene fokus pada kejayaan bukan pasa masalah yang akan datang.

  14. Ok tip ni memang best sebab tu lah agaknya saya tak lancar lancarkan lagi plrpercuma saya ni…inysallah…

  15. Salam’alaik…

    Thanks bro Shuth…

    Motivasi kali ini betul-betul naikkan semangat saya utk meneruskan bermacam-macam projek dlm kepala saya… smua projek tersebut already dlm laptop saya… tapi saya terlalu byk berfikir psal masalah yg AKAN saya hadapi…

    Hopefully, lpas ni saya sentiasa bersemangat dan meneruskan apa yg mahu diteruskan, insyaAllah…

    Salam kejayaan… illa mardhatillah!

  16. Saya pernah membincangkan isu ini pada sorang ustaz yang saya hormati. Nampaknya apa yang ustaz saya kata, hampir sama dengan yang Shuth kata.

    Dulu saya memang “gelap”, tak faham kenapa dia boleh cakap macam tu, bila dah ada semakin berusia ni :-D , dah mula2 berjinak dengan dunia online, dan membaca post yang Shuth kuarkan ini, barulah saya kembali “terang”.

    Do or do not, there is NO try…

  17. “hanya selesaikan masalah yang SEDANG anda hadapi..dan bukannya masalah yang AKAN anda hadapi.” Terima kasih kerana ayat ni walaupun bersahaja tetapi sangat bermakna buat saya. Paling penting adalah FOKUS sehingga mencapai kejayaan!

  18. Teringat sy masa tue sempoihosting masih baru dan blog saya http://www.sipenglipurlara.com pun guna hosting sempoi.. Ketika itu ada org hack blog dan tiba-tiba hackers tue wat web palsu paypal.. Shuth kata ketika itu pun dia masih baru belajar tentang masalah ini dan cara menanganinya.. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Kini Shuth boleh berbangga kerana telah berjaya! Tahniah!

  19. Baguslah tips ni, walaupun ringkas tapi mendalam maksudnya.. yang penting perlu fokus…

  20. bila nak buat buku motivasi plak shuth?

  21. Kebanyakan orang lebih suka merancang, tetapi tidak suka bertindak atau dalam perkataan lain, melambatkan tindakan yang perlu.

  22. By wan on July 2nd 2009

    thanks bro help me a lot


Add your comment