Se”pagi” di SKMM

Fuh!.. lama juga saya tak update blog ini. Tapi alhamdulilah, ramai juga pembaca-pembaca baru yang datang dan menjengah blog ini. Terima kasih saya ucapkan!

Sejak kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa di kampung. Bila berada di kampung.. memang slow lah jadinya.. semua kerja-kerja jadi slow.. se”slow” connection GPRS…. haihh… nak update pun rasa macam sembap je.. tunggulah den masuk streamyx kat umah omak den nanti! berdesup den update blog nie! (err..  umah mak den bukan di negeri sembilan yer.. oh!)

Anyway, kini saya sudah berada di KL (itu yang boleh update blog nie!). Tadi pagi, saya berada di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).  Pegawai penyiasat SKMM telah memanggil saya untuk hadair ke pejabat mereka di Cyberjaya untuk membantu mereka menjalankan siasatan bagi sebuah kes yang mereka kendalikan. Kes apa? Maaf! saya tak boleh cerita sebab ianya adalah sulit. Continue reading

Siapa Jutawan OIAM?

Jika anda fikir Tomok lah satu-satunya yang terbaik dan menjadi  jutawan di dalam rancangan OIAM bagi musim ke-3 ini.. sila fikirkan sekali lagi!… ops! ok.. mungkin anda tak dapat.. cuba fikir 3 kali lagi!

Suki.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Ayu.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Tomok.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Tetapi, pihak satu lagi, telah menjadi jutawan sebanyak 3 kali berturut-turut without fail! Siapakah gerangannya? Siapa lagi kalau bukan pihak 8TV.

Saya tidak pasti berapa jumlah pungutan wang yang pihak 8TV perolehi dari sms yang dihantar oleh penonton-penonton rancangan OIAM, tapi saya amat  pasti, ianya melebihi jumlah sejuta ringgit, mungkin berbelas-belas juta, jika tidak, masakan mereka boleh menawarkan hadiah bernilai RM1 juta? Continue reading