Siapa Jutawan OIAM?
May 3rd, 2009, by shuth

Siapa Jutawan OIAM?

Jika anda fikir Tomok lah satu-satunya yang terbaik dan menjadi  jutawan di dalam rancangan OIAM bagi musim ke-3 ini.. sila fikirkan sekali lagi!… ops! ok.. mungkin anda tak dapat.. cuba fikir 3 kali lagi!

Suki.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Ayu.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Tomok.. menjadi jutawan sekali sahaja!

Tetapi, pihak satu lagi, telah menjadi jutawan sebanyak 3 kali berturut-turut without fail! Siapakah gerangannya? Siapa lagi kalau bukan pihak 8TV.

Saya tidak pasti berapa jumlah pungutan wang yang pihak 8TV perolehi dari sms yang dihantar oleh penonton-penonton rancangan OIAM, tapi saya amat  pasti, ianya melebihi jumlah sejuta ringgit, mungkin berbelas-belas juta, jika tidak, masakan mereka boleh menawarkan hadiah bernilai RM1 juta?

Lebih bijak lagi, untuk mengundi “TIDAK” pun, penonton perlu hantarkan SMS. Fuh! Terbaik!.. sungguh marvellous idea mereka untuk menambahkan pendapatan. Gila lah!

Itulah perbezaan antara “Jutawan Ilmu” dan juga “Jutawan Nasib”.

Berdasarkan “Ilmu Jutawan” yang pihak 8TV  miliki, mereka boleh mengulang-ulangi usaha/teknik  mereka  itu untuk mendapatkan sejuta yang seterusnya!

Bagi Suki, Ayu & Tomok… jika mereka ulang-ulangi usaha / teknik / persembahan mereka semula.. belum tentu mereka akan mendapat sejuta yang seterusnya.

Apa-apa pun, semua rezeki itu memang telah ditentukan oleh Allah., dan syabas diucapkan kepada Tomok kerana berjaya memenangi pertandingan OIAM dan sekaligus menjadi jutawan.

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

26 comments Subscribe Comments

  1. Tahniah la pada Tomok.

    Tetapi macam yang Shuth cakap le.. pemenang OIAM ni semua dapat sejuta sekali sahaja.. manakala 8TV dah masuk kali ketiga.. hanya kerana mereka bijak..

    Aku teringat cerita dan tauladan masa kecil dulu.. cerita Itik Bertelurkan Emas.. setiap hari dia mengeluarkan telur emas.. orang tamak je gi sembelih itik tu.. sangkanya ada banyak emas dalam perut itik tersebut..

    dan cerita cikgu pasal.. mengajar orang berladang.. kalau kita bagi orang beras 100 kampit.. dalam beberapa bulan.. akan habis juga.. kemudian kena cari beras lagi.. tapi kalau kita belajar macam mana tanam padi.. beras kat dalam rumah kita tak putus.. malah boleh buat jual lagi.. menambah pendapatan keluarga..

    Tapi dalam perniagaan internet ni aku tahu ramai yang nak dapat itik bertelur emas.. tapi bagi aku berladang lagi selamat sebab itik boleh mati.. huhuhu.. masing2 ler.. kalau dapat 2-2 pun kira bersyukur sangat..

  2. Itulah kebijaksanaan orang bisnes..
    Mungkin ini satu spekulasi tapi rasanya markah Tomok yang ditinggalkan di tempat ketiga pada awal rancangan pun seperti ada konspirasi. Wallahualam.. sekadar tekaan sahaja

  3. pepejal >> err.. ladang pun boleh mati, boleh kena serangan serangga, penyakit ataupun banjir.

    zool >> Konspirasi?.. bukan konspirasi, tapi “teknik marketing”.
    salah guna perkataan zool nie rasanya kot.. :)

  4. hehe..kita tiru macam 8tv nak? kaya banyak kali.
    Bukan salah 8tv. tapi membuatkan kita untuk berfikir disebalik ‘ilmu’ yang mereka gunakan..

  5. Tahniah buat TOMOK. Dah memang rezeki dia. Dah jadi jutawan sekarang ni. 8TV dah 3 kali jadi jutawan lagi hebat (jutawan senyap).

  6. Kejayaan 8tv dan stesen televisyen yang lain tu ada kaitan dengan ciri seorang jutawan.Seorang jutawan yang hebat mesti pandai manipulasikan kemahiran orang lain dalam mendapatkan hasil pendapatan….

  7. Entry ni menariklah..mengajak berfikir dari angle belah atas..huhu.
    Saya pulak, filem godfather banyak mengajar dan menginspirasi untuk success.. Yer untuk make 1st million you need to make something atau offer pada audience or prospect sesuatu yang susah diorang nak refuse. Susah nak kata taknak..

    Like kes Abu Nawas yg jual air limau ais kat satu tempat bawah pokok di “Silk Road” yang panas terik 1000 tahun yg dulu.

  8. Tahniah buat Tomok,

    Saya tak tengok OIAM dari awal, tapi entah mengapa menonton finalnya sabtu lepas. Tp dari persembahan pertama lagi nampak persembahan Tomok lebih mantap dr peserta lain. Dari sudut lain, juruacaranya pun boleh tahan mantapnya kerana tak habis-habis meminta penonton memberi undi. Rancangan ni pulak diacarakn dalam dwibahasa, jadi bukan orang melayu aje yang tontonnya. Memang pandai betulla bisnes sms diorang ni. Entah brapa juta yg berjaya dikutip sepanjang program ni.

  9. semestinya….diorang untung juta2
    pastu diorang pulun mintak penonton
    sms utnuk yang terkeluar
    fuh…..bijak2
    tapi tula….tomok nie pun dah ada peminatnya tersndiri
    sdikit sbanyak mmbntu sebnarnya

  10. Tahniah buat tomok.. Dan terima kasih buat Shuth!!

    Berkongsi dengan kami memandang dari sudut yg berbeza.. Mereka berjaya memainkan perasaan Malaysian.. Huhuhuhuuhu..

    Isk..Isk.. Seperti jua AF.. Masih ramai yg terpedaya… ^_^ Apa pun, perniagaan still perniagaan

  11. Sepatutnya kita perlu tahu akan hakikat, beri orang RM10 dulu sebelum mendapat RM100. Itu adalah salah satu dalam hukum bisnes.

    Konsep OPM telah kita ketahui iaitu Other Personal Money untuk memulakan bisnes tanpa modal… Kaedahnya sama seperti OPE- Other Personal Effort.

    Apa yang TV8 lakukan ni saya andaikan juga mencari untung melalui OPE ini :)

    http://www.glowglokal.com/seminar.html

  12. Tahniah buat Tomok..

    Yang pastinya bisnes kt Internet boleh menjadi jutawan berulang jika kena dgn caranya.. :-D

  13. Pada rancangan sebeginilah kita boleh
    belajar satu teknik yang amat penting
    selain untuk menangkap perhatian pengunjung
    di blog kita.

    Tekniknya adalah Call To Action untuk
    mengundi. Memang MC telah dilatih untuk
    menyebut call to action pada timing yang cun.

    So kita IM pun kene mahir dengan call to action
    kita yang tersendiri :)

  14. seperti kata Seth Godin, “all marketers are liars”.

    Memang bijak tindakan 8TV sebab dia marketer. Si Tomok & rakan2 cuma aset untuk mengaut untung dari target market saja. Kita lah tu.

  15. Erm, memang tak dinafikan. Tomok dapat sejuta, tapi pihak 8TV lebih banyak daripada tue. dan rasenya, bukan setakat OIAM sajer, malah beberapa program tv yang lain diorang masih lagi boleh mengaut keuntungan yang besar.

  16. kalo pandai kembang kan duir rasanya boleh bertambah kot tapi kalo perabihkan duit abih ar takdo lai…

  17. tahniah pada tomok. idea 8tv dengan sedikit modified mungkin boleh diguna untuk biz kita pula

  18. kalo undi kesian pun still derang dapat sejuta dan sejuta keuntungan lagi dan lagi…

  19. Post yang menarik dalam memuji..ada kesinisan untuk kesedaran :) membazir duit dengan menghantar undian melalui sms terutamanya acara hiburan seolah2 dah jadi budaya di M’sia..siapa yg untung? TV8 & keluarga mereka yg untung..Tomok pun untung jugak selain ada bakat, rezeki menyebelahi dia :) apa2 pun tahniah jugak ler kpd Tomok..walaupun saya langsung tak pernah tgk rancangan tu!

  20. tomok dan kakaknya isma yang untung..hehe

  21. nyanyi jadi jutawan.. tu baru pertandingan, belum lagi rakam album…

  22. Betul kata abgzol tu, sebenarnya yang untung adalah 8tv dan mereka-mereka yang mempunyai ilmu jutawan. IM di Malaysia ramai yang mempunyai ilmu menjadi jutawan, cuma di harap agar ilmu jutawan yang dimiliki adalah yang bermanfaat, tidak seperti syarikat-syarikat yang mengambil kesempatan keatas rakyat dengan mengadakan pelbagai peraduan SMS.

  23. By lolipop on May 17th 2009

    ape motiv blog ney???campur sume

  24. Dah rezeki ko lah tomok..

    Teknik Pengurusan Kewangan

  25. Pelik kan.. komplen minyak mahal, tapi SMS tak kisah!.. huhu

  26. By Zarul on July 17th 2009

    tahniah Tomok,,apapun dia telah memenangi hadiah yang bernilai 1 juta ringgit..jadi kat malaysia ni da boleh jadi jutawan dengan hanya memasuki pertandingan nyanyian..saya dulu adalah bekas penyanyi sebuah kumpulan dalam tahun 90an tak dapat nak merasa 1 juta huhu,tp sekarang da beruntung lah anak2 muda kita yg pandai menyanyi..bagaimana pulak yag tak tahu menyanyi tapi takder panduan??terpikir tentang tu saya terus search google panduan nyanyian berbahasa melayu…saya kecewa pasal langsung takder lah..berbaloi kah ebook panduan menyanyi sekarang ni kat malaysia??jika berbaloi saya ingin berkongsi ilmu yang ade kat saya selama beberapa tahun menyanyi di arena seni suara tanahair dan pengalaman merakamkan 2 buah album


Add your comment