Se”pagi” di SKMM

Fuh!.. lama juga saya tak update blog ini. Tapi alhamdulilah, ramai juga pembaca-pembaca baru yang datang dan menjengah blog ini. Terima kasih saya ucapkan!

Sejak kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa di kampung. Bila berada di kampung.. memang slow lah jadinya.. semua kerja-kerja jadi slow.. se”slow” connection GPRS…. haihh… nak update pun rasa macam sembap je.. tunggulah den masuk streamyx kat umah omak den nanti! berdesup den update blog nie! (err..  umah mak den bukan di negeri sembilan yer.. oh!)

Anyway, kini saya sudah berada di KL (itu yang boleh update blog nie!). Tadi pagi, saya berada di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).  Pegawai penyiasat SKMM telah memanggil saya untuk hadair ke pejabat mereka di Cyberjaya untuk membantu mereka menjalankan siasatan bagi sebuah kes yang mereka kendalikan. Kes apa? Maaf! saya tak boleh cerita sebab ianya adalah sulit.

Cuma, apa yang menarik yang dapat saya pelajari hasil pertemuan tersebut. Saya kini menemui satu kaedah baru, “Bagaimana untuk menangani masalah cetak rompak pada ebook-ebook yang dihasilkan oleh usahawan internet tempatan.”…

Tips yang selalu kita dengar ialah… “Apa yang boleh anda lakukan SEBELUM ebook anda dicetak rompak”..

Tetapi kini, saya ada tips baru, iaitu.. “Apa yang boleh anda lakukan APABILA ebook anda dicetak rompak atau diedarkan secara percuma!”. Ho! ho! ho!..

Disebabkan tips ini masih panas dan hangat.. maka, saya hanya akan kongsikan ia dengan peserta-peserta SeminarEbook.com sahaja. Ho! ho! ho!.. kalau nak tahu.. kenalah join  & jadi peserta seminar tersebut.. :)

Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 thoughts on “Se”pagi” di SKMM

  1. Wah.. lama saya tunggu entry terbaru shuth.. hari2 saya jenguk blog ni.. anyway seronok nak tahu berita csi ni jeng jeng..

  2. Saya tengok gambar abang Shuth kat bahagian “About Me” amat hensem dan sungguh menawan . Berbaju kot hitam sambil tersenyum ala-ala Brat Pitt.

    Ermmm… Untuk mengekalkan kehenseman itu, tips pasal cetak rompak tu boleh tak dibuatkan sahaja dlm format ebook?

  3. Err.. Farizal..

    Rasa saya mungkin Bro Shuth tak akan buat dalam format ebook tentang tips panas tuhhh…

    Bukan apa …nanti kena CETAK ROMPAK dan diedarkan secara PERCUMA pulak :)

    He..he..he

  4. Salam shuth dan rakan2!

    Shuth yg lama tak update blog, saya lagilah lama huhu..

    Sebab itulah saya keluarkan modal untuk beli CD untuk saya hantarkan e book saya kepada pelanggan saya. (kurang risikonya)

    Kepada pelanggan ia sedikit memakan masa berbanding kaedah penggunaan transfer file/downloading. (Alah, sabarlah..takkan takleh tunggu walau satu hari.. -sebab guna pos ekspress “Dijamin sampai esok” huhu..)

    Kepada saya, ada susah sikit sebab buat kerja manual, beli CD kosong dan ke Pejabat Pos bayar sampul pos ekspress.. :)

    Untuk ebook, ia juga tertakluk kepada hak cipta terpelihara juga. Ada cara yg paling mahal dan ada kaedah yang paling murah.. Hmm nak beritahu? Takperlah hehe.. biar Shuth aje beritahu nanti… :)

    http://glowglokal.com/seminar.html

  5. Bab cetak rompak ni memang cepat berleluasa. Pantang ada benda baru dalam market, ada aje pencetus yang memulakan operasi mereka. kepada mereka yang bijakpandai cuba fikirkan cara terbaik untuk mengurangkan/menghentikan gejala kurang sihat ni. Sama sama kita fikir fikirkan.

  6. Memang hal cetak rompak perlu dibendung dengan sebaik yang mungkin untuk menjaga periuk nasi orang lain. Orang lain bersusah payah menghasilkan sesuatu dan ada manusia yang gatal tangan mencuri hasil kerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>