Panduan Menyelamatkan NYAWA?

Sewaktu saya kecil dahulu, saya masih ingat lagi, akak ipar saya terkena alahan dan mengalami kesukaran bernafas. Semua menjadi panik dan tidak tahu nak buat apa. Abang saya (suami akak ipar saya la), terus capai telefon, dail 99 dan minta ambulans datang ke rumah.

Selepas 5 minit… ambulan tak sampai…

Selepas 10 minit.. ambulan tak sampai juga..

Selepas 15 minit.. ambulan tak sampai juga lagi..

Selepas 20 minit.. ambulan tak sampai juga lagi-lagi..

Selepas 30 minit.. lagi-lagi tak sampai juga ambulan..

Hanya selepas 45 minit, barulah kedengaran bunyi siren ambulan, kemudian kelihatan 2 orang petugas turun dari van ambulan dan dengan lengang-lenggoknya menurunkan katil kecemasan dari ambulan dan menolak katil tersebut dengan sopan-santunnya ke arah rumah saya. Continue reading

Kegembiraan Untuk Abah (Selamat Hari Bapa)

===================================
Sila dapatkan mood seperti menonton iklan petronas sebelum membaca entry kali ini.
===================================

“Berapa ribu Bakar kau nak jual tanah ni?”

“Kalau kau nak, aku jual RM21,000 jer la..”..

“Kenapa ko nak jual tanah nie?”

“Anak aku nak masuk U la, pastu, aku ingat nak buat duit tu pergi haji sekali”.

Itulah antara perbualan abah yang aku dengar sewaktu abah ingin menggadaikan setengah ekar tanahnya.

Aku lihat, riak muka abah agak gembira, sedangkan bagi aku, menggadai tanah bukanlah sesuatu yang patut digembirakan. Mungkin abah terlalu gembira kerana anaknya telah berjaya diterima masuk ke universiti. Maklumlah, di kampung ini, untuk mencari seorang anak masuk ke universiti bukanlah senang. Ianya boleh dibilang dengan jari, dalam 2-3 tahun, hanya 1 atau 2 sahaja anak orang kampung yang berjaya masuk ke universiti. Mungkin, itulah punca kegembiraan yang terpancar di wajah abah. Continue reading

3 Kesilapan Dalam Memulakan Pelaburan

Akhir-akhir nie banyak pula blog cerita pasal pelaburan, yang paling hangat pada waktu ini, pelaburan emas.  Untung ke melabur di dalam emas? Ermmm… bergantung.. bergantung kepada berapa banyak ilmu & kemahiran yang anda miliki.

Satu perkara yang perlu difahami tentang pelaburan ialah, semua pelaburan ada risiko untung dan ruginya. Hatta pelaburan emas sekalipun, siapa kata pelaburan emas tidak akan rugi? Harga emas pun ada turun-naiknya… macam saham juga. Tak percaya? Lihat statistik dibawah untuk harga emas sejak 36 tahun kebelakangan ini. Continue reading

Shuth di Respons, TV1 : Jutawan Internet

Pada 30 April 2009 yang lalu, saya telah dijemput oleh  pihak penerbit rancangan “Respons” untuk menjadi tetamu. Rancangan “Respons” adalah sebuah rancangan bual bicara terbitan TV1 yang disiarkan pada setiap hari pada pukul 6.00 pagi.

Alhamdulilah, rakamn yang dibuat, akhirnya telah disiarkan pada 31 May 2009 yang lalu, saya tahu, pasti ramai peminat-peminat pembaca-pembaca blog ini yang terlepas dan tidak sempat untuk menontonnya.

Satu berita gembira, saya telah berjaya mendapatkan rakaman bagi rancangan tersebut, dengan bantuan pihak www.nama.com.my , iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemantauan berita dan iklan.

Tanpa melengahkan masa, silalah tonton diri saya yang kelihatan agak sedikit temban sihat di TV. (Percayalah, saya kelihatan tembam sihat adalah disebabkan efek corak yang terdapat pada baju tersebut! Oh!) Continue reading