3 Kesilapan Dalam Memulakan Pelaburan
Akhir-akhir nie banyak pula blog cerita pasal pelaburan, yang paling hangat pada waktu ini, pelaburan emas. Untung ke melabur di dalam emas? Ermmm… bergantung.. bergantung kepada berapa banyak ilmu & kemahiran yang anda miliki.
Satu perkara yang perlu difahami tentang pelaburan ialah, semua pelaburan ada risiko untung dan ruginya. Hatta pelaburan emas sekalipun, siapa kata pelaburan emas tidak akan rugi? Harga emas pun ada turun-naiknya… macam saham juga. Tak percaya? Lihat statistik dibawah untuk harga emas sejak 36 tahun kebelakangan ini.

Harga emas sedang berada pada kemuncaknya pada waktu ini.. adakah harga emas akan jatuh atau akan terus naik selepas ini? Tiada siapa yang tahu… itulah risikonya.
Baiklah.. saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pelaburan emas… tapi saya just nak kongsi tip tentang 3 kesilapan yang sering dilakukan apabila melabur.
Jika ditanya pada agent Unit Amanah.. bila masa yang sesuai untuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada broker Saham… bila masa yang sesuai unutuk melabur.. mereka akan kata.. SEKARANG!
Jika ditanya pada agent Hartanah… bila masa yang sesuai untuk melabur… mereka akan kata.. SEKARANG!
Hatta.. jika ditanya pda penganjur skim cepat kaya pun.. mereka akan kata.. SEKARANG lah masa yang sesuai untuk melabur.
Realitinya.. bila-bila-bila masa pun adalah sesuai untuk membuat pelaburan.. bagi saya.. untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melabur, bukanlah diukur pada keadaan ekonomi semasa, ianya adalah faktor no 2 atau 3. Faktor utama yang perlu dilihat sebelum seseorang itu membuat pelaburan, ialah.. situasi kewangan semasa mereka.
Ramai orang yang terhegeh-hegeh mahu ikut melabur pada sesuatu tempat/instrumen setelah melilhat orang lain berjaya mengaut keuntungan yang besar pada pelaburan tersebut. Takde duit nak melabur? Tak kisah.. boleh pinjam! Sebab % keuntungan pelaburan adalah lebih tinggi dari % faedah(bunga) yang perlu dibayar. Mesti boleh cover punya….
3 kesalahan yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam pelaburan…
No #1. Mengabaikan risiko kerugian…
Macam yang saya tulis diatas.. apabila sebut pasal pelaburan.. ia pasti akan ada “Untung” dan “Rugi”.. jadi perlu bersedia menghadapi kedua-dua situasi tersebut, dan bukannya hanya melihat pada satu sisi sahaja. Perlu juga fikirkan tentang kerugian yang mungkin akan dialami.
No # 2. Meminjam wang untuk melabur..
Jika anda tidak ada duit, ikhlas lah pada diri mengatakan “anda tidak ada duit pada waktu ini dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda melabur”. Melaburlah apabila anda sudah mempunyai wang lebihan. Wang lebihan yang saya maksudkan disini, ialah, wang yang sudah anda “tidak berapa perlukan”… diulangi.. “tidak berapa perlukan” bukannya “tidak gunakan”.
Maksudnya.. wang lebihan dari dana kecemasan anda.
Contohnya,
Anda ada wang RM10,000.
Dana kecemasan yang anda perlukan ialah RM6,000 (iaitu simpanan sebanyak RM2,000 untuk 3 bulan)
Jadi, wang yang anda boleh gunakan untuk pelaburan… RM10,000 – RM6,000 (dana kesemasan) = RM4,000
Ya! Hanya RM4,000. Jangan melabur lebih dari RM4,000..
Jangan sesekali melabur jika anda masih belum mempunyai “Dana Kecemasan”.
No #3. Kurang ilmu , hanya dengar-dengar dan ikut.
Perkara ini saya selalu tekankan, tidak kiralah sama ada kita ingin mula melabur atau mula berniaga. Perkara pertama yang perlu kita ada adalah ilmu. Macam mana nak dapatkan ilmu? Senang je.. banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yang pakar. Saya pernah terbaca satu laporan kajian. Tapi tak ingat di mana.. untuk kita mengetahui sesuatu perkara/topik itu, secara “purata”.. kita hanya perlu baca 2 buku mengenainya. Bergantung kepada “info dalam buku” tersebut dan juga “tahap kefahaman” anda. Ho! ho! ho!.. anyway, itulah perkara yang sering saya lakukan sebelum menceburi sesuatu bidang yang baru.
Contohnya,
Nak berniaga di ebay.. kena baca 2 buah buku dulu pasal ebay.
Nak berniaga pasar malam.. kena baca 2 buku dulu pasal bisnes pasar malam.
Nak melabur dalam saham… kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan saham.
Nak melabur dalam emas…. kena baca 2 buah buku dulu pasal pelaburan emas.
Saya mendapati, teknik ini agak bagus dan sudah agak mencukupi untuk “membekalkan” diri saya dengan ilmu-ilmu asas tentang sesuatu perkara untuk bermula. Tak perlu nak baca banyak buku.. kalau nak tunggu baca sampai 100 buku dulu baru nak bemula.. ditakuti kita tidak akan bermula langsung nanti. Buku yang ke-3 dan seterusnya… boleh dibaca SELEPAS kita bermula.
Ringkasnya.. kalau nak menceburi sesuatu bidang baru.. baca 2 buku dulu mengenainya. Kemudian mula buat… selepas dah buat.. baca lagi buku (yg ke-3).. kemudian improve skill.. kemudian, baca lagi buku lain (yg ke-4).. improve lagi skill yang ada dan begitulah seterusnya sampai bila-bila..
Jangan bermula sesuatu itu dengan hanya “dengar-dengar” cakap orang sahaja… biasalah.. kebanyakkan orang hanya suka menceritakan benda-benda yang menarik sahaja..
Oklah! sampai disini sahaja untuk entry kali ini..
Yosh!… selamat melabur dan selamat maju jaya!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

nice info…
___________________
Minutes To Midnight
Sy hampir-hampir terlabur dengan duit pinjaman, gara-gara ada kempen tempat sy kerja berkenaan pelaburan emas ni. Sy tengok-tengok bajet kewangan masih sakit lagi, baik tak payah dulu. Kalau tak, tentu sakit punya.. Bagus juga utarakan topik ni..
ILMU pelaburan mesti dipelajari dari orang yang mahir dan pakar supaya setiap keputusan yang dibuat tidaklah sia2x….
setiap pelaburan ada turun naiknya.
selain kewangan yang cukup, spt shuth katakan ILMU adalah yang terpenting sekali.
Jika melabur secara membuta tuli umpama menmburu rusa di kawasan singa.
Saya baru diapproach oleh seorang kawan lama yang buat Unit Trust. Habis semua quotation dia buatkan untuk saya. Berapa saya dapat kalau invest banyak ni, kalau invest 5 thn banyak ni dapat, 10 thn banyak ini dapat dan seterusnya. Kalau invest sekarang, banyak ni dapat. Kalau invest 2-3 tahun lagi, rugi banyak ini. So lebih baik invest sekarang daripada invest kemudian.. hahahaha…!!!!
Kalau nak suruh kita melabur, memang “lembut gigi dari lidah”. Semua yang dikatakan semuanya best best belaka.
Maaf shuth. Sy ada menyenaraikan 10 investment mistakes dlm blog sy pd thn lepas. Sy berharap dpt berkongsi ilmu dgn shuth dan pembaca2 yg lain.
P/s utk shuth: Tahniah atas kejayaan biz anda dan itulah yg sepatutnya anda dapat hasil usaha keras selama ini. Sila bg tunjuk ajar.
Sharing Is Caring.
http://kerjayapelaburan.com
Pelaburan bukannya terletak pada jenis dan bentuk produknya, tetapi lebih kepada PERANCANGAN…dan bukannya suatu KEUTAMAAN…
Jika ingin melabur sediakan LEBIHAN WANG…bukannya dengan MEMINJAM WANG!
Dalam perancangan kewangan, Utamakan yang utama…keperluan di dahulukan, kemahuan dikemudiankan..lagi bagus jika dielakkan terus..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Salam bro,
Satu artikel yg perlu diperhatikan oleh semua pihak. Begitu ramai yg kelabu mata disebabkan perkara ini.
Disogokkan dengan wang beribu dan berjuta.. Lupa pasal kewangan sendiri yg huru-hara..
Thanks agian for the artikel.. Membantu saya untuk menyediakan diri..
Nie perlu diperluaskan kepada member-member yg bekerja kat kilang nie…
Ramai tertipu dek kerana org membawa kereta ‘besar’ ke kilang dan said. I get it for just in 4 month.. Wah… Ramai mula lopong..
aku masih belum melabur dalam mana2 instrumen lagi
melabur beli rumah ada la
Betul kata Shuth.. Yang penting lihat kemampuan diri.. Jika mampu, anda perlu lihat dari sudut berbeza.. Perlu ada sedikit ilmu untuk mengetahui tentang selok belok sesuatu pelaburan
yang pastinya pelaburan emas ini
ada banyak kepentingannya…
smpai satu ms dah xde nilai wang kertas kita tu
tapi tula…..ramai yang terikut2
termasuk aku sndiri
nak kumpul ilmu dulu
Satu lagi kesilapan adalah memganggap simpanan, takaful dan pelaburan adalah sama
Sebenarnya cara membezakan ketiganya adalah mudah;
Simpanan adalah simpanan.
Takaful adalah takaful.
Pelaburan adalah pelaburan.
Tak sama kan?
Apabila melabur, kita perlu mengenali remiser dan boleh dipercayai yang menguruskan berkenaan pelaburan kita.
Ilmu berkenaan juga adalah sangat penting. Untuk melabur, kita perlu membeli pelaburan yang berpotensi dari paras terendah dan menjualnya pada ketika ia naik..
Huhu tak dapat jelas lebih detail… sekadar berkongsi ilmu secara am..
http://h2jbiz.com
setuju hi hi apa apa pun dapatkan ilmu dulu bila dah dapat praktikkan jangan simpan plak…ilmu yg disimpan akan jadi debu jer…tak de guna…
melabur tak perlu duit yang banyak sikit pun dah boleh mula…cuma bila kita terlampau banyak buat analisis ha tu yang bahaya…
tak mula satu apa pun…
shuth,
saya nak mintak pandangan sikit berkaitan bisnes seramic club yang sekarang kawan2 saya tengah menggila buat bisnes ceramic ni, cuma melabur n dapat duit tiap2 bulan, dpt mcm baucer giant, kfc, n lain2, kawan saya sorang tu, x sampai setahun buat, dah beli honda dan nak pegi haji lagi.
saya nak mintak pandangan shuth berkaitan bisnes ini, adakah kalau kita masuk, ianya menjamin? maksudnya x gulung tikar, ataupun bisnes ni mcm skim piramid, atau ape2 la.
Harap kawan2 yang lain dapat memberikan pandangan terhadap perkara ini.
terima kasih.
Saya tak nak komen pasal ceramic nie sebab nanti ada yang panas punggung & panas hati. Dah malas nak layan mood kontroversi2 nie.. kalau boleh saya nak buat blog ini “mood” happy je.
Anyway, for me.. kalau ada orang ajak masuk ceramic.. saya terbang jauh2.
Sekian.
Walaupun Sdra Shuth tidak mahu menjawab soalan tentang pelaburan ceramic tu, tetapi sebenarnya telah menjawab soalan tersebut
terima kasih saduara shuth..memang penting untuk faham tentang pengurusan wang, kalo tak duit nanti ntah habis ke mana-mana jer
tq shuth n kawan2 pasal pandangan terhadap seramic club. Saya faham apa maksud yang cuba di sampaikan.
1 perkara lagi shuth, shuth xnak ker menyediakan satu ruang khas untuk orang2 yang menghadapi masalah kewangan?? maksudnya ruang tu untuk meluahkan masalah kewangan, kirenyer macam shuth ni sebagai konsultant la, kalau kat bank negara dipanggil ‘AKPK’ (kalau x silap saya), so dari situ shuth akan bagi pendapat shuth, cube menyelesaikan mslh kewangan orang lain, dan dari situ, shuth boleh improve skill shuth dalam menyelesaikan masalah kewangan orang lain, hehe – ni pendapat saya jer.
=)
Shuth,
Akak ni dah nak bersara dah boleh keluarkan duit EPF.. adalah sikit tapi ada masalah nak laburkan dimana?… nak simpan kat ASB orang kata tak syariah compliance, nak beli unit trust akak tak trust, nak main saham takut kena baham… simpan kat FD faedahnya nak bayar zakat pun tak lepas…Shuth berilah pendapat…
Memandangkan akak sudah nak bersara, pelaburan yang sesuai untuk akak adalah pelaburan yang berisiko rendah. Dan apabila sebut pelaburan risiko rendah, maknanya, pulangannya juga adalah rendah. So, kena terima hakikat itu.. that the rule.
Saya nak rekemenkan akak sesuatu pelaburan pun tak boleh sebab saya tidak tahu bagaimana situasi kewangan akak yang sebenar.
Untuk mudah, saya cadangkan akak simpan sahaja wang tersebut di tabung haji.
Tetapi, kalau akak tak begitu berpuas hati dengan cadangan saya, saya rasa adalah sangat baik untuk akak mendapatkan khidmat perancang kewangan yang profesional. Mereka akan analisa situasi kewangan akak dan akan suggestkan apa yang terbaik untuk akak. ..
Tak mengapalah hilang sedikit wang untuk bayar sedikit fee consultation, daripada, kehilangan lebih banyak wang akibat tersilap langkah dalam melabur.
“:)Tak mengapalah hilang sedikit wang untuk bayar sedikit fee consultation, daripada, kehilangan lebih banyak wang akibat tersilap langkah dalam melabur.”
Betul tu,
Setuju sangat…
Salam,
Tip pelaburan yang baik. Yang penting buat ringgit cost averaging, not need to timing the market.
sensasi pelaburan masa kini adalah tertumpu pada pelaburan emas kerana ianya adalah salah satu pelaburan yang boleh meminimumkan risiko, dan bermacam2 cara keuntungan kita akan dapat tapi mengikut ilmu masing la…bg sy pelaburan emas ini kena pandai dalam erto kata kena pemikiran kena agresif,,hehe so…selamt untuk berjuang.
shuth,
saya nak mintak pandangan shuth tentang ‘asb loan’, sebenarnya saya cuba fahamkan jugak, tapi macam x berapa yakin, kalau boleh saudara shuth bagi pndangan. Kalau takut dengan kontroversi kat blog ni, boleh saudara shuth emelkan terus pada saya. tq.
Sebenarnya orang melayu masih sangat baru dalam dunia pelaburan…mungkin kerana situasi kewangan mereka sendiri tidak mengizinkan ditambah pula dek kurangnya ilmu. Betul kata Shuth bahawa tak mengapa keluar belanja sedikit untuk membayar fee khidmat profesional daripada kita terus rugi atau langsung tidak dapat nak mengenali dunia pelaburan. Yang penting, untuk kita melabur, memang mesti berurusan dengan orang yang kita percayai…tidak bias, biar telus dan ikhlas bila memberi penjelasan. Sememangnya soal ‘integrity, diligence & trust’ adalah isu utama sekarang ini tidak kira di mana…disebabkan sifat tidak amanah, tidak jujur dan tamaklah yang menyumbang kepada krisis ekonomi sekarang (refer kes Madock di US). Apa yang pasti, menjana kekayaan dengan pengambilan risiko adalah ibadah yang terpuji dalam Islam…percayalah !
biase kalau kite jumpe dengan mane2 ejen pelaburan, bende paling utama yang akan diterangkan adalah berkenaan return ataupun pulangan. Then..macam2 la dia akan cerita yang baik2 je..
tapi actually, dalam pelaburan, it’s not anout how you manage your return but more likely about how you manage your risk so that you can generate rturn. kalau kite pandai manage risk, insya allah kita akan dapat pulangan yang tinggi.
setuju dengan ape yang shuth tulis, actually sape2 yang nak mlakan pelaburan, sekurang2nye perlulah sediakan 2 benda terlebih dahulu. that is Insurans/takaful dan juga cash reserve untuk mase depan.
untuk insurans, at least die boleh back up kita kalau ada pape berlaku dekat kita dalam tempoh pelaburan kita baru nak matang. kalau ada medical card, personal accident etc lagi bagus. kalau ade pape berlaku, sumtime kita tak patut keluarkan duit pelaburan kita sebab ia akan mengganggu dan merencatkan pertumbuhan pelaburan kita. walaupun kite beli insuran sebab kite tak ak gunakan die, tapi kita patut ada insuran juga.
cash reserve atau dlam artikel tu shuth kata pasal duit lebihan, erm setengah pendapat kate kita patut ade sekurang2nye 6 bulan punye gaji untuk dijadikan sebagai cash reserve untuk hal2 kecemasan (lagi sekali lebih kurang macam yang shuth cakapkan). tapi kadang2 kalau nak tunggu ade 6 bulan punye gaji untuk dijadikan reserve, erm lambat la nak mule melabur.. so 3 bulan punye gaji pun cukup la.. da ade 2 bende ni, mulakan la melabur!