Kegembiraan Untuk Abah (Selamat Hari Bapa)

===================================
Sila dapatkan mood seperti menonton iklan petronas sebelum membaca entry kali ini.
===================================

“Berapa ribu Bakar kau nak jual tanah ni?”

“Kalau kau nak, aku jual RM21,000 jer la..”..

“Kenapa ko nak jual tanah nie?”

“Anak aku nak masuk U la, pastu, aku ingat nak buat duit tu pergi haji sekali”.

Itulah antara perbualan abah yang aku dengar sewaktu abah ingin menggadaikan setengah ekar tanahnya.

Aku lihat, riak muka abah agak gembira, sedangkan bagi aku, menggadai tanah bukanlah sesuatu yang patut digembirakan. Mungkin abah terlalu gembira kerana anaknya telah berjaya diterima masuk ke universiti. Maklumlah, di kampung ini, untuk mencari seorang anak masuk ke universiti bukanlah senang. Ianya boleh dibilang dengan jari, dalam 2-3 tahun, hanya 1 atau 2 sahaja anak orang kampung yang berjaya masuk ke universiti. Mungkin, itulah punca kegembiraan yang terpancar di wajah abah.

Dan pada haritu, baru aku tersedar, walaupun abah tidak pernah mengucapkan tahniah dan memberikan pujian diatas kejayaan-kejayaan aku selama ini. Tetapi, abah sememangnya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Masakan tidak, setiap kali  majlis penyampaian hadiah diadakan, abah pasti akan hadir melihat aku naik ke pentas untuk menerima hadiah.

“Tempat pertama… Mohd Suhaimy Abu Bakar”….

Tetapi,sewaktu hari terbuka sekolah , abah tidak pernah datang ke sekolah untuk bertemu guru , mengambil laporan pelajaran dan berbincang tentang masalah serta prestasi anaknya.

“Suhaimy, mana mak & ayah awak, tak datang ke?”

“Tak tahulah cikgu… ayah saya kerja hari nie tak dapat cuti…” aku memberikan alasan apabila hanya tianggal aku seorang sahaja yang masih di dalam kelas menunggu kedatangan ibu & bapa.

Dari saat itu, aku mula faham, abah sememangnya tidak suka jika anak-anaknya membuat masalah, tetapi, abah sangat suka dan gembira apabila anak-anaknya berjaya. Jadi, capailah sebanyak mungkin kejayaan dalam hidup ini untuk menggembirakan abah.

Dari saat itu juga aku merasa berkobar-kobar untuk memperolehi kejayaan bagi setiap perkara yang dilakukan. Mendapatkan keputusan yang cemerlang di universiti dan cepat memperolehi pekerjaan selepas tamat belajar adalah beberapa lagi kejayaan aku yang menggembirakan abah.

” Zaman sekarang nie susah betul nak dapat kerja, anak aku tu dah 3 bulan keluar U, tapi tak dapat-dapat kerja”

“Eh ye ker? Anak saya belum habis belajar dah ada orang offer kerja!” ujar abah dengan bangga sewaktu ngeteh di warung kopi bersama rakan-rakannya.

Yang terbaru, aku ingin menggembirakan abah dengan memberitahu abah bahawasanya, abah juga mempunyai seorang anak yang bergelar jutawan.

Tetapi Allah lebih menyanyangi abah…  abah telah kembali ke rahmahtullah sebelum sempat melihat kejyaan anaknya menjadi seorang  jutawan. Aku kini seolah-olah kehilangan satu sebab yang besar untuk meneruskan usaha dan perjuanganku untuk menjadi seorang jutawan.

Kini…. hanya doa dari anak-anaknya sahaja yang mampu menggembirakan abah. Semoga abah sentiasa tenang dan gembira di sana.

Al-fatihah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 thoughts on “Kegembiraan Untuk Abah (Selamat Hari Bapa)

  1. Bagi aku pula yang kehilangan abah sewaktu umur 7 tahun merupakan satu sebab yang besar untuk aku meneruskan usaha dan perjuanganku untuk menjadi seorang jutawan.

  2. Seorang ayah memang kebiasaannya tidak memberitahu betapa dia sayang pada anak-anaknya. Tapi kasih sayangnya dapat di lihat dari perbuatan dan pengorbanannya.

  3. Sy juga telah kehilangan abah pd 3 Jun yg lepas. Sy masih dpt rasakan segala pengorbanan abah kpd kami adik beradik…..tak terbalas jasanya…….al-Fatihah Kamaluzaman bin Abd Aziz

  4. Saya kehilangannya waktu umur 13 tahun. Sejak tu aku agak jadi pemalas dan kebanyakan exam lingkup satu persatu. Bila berumur 17 tahun lepas exam, saya slowly bangkit dengan gagahnya hingga sekarang.

  5. Saya kehilangan ayah 5 tahun yang lepas. Ketika nazak, saya baringkan ayah di riba saya, dan saya sendiri menyaksikan ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Saya masih ingat hingga sekarang.

    Selamat Hari Bapa kepada semua bapa.

  6. Ramai juga ya yang telah kehilangan bapa ya. Bagi mereka yang masih ada bapa tu, sayangilah dan hargailah bapa anda.

  7. Shuth, jadikan kehilangan bapa Shuth sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya di dalam hidup ini dan juga di akhirat.

    Sebagai rakan seperjuangan, kita sama-sama akan saling bantu-membantu untuk mencapat apa jua matlamat dan cita-cita rakan-rakan.

    Ya, pengorbanan seorang ayah (dan juga emak) amat berharga. Saya pun rasa hampir kehilangan bapa baru-baru ini dan terasa amat sedih memikirkan sekiranya semua ni benar-benar terjadi. Alhamdulillah, beliau masih bersama saya dan saya tidak akan sia-siakan masa saya bersama beliau.

    Shuth, jangan putus asa… bapa Shuth sentiasa bersama walaupun jasadnya tiada. Alfatihah saya sedekahkan.

  8. ..tiba-tiba rasa sebak..
    saya anak yg gagal..
    slalu menyusahkan ayah sewaktu hayatnya..
    bila dh tiada..
    rasa kehilangan pula..
    ada rasa rindu mencengkam dada..
    rasa sayang yang tidak pernah terlafaz..

  9. Yer bro.. Sesiapa yang masih ada abah hargailah mereka (pesanan utk aku jua )
    Apa pun, semoga bro terus tabah.. TAHNIAH Kerana bergelar JUTAWAN…

    Doa utk mereka di sana akan membuat mereka aman dan tenang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

  10. AL-Fatihah…. Semoga roh dicucuri rahmat…

    Apa pun, tahniah kerana bergelar JUTAWAN.. Pasti arwah bangga akan pencapaian bro..

  11. Jika pada permulaan post Shuth pada entry kali ini membuat saya tersenyum tetapi diakhirnya saya rasa berlinangan air mata.. Saya bersyukur kerana masih mempunyai ayah yang memahami akan anaknya.. Segala budinya hanya Allah yang mampu balas

  12. Bagi yang masih ada ayah & ibu…ingatilah mereka, sayanglah mereka, dampingilah mereka. Selagi mereka masih ada….

    P/s – Terkenang lagu Datuk Sudirman “Ayah & Ibu”. Boleh mengalir air mata bila dengar lagu itu.

    P/S/S – Tahniah Shuth atas pencapaian anda.

  13. iskkk.. nape aku nangis ni lepas baca post ni….

    aku pun nak ucapkan selamat hari bapa buat semua bapa-bapa kat atas muka bumi ni.. :D

  14. alhamdulillah, aku masih mempunyai abah, tiap2 bulan aku menjengok abah dikampung. Memang beruntung kalau kita masih ade abah lagi.

    Bagi mereka yang tidak mempunyai abah, aku ucapkan takziah dan rajin2 la berdoa untuk mereka.

  15. aku masih punyai bapa dan juga ayah mertua. Alhamdulillah. Aku pernah dgr org cakap, kalau boleh tiap2 bulan tuh hantar duit bagi dorang duit. tak banyak pun RM50.00 ker, jadi rezeki lebih murah. Benar dan aku dah lihat kesan nyer. Alhamdulillah.

  16. memang pengorbanan bapa tidak dapat di nilai juga sama macam mak. kejayaan yang dikecapi tidak bermakna jika tidak pandai menghargai jasa ayah ibu

  17. Hargai jasa mereka berdua(ibu dan ayah)
    Al-Fatiha kepada mereka yang tidak mempunyai ibubapa.
    DAN yang bakal menjadi ibu atau ayah,belajarlah mendidik anak kerana mereka akan jadi tempat bergantung kita kelak. DAN yang sudah menjadi bapa atau ibu didiklah anak mengikut landasan agama dalam pendidikan. Semoga sebuah keluarga yang dibina akan bertemu di syurga kelak.

    Selamat hari ibubapa…

  18. salam,

    syukur siapa yang ada bapa or abah. Bagi aku yang sudah tiada abah sejak umur 13 tahun ni memang terasa kehilangan. dah 24 tahun lebih tanpa kasih sayang abah disisi. semoga roh abah ku dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan para anbia dan tabiin…amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>