Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”. Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja. Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.
Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka. Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.
Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda. Continue reading