Revolusi Bisnes Suri Rumah..
July 23rd, 2009, by shuth

Revolusi Bisnes Suri Rumah..

Ibu saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Setiap hari, ibu saya akan akan bangun di awal pagi untuk menguruskan anak-anak beliau pergi ke sekolah. Sediakan sarapan, bekalan dan juga keperluan-keperluan sekolah yang lain seperti baju, beg, kasut dan sebagainya. Memang seronok apabila bangun tidur nampak ibu, balik sekolah nampak ibu, petang nampak ibu, maghrib nampak ibu dan malam bila nak tido pun nampak ibu.. rasa lebih selamat dan disayangi.

Ayah pula? Ayah sibuk bekerja dan merupakan tonggak utama di dalam sumber pendapatan keluarga. Tetapi, apa yang menarik tentang ayah saya, pukul 6 pagi ayah sudah keluar kerja, jadi, masa bangun tido, jarang nampak ayah. Tetapi apabila tiba waktu tengahari, antara pukul 10-12, ayah sudah pun pulang ke rumah dan banyak meluangkan masa bersama keluarga. Waktu kerja ayah hanyalah dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Itulah kelebihan orang yang berniaga sendiri, waktu kerja di tetapkan sendiri.

Saya fikir, mungkin itu yang menjadi pengaruh utama saya apabila sudah membesar, secara tidak sedar, saya cuba membentuk keluarga yang hampir serupa dengan keluarga ibu &  bapa saya, isteri duduk rumah dan si suami pula bebas bekerja sendiri.

Ok! Sambung semula cerita ibu & bapa saya..

Walaupun bapa saya kuat bekerja, tetapi kadang-kala, duit pendapatan yang diperolehi tidak berapa mencukupi, maklumlah, ekonomi kan sentiasa turun dan naik. Jadi itu adalah perkara normal. Apabila ekonomi keluarga sedang gawat, saya melihat ibu saya akan mula mengeluarkan “jurus kemahiran cari duit lebih” beliau.

Antara perkara yang dilakukan adalah seperti menjual kerepek ubi, membuat kuih, menjual aiskrim, mengambil upah menjahit, dan sebagainya. Walau apa pun pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh ibu, ianya pasti akan beroperasi dari rumah sahaja.

Saya kira, ianya adalah suatu “jurus buat duit lebih” yang terbaik. Selain dapat menambahkan pendapatan keluarga, tugas utama menjaga & mendidik anak-anak juga dapat terus dilaksanakan.
Bukankah ianya sesuatu yang hebat dan menarik?

Namun begitu.. itu dulu…

Sekarang, dunia dah maju.. zaman dah berubah..

Nak cari suri rumah yang pandai buat kuih, kerepek dan pandai menjahit pada zaman ini agak sedikit sukar. Maklumlah, wanita zaman kini sudah maju dan berpendidikan tinggi (maklumlah semua belajo tinggi-tinggi sampai masuk U). So, kalau ditanya.. “Pandai tak menjahit baju?” Memang lah jawabnya..  “Tak berapa pandai laa bang~~..”.. tapi kalau suruh guna komputer.. memang laju jer lah tangannya menaip dan mengklik-klik butang tetikus itu.

Alhamdulilah, komputer dan internet kini, telah serba sedikit membentuk revolusi baru kepada si isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, suri rumah yang ingin menjana pendapatan sampingan untuk keluarganya mempunyai satu lagi “jurus buat duit lebih” yang baru,  tidak lain tidak bukan.. iaitu perniagaan di internet.

Malah dengan menggunakan internet, pasaran untuk perniagaan yang dijalankan di rumah oleh suri rumah menjadi sangat luas dan tidak terhad. Jika dulu, ibu saya hanya mampu menjual kerepek yang dibuat dirumah kepada jiran-jiran yang berhampiran sahaja. Tetapi kini, suri rumah yang membuat kerepek, coklat, muffin, gubahan hantaran, kuih raya dan sebagainya… mampu memasarkan produk mereka ke seluruh dunia.

Jadi, siapa kata suri rumah tak boleh buat duit?..

Inikah Revolusi? Atau hanya Ilusi? Bagaikan mimpi jadi realiti~~~

Rasional diriku, rasional dirimu.. penentu masa.. masa depanmu..~~

Ho! ho! ho! Yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

18 comments Subscribe Comments

  1. Cuma bukan semua wanita yang dikahwini tahu menggunakan komputer dan internet. Tapi itu semua boleh dipelajari.

    p/s: Teringat kisah seorang kakak yang datang belajar blogging bulan 6 tahun lepas. Habis di bawak anaknya (balik sekolah terus) ke cyber cafe. Respek betul sama kakak ni… sanggup tak makan tengah hari semata-mata nak belajar blogging.

    Sekarang istilah BUTA IT dah tiada dalam dirinya!

  2. Ya, suri rumah zaman sekarang lebih beruntung…boleh pasarkan produk ke seluruh pelosok dunia.

    Wah Shuth, hafal lagu bunkface tu… :D

  3. wah harap2 aku dpt calon ” jurus buat duit lebih” nih :)

    dapati ramai wanita jual barangan guna blogspot sahaja, respek!

  4. Hohohoho… Yosh!!! Best wo husbang n wife make money online..

    Apa pun, usaha dan minat perlu dibendung utk isteri nie.. Apa pun, kemahuan adalah kunci utama…

  5. yea memang seronok bila sebut bekerja di rumah tp cabarannya …tertalu byk. Kerja rumah xpernah habis, kena uruskn anak2 ke sekolah, suami pun kena jaga sampaikn masa utk diri sendiri pun xder.

    Inilah gunanya bijak agihkn masa dan tugasan rumah.

  6. tapi susah jugak kalau dapat isteri memang pandai tenet tapi duk ketagih facebook…huhuhuh

  7. yess…. para ibu2x dan suri rumah yang ade kemahiran patut didedahkan dengan dunia bisnes online untuk menjana pendapatan…

  8. lelaki pon leh jadi suri rumah la pasni…
    hehehhe…
    :p

  9. Salam,

    wanita sekarang pun nak reformasi. duduk rumah dan layan tenet. Tapi kadangkala tu tak sempat juga. Hubby asyik kacau..hiii

  10. Carila yang sama-sama KLIK
    skang nie duduk di rumah saje…bkn satu yang mustahil
    yang penting berisi

  11. masalah sosial yang melanda umat remaja zaman kini boleh dibendung sekiranya mendapat didikan dan sentuhan seorang IBU yang duduk di rumah…

    suami ialah ketua KELUARGA, isteri pula ialah ketua RUMAH TANGGA. ada beda antara keduanya. fikir2kan…

  12. sekarang ini duduk rumah goyang kaki pun leh dapat duit

    haha…tapi bkn menjahit

    goyang sket aja, goyang banyak bkn keje namanya

  13. dh ramai wanita pandai buat duit dr rumah.. guna blogspot pn ramai.. boleh beri perhatian lebih pada rumah tangga.. x stress sgt nak redah jam gi keje..:)

  14. Ya, ini revolusi positif agar wife boleh dok rumah jer sambil buat duit sambil fokus dengan anak-anak & rumahtangga. Di Malaysia revolusi ini sedang merebak..dan mungkin suatu hari nanti akan menjadi trend khususnya kepada suri rumah yang dah penat bekerja di luar & terpakssa meninggalkan anak-anak dalam tempoh waktu yang panjang bersama penjaga atau bibik!

  15. By ctis on August 12th 2009

    Saya setuju sangat..Tak semua surirumah buta IT. Nak seribu daya tak nak seribu daleh..

  16. sebelum kawin, tanya bini dulu. Tau tak apa itu blog? hehe..

  17. By lina on October 1st 2009

    elok sgt kalau wanita berkerja dari rumah saja. boleh pantau anak2…Kat tmpt saya ni gejala ponteng sekolah menjadi2. kebanyakannya anak2 ibu yg berkerja. mmg ada anak2 surirumah tp bilangannya sedikit je… bila saya tanya kenapa ponteng sek? tak takut mak marah ke??mrk jawab, alah mak bukan tau sbb mak keje, pegi pagi balik petang..,.

  18. tapi zaman mcm ni nampak mcm susah je utk sumer balik awal and spend masa dkt umah :(


Add your comment