5 Tips Power Melayan Pelanggan

Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”. Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja. Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada  sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.

Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka.  Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.

Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda.

Sentuhan Peribadi

Jika boleh, berhubunglah dengan pelanggan-pelanggan anda sehingga ke tahap peribadi (personal level). Orang selalunya akan membeli menerusi orang yang mereka kenali dan percayai. Sentiasa bersikap mesra dan “membantu” apabila ada pelanggan yang datang ke premis / website perniagaan anda. Ianya tidaklah begitu sukar, kadangkala, hanya dengan senyuman dan bertanya khabar sahaja sudah mampu memberikan pelanggan tersebut sebuah pengalaman yang mengembirakan dan menyenangkan.

Tunaikan Janji

Jika anda mengatakan anda akan menghantarkan pesanan pelanggan itu pada hari esok, jadi, hantarkanlah ia esok. Tetapi jika terdapat sesuatu masalah berlaku dan anda tidak dapat menunaikan janji anda, beritahu mereka segera, mohon maaf dan berikan ganti rugi atau pemulangan wang semula kepada pelanggan anda jika perlu. Ini akan menjernihkan keadaan dan mempu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.

Maklumbalas Pelanggan

Dari semasa ke semasa, cubalah dapatkan maklumbalas dari pelanggan anda mengenai perniagaan anda. Hanya perlu tanya sahaja mereka, apakah pendapat mereka mengenai produk atau perkhidmatan anda, dan apa yang menyebabkan mereka gemar membeli dari anda. Selalunya, pelanggan gemar untuk berkongsikan masalah yang mereka hadapi dan gemar untuk memberikan cadangan. Jadi, dengarkanlah jawapan mereka dengan penuh perhatian dan teliti.Ini akan banyak membantu anda untuk meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan anda di samping membina hubungan yang sangat baik bersama pelanggan, kerana mereka merasakan anda amat benar-benar menghargai mereka (kerana sudi mendengar pendapat mereka).

Memudahkan

Sentiasa memudahkan pelanggan anda, tidak kira sewaktu mereka ingin membeli ataupun ketika mahu menghubungi anda. Jika produk anda sentiasa laris, pastikan anda sentiasa menyediakan stok yang mencukupi untuk produk anda, jangan buatkan pelanggan berasa hampa disebabkan masalah kehabisan stok. Begitu juga jika pelanggan ingin menghubungi anda, berikan sebarapa banyak saluran perhubungan yang boleh untuk memudahkan mereka menghubungi anda seperti phone, email, yahoo mesengger, facebook, twitter, live chat dan sebagainya.

Menghubugi Semula (Follow up)

Cuba berikan penekanan kepada usaha-usaha menghubungi semula pelanggan dan prospek anda. Ini adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk anda membina hubungan dengan pelanggan anda. Jika anda pemilik kedai, jangan biarkan pelanggan anda keluar dari premis anda tanpa meninggalkan sebarang nombor untuk menghubungi mereka. Proses follow up ini boleh dilakukan dengan menghantarkan kad, sms ataupun menelefon mereka. Hubungan baik yang terjalin bukan sahaja menjadikan pelanggan tersebut setia kepada anda, malah akan turut membuatkan mereka berasa gembira memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka.

Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Sentiasalah memberikan perkhidmatan serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan anda dan mereka akan menjadi pelanggan kepada perniagaan anda untuk seumur hidup mereka.

Yosh!

Oh yer!.. sebelum terlupa! Untuk mengetahui teknik yang lebih hebat di dalam menguruskan pelanggan. Jangan lupa dapatkan ebook yang bertajuk “Rahsia Maklumat Pelanggan”. Ianya sangat membantu untuk memastikan perniagaan anda terus hidup dan berkembang maju!

468x60

16 thoughts on “5 Tips Power Melayan Pelanggan

  1. Ya, point 4 dan 5 tu memang penting.

    Ada satu salesman kereta masa saya beli kereta melalui dia masih menghubungi saya sama ada melalui phone atau hanya sms. Masa nak dekat raya selalu hantar kad raya. Ni salah satu strategi untuk mendapat pelanggan yang berulang. Boleh promosi produk lain pulak.

    Terima kasih Shuth untuk posting kali ini.

    Saya ada satu projek ebook yang hampir siap. Nanti saya hubungi Shuth yer :)

    Yosh!

  2. Perkongsian panduan yang sangat berguna bukan sahaja utk perniagaan internet, tetapi semua jenis perniagaan. Karenah penjual yang mengecewakan adalah apabila dia terlalu lambat memberi respons apabila pelanggan bertanyakan sesuatu. Pengalaman aku berurusan dengan beberapa orang IM..servis mereka memang cemerlang kerana pantas menjawap permasalahan atau isu yang aku hantar melalui email. Tidak kurang juga..ada yang langsung tidak reply email aku :( biasa la kan..ragam-ragam manusia.

  3. Bagi diri saya sebagai penasihat kewangan di Singapura, “follow up” amatlah penting.

    Statistik menujukkan bahawa seorang pelanggan akan membeli sekurang kurangnya 6 plan, dalam seumur hidupnya.

    Jadi…Kalau kita tak follow up, siapa agaknya yang akan kemudiannya merampas client kita? :) :) :)

  4. Maklumbalas Pelanggan :-

    Nie pada saya ia amat perlu titik beratkan.. Kerana tanpa maklumbalas dari pelanggan kita tak akan dpt meningkatkan pengetahuan serta produk kita..

    Thanks bro Shuth share info with us..

  5. Memang betul apa yang perkatakan, di dalam perniagaan kadang kala soal menitik beratkan pelanggan sering diambil mudah sedangkan itu adalah perkara yang wajib bagi peniaga menjaga dan memudahkan pelanggan kerana ini akan melibatkan kesan jangka masa yang panjang kepada perniagaan. Sememangnya melayan pelanggan harus diberikan perhatian sewajarnya oleh sesiapa yang bergelar usahawan dan peniaga.

  6. Salam Shut, satu info yang menarik.
    5 tips ini memang amat berguna apabila kita telah mula berinteraksi dengan tidka kira dalam juga bidang namun konsep yang diketengahkan adalah sama cuma teknik dan cara yang berbeza.

    Untuk meningkatkan kredibiliti kita untuk pelanggan, pembelajaran berterusan amat penting (continue learning) untuk meningkatkan kemahiran apabila berpeluang berhadapan dengan pelanggan.

    Listening before speaking,untuk menyelami kemahuan pelanggan juga boleh menjadikan kita akan lebih yakin bila berhadapan samada melalui talian ataupun bersemuka. Mereka akan dapat menilai siapa diri dan secara tidak langsung isu kepercayaan akan akan ada pada setiap pelanggan kita.

    Terimakasih.

  7. Sememangnya penglibatan diri saya dalam bidang khidmat pelanggan nie memang memerlukan tahap kesabaran dan kebijaksanaan dalam mengenalpasti kehendak customer….Jika kita guna cara diplomasi dan psikologi yang betul..pasti dapat membantu

  8. emm.. memang betul kesemua tip-ip yg shuth bagi. ape yang penting,sebagai peniaga adalah tentang customer service..and after sales service, kerana ia akan menunjukkan siapa diri peniaga di mata pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge