Tips Mengurus Masa , Elakkan Mesin Ajaib!
August 17th, 2009, by shuth

Tips Mengurus Masa , Elakkan Mesin Ajaib!

Jimmy Conway (bukan nama sebenar) , seorang pemuda berumur 32 tahun, berasal dari  Setapak, dan sedang dalam perjalanan untuk pergi ke Pakistan. Jadual penerbangannya ialah pada pukul 2 petang. Namun begitu, beliau telah pun tiba di KLIA pada pukul 12 tengahari. Memandangkan masih ada banyak masa lagi, maka, Jimmy conway mengambil keputusan untuk bersiar-siar terlebih dahulu di kawasan sekitar KLIA.

Sedang beliau bersiar-siar, beliau ternampak sebuah mesin penimbang dan pengukur. Memandangkan beliau sudah lama tidak menimbang berat badan beliau, maka beliau pun ingin mencuba mesin tersebut.

Beliau pun memasukkan duit syiling 50 sen dan mula menaiki alat penimbang tersebut.

Tiba-tiba, alat penimbang tersebut pun mengeluarkan suara..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Wah!.. Jimmy agak terkejut!… bagaimana mesin ini boleh tahu nama, umur, tempat asal serta jadual penerbangan beliau. Jimmy tak berapa puas hati.. sekali lagi jimmy masukkan duit 50 sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.

Sekali lagi, alat penimbang tersebut mengeluarkan suara..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Jawapannya sama… Jimmy masih tidak puas hati. Jimmy mengeluarkan topi serta cermin mata hitam dari beg beliau dan memakainya. “Kali ini, mesti mesin ini tidak dapat cam aku”.. bisik hati Jimmy.

Jimmy masukkan lagi duit 50sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.. mesin tersebut masih mengeluarkan syat yang sama..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Hmm.. jimmy masih tidak puas hati.. kali ini beliau bergegas ke bilik air dan menukar pakaian beliau. Dari berbaju putih kepada baju merah berbunga-bunga dan berseluar pendek. Kemduain, beliau kembali semula ke mesin tersebut, memasukkan duit 50sen dan menaiki semula alat penimbang tersebut.

Hasilnya, mesin tersebut masih mengeluarkan jawapan yang sama..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan akan menaiki kapal terbang ke Pakistan pada pukul 2 petang!”..

Hmm.. Jimmy masih tak puas hati, bagaimana mesin ini boleh mengenali diri beliau? Jimmy mengambil keputusan untuk pergi ke kedai gunting rambut dan menggunting rambut, fikirnya, mungkin mesin ini tidak akan dapat mengecam dirinya jika dia sudah menukar fesyen rambutnya.

Setalah selesai menggunting rambut dan sekali lagi menukar pakaian, Jimmy kembali semula ke mesin tersebut dan memasukkan duit 50sen dan menaiki mesin penimbang tersebut.

Kali ini, mesin tersebut memberikan jawapan yang sedikit berlainan..

“Hai Jimmy! Berat anda ialah 70kg, anda berumur 32 tahun, berasal dari Setapak, dan anda kini, telahpun terlepas  penerbangan anda 15 minit yang lalu.. ho! ho! ho!” ujar mesin tersebut…

Cerita tamat….

Ya! adik-adik rakan-rakan!  Dalam kehidupan kita ini, terlalu banyak perkara yang melalaikan kita tanpa kita sedari. Oleh itu, kita perlulah bijak mengenalpasti, apakah dia mesin-mesin ajaib yang terdapat di dalam kehidupan kita dan cubalah elakkan diri anda daripadanya.

Bagi rakan-rakan usahawan internet, terdapat banyak mesin-mesin ajaib yang wujud di internet. Antara mesin ajaib yang terdapat di internet ialah seperti youtube, facebook, chatting, online games dan banyak lagi. Jadi, pepandailah anda mengawal diri sewaktu anda menggunakan mesin ajaib tersebut. Bukan tidak boleh guna langsung.. tapi kena bijak dan berpada-pada menggunakannya.. :)

Yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

44 comments Subscribe Comments

  1. betol betol betol…
    saya sendiri pon kadang2 asyik dengan mesin2 ajaib ni…
    thanks for the alert bro shuth…
    :)

  2. Terlalu banyak mesin ajaib ni… RSS reader pun boleh jadi mesin ajaib jugak. Terlalu banyak rasanya membuang masa di mesin ajaib ni. thanks shuth.

  3. Hohohohohoho.. Yer-yer.. Bnyk mesin ajaib yg melalikan sampai lupa tujuan asal ada internet..

    THanks bro for reminder it…

  4. Perkongsian yang menarik.
    Memang banyak pun “Mesin Ajaib” di sekeliling kita tanpa kita sedari.

    Thanks for the reminder :)

  5. Guna ‘Mesin Ajaib’ pada tempat dan waktu yang perlu sahaja…

  6. Memang melalaikan. Post yang baik dan mengingatkan diri saya untuk menggunakan mesin ajaib tsebut dengan sebaik2nya. seperti menjana pendapatan melaluinya.

  7. Salam shuth,
    Thank for the reminder, memang sangat terkena pada diri, sejak kebelakangan ni banyak mengahbiskan masa tetapi tiada hasil yang nyata.
    Will improve on that.

  8. >>salam shuth.. akak tergelak sendiri..
    gituler kita…. suka yang ajaib22ni..
    kecik2 dah diajar cite cinderella, snow white..
    (opss kena mengena tak??)
    >>last tercicir semuanyer..

  9. Thanks Shuth, satu peringatan yang sering kita terlepas pandang.

    Apa yang pasti Jimmy Conway tu bukanlah JimieRay yerrr…Adioss! :)

  10. By shuhail has on August 19th 2009

    Thanks bro…mmg btul tu..terkena dah batang hidung :) . bahaya btul lambaian mesin ajaib ni…nak kena tukar ni jadi “killing machine”

  11. heheh,bab mengurus masa ni memang memerlukan pengalaman dan juga disiplin.saya baru je balik dari kursus..huhu penat tetapi berbaloi. ,masa nombor satu.. salah urus boleh wat kita terus leka dan lalai.thanks shuth mengingatkan kita semua!

  12. Criter ni mmg kelakar tapi penuh pengajaran.

    Memang bahaya jugak mesin ajaib ni, tapi mmg betul, kalau kite lupe, kita akan leka dan ketinggalan…

  13. Tertarik dengan istilah mesin ajaib.Memang ajaib pun.Mau taknya ngadap bejam-jam pun tak jemu.Memang banyak keburukkannya kalau digunakan dengan cara yang salah.

    Tapi jika dimanfaatkan secara maksima mesin ajaib nih akan betul-betul jadi ajaib.Mungkin akan membantu kita untuk menambahkan pendapatan berlipat kali ganda.

    Sesebuah penciptaan memang diciptakan untuk menjadi sesuatu yang baik dan juga sesuatu yang buruk.Jadi pandai-pandai lah manfaatkannya.Kalau manfaatkan untuk kebaikan , baik lah jadinya , dan begitulah sebaliknya.

  14. Thanks Shuth for this entry,
    Memang kelakar tapi menarik utk difikirkan.
    Hoho…byknya mesin ajaib zaman skang ni.
    Apa yg penting, jaga masa kita sendiri.

    p/s: Blog juga mesin ajaib ker..hoho..

  15. betul tu,
    skrg ni sy pun dah lama tinggalkan mesin ajaib, boleh dikatakan jarang2 terleka ngan mesin ajaib

    harap2 pas ni boleh fokus pada im biz ni

  16. haha…citer ni sgt kelakar…

    “mesin ajaib” yg sgt berguna, ttpi boleh jd melalaikan…
    nasihat yg sgt berguna.

    tq bro~!

  17. hahaha…aku suka dgr cerita nie…
    jadi lalai pon sebab kita jugak kan…

  18. Memang betul apa yang diperkatakan sememangnya dunia interent ini penuh dengan warna warni dan ianya melekakan kita sehingga kadang kala hilang fokus apa yang hendak dituju sebenarnya.

  19. Yes saya pun setuju. Dunia ni penuh dengan benda yang boleh melalaikan dan susah juga untuk tidak dilalaikan.

  20. By MHI on August 25th 2009

    Cerita yang berkesan. seperti terkena kat diri sendiri.

    Masalahnya internet selalu jadi mesin ajaib kat diri saya….

  21. Betul tu.. banyak Mesin Ajaib kat sekeliling kita ni.. Bukan internet jer, sekarang ni Hand Phone 3G pun boleh jadi Mesin Ajaib.. Terima kasih, ingatkan kami semua..

  22. tapi, kalau betul ada mesin ajaib tu. memang aku pun wat cam mamat tuh. haha..

  23. Salam Shuth dan rakan2,

    Ya, betul.. banyak betul mesin ajaib walau di alam cyber sekalipun!
    Dulu saya mmg hantu FB, akhirnya banyak masa tlh dihabiskan dan merugikan masa emas saya mencari duit.. huhuhu.. :(

    Kini saya lebih fokus dalam biz offline shj terlebih dahulu dan mengambil langkah berwaspada terutama untuk games dan laman sosial di alam cyber.. hehe.. Shuth pun tentu perasan keaktifan saya kan? :)

    http://www.h2jbiz.com

  24. selamat berpuasa buat semua umat islam

  25. Satu amanat yang berguna, bagus untuk peringatan kita yang ’senang lupa daratan’ bila termasuk ke mesin-mesin ajaib ni..

  26. tak hairanlah kenapa saudara shuth begitu femes dalam arena IM di malaysia. tengoklah hasil penulisan dan ideanya, begitu bernas dan awesome. :)

    salam ramadhan dari baloot..

  27. Aduh terkena aku.. bila hang sebut facebook dan youtube haha.. tengkiu tengkiu kerana mengingatkan aku! Selamat berpuasa wahai Shuth. Hang memang sempoi..

  28. coolll story ;)
    Dan thanks ofr the main point

  29. terlalu banyak perkara yang melalaikan kita tanpa kita sendiri..(sedari la..) :P

  30. betul tu…terlalu banyak !

  31. haha! terlalu alpa ..

  32. harus disedari….jangan terlalu alpa ! ingat tu…:)

  33. bro suth saya suka ur post pasal 4 tahap kekayaan…sy akan cuba tahap pertama

  34. hmm syukur dah padam mesin2 ajaib tu. ingatkan blh membantulah tp wat hanyut je. nyaris nak padam mesin ajaib ni (FB), tp xmampu pula friends & relatives ramai.. :)

  35. sian..sian…jgn fb pun cam 2 dah ler…

  36. hehe…nasib baik mesin x cakap….Kamu overweight!!!

  37. apa yg berlaku…mungkin satu pengajaran wat kita..kan kan…

  38. Ada juga mesing penimbang guna audio – dia dapatkan berat relatif dgn tinggi dan bagi komen..gemok ke..sedang ke dan ..kurus ke…dah ada dah

  39. semoga mnjdi ikhtibar..

  40. hehe..terase la plak..ape yang bro ckp tu mmg btul sgt2..so..kene mula buat dan ikut jadual..huhu

  41. hohohoho..satu post yg cukup ’sinis’ utk kita semua..terbaik dari bro shuth..trima kasih sbb kasi alert..=D

  42. By nia on October 24th 2009

    pasni memang aku teragak-agak ar nak naik mesin penimbang.hehe.malu la sume org tahu berat kita.anyway..thanks saudara shuth.peringatan anda memang berguna!! mesin ajaib memang melalaikan kalau x reti nak manfaat.

  43. alhamdulillah.. saya tak pernah tertipu oleh mesin2 ajaib cam nih. hanya gunakan jika keadaan sangat2 memerlukan saya utk menggunakan mereka. hehehe

  44. jangan mabuk sgt dgn mesin ajaib ni…nnt apa nikmat Allah pon kita tak tau guna pula


Add your comment