Nampaknya, dunia internet malaysia sudah kelihatan agak suram 2-3 hari ini. Bilangan trafik ke blog dan forum sedikit berkurangan, begitu juga dengan “sales”nya.. turut berkurangan. Mungkin ramai yang sudah pulang ke kampung dan meng”offline”kan diri. Maklumlah, tinggal 2 hari lagi je nak raya…
Saya pun, akan pulang ke kampung beberapa jam lagi. Namun begitu, saya akan tetap online seperti biasa.. maklumlah, di kampung kini sudah turut ada “streamyx”. Jadi, kepada semua pelanggan-pelanggan saya (sempoihosting.com , wangcyber.com , maskahwin.com dan lain-lain lagi). Jangan risau, saya masih ada di dunia online ini untuk terus memberikan servis kepada anda. Segala order akan tetap diuruskan pada hari yang sama (order yang perlu diuruskan secara manual).
Baiklah, di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” kepada semua pembaca blog ini. Semoga raya kali ini, memberikan seribu erti dan kegembiraan kepada anda seisi keluarga. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf diatas segala salah dan silap yang pernah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kepada anda semua. Mungkin ada entry di dalam blog ini yang secara tidak sengaja menyinggung perasaan anda.. saya mohon maaf banyak-banyak dan harap ia dimaafkan.
Raya tahun ini, saya akan beraya di Muar. Bagi merek ayang berhampiran di Muar tu, bolehlah calling-calling dan datang jemput ke rumah. Tapi sebelum nak datang tu, better calling dulu lah yer.. yerlah.. saya pun nak beraya jugak. Takut nanti, anda datang rumah, saya takder pula (sebab saya beraya ke rumah orang lain).
Sekian,… SELAMAT HARI RAYA!
P/s:- Kalau nak tengok gambar raya, sila add saya as friend anda di facebook www.facebook.com/shuth , saya akan upload gambar raya saya di sana nanti.