Senario Pasaran Internet di Bulan Ramadhan

Fuh! lama betul saya tak update blog nie. Sampaikan start puasa dan hari Merdeka pun tak sempat nak update dan ucap apa2. Sorry to all…

Anyway, saya rasa, masih belum terlambat nak ucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pembaca blog ini.

Kali ini, saya just nak share sikit-sikit pasal suasana perniagaan internet tempatan di bulan ramadhan. Sehingga kini, saya rasa, sudah 4 kali ramadhan saya lalui sebagai seorang usahawan internet. Dan untuk 4 tahun ini, memang ada beberapa trend boleh dilihat sewaktu bulan ramadhan.

Selalunya, pada 2 minggu pertama ramadhan, jualan produk di internet akan sedikit meningkat. Ada 2 sebab utama mengapa peningkatan ini berlaku. (1) Ramai orang akan terus menghabiskan masa di depan komputer sewaktu waktu rehat bekerja (1-2 petang) , maklumlah nak gi makan tak boleh, so, duduk jerlah depan komputer. So, apabila depan komputer, maka, bermacam-macamlah website dibuka. Lebih-lebih lagi, bila terbuka website yang mempunyai saleslletter yang menarik. (2) Emosi sewaktu lapar memang kurang stabil, ini membuatkan keghairahan untuk membeli itu ada sikit lebih. Maka, kadar belian bagi penduduk tempatan di internet, juga akan ada sedikit peningkatan.

Masuk minggu ketiga ramadhan, pasaran akan jadi seperti biasa semula… pada waktu ini, orang ramai lebih menumpukan kepada produk-produk yang berkaitan raya. Macam baju raya, kuih raya, langsir, songkok, butang baju, kasut dan sebagainya. Malangnya, pada wak tu ini, bagi mereka yang menjual produk-produk ini secara online, mereka selalunya akan mula menutup tempahan pada waktu ini. Maklumlah, kalau beli secara online nie, produk tersebut perlu di pos. Jadi, kalau masih lagi ambil order pada waktu ini, takut-takut nanti, barang yang di order pembeli, tak sempat sampai pula.  Produk Ebook? memang tak dipandang lah pada waktu ini.

Pada minggu ke-4? Terus terang saya katakan, perniagaan internet bagi pasaran tempatan memang akan menjadi sangat lembap pada waktu ini, orang sudah mulai jarang masuk internet (mula balik kampung). Di tambah pula, bajet yang ada, lebih difokuskan kepada barang-barang keperluan hari raya. So, kalau ada usahawan internet yang nak launch produk tu, elakkan launch produk anda pada waktu ini. Kecualilah produk anda itu memang amat sesuai dengan keadaan ini, maybe ebook ” Panduan Mengumpul Duit Raya di Hari Raya” ke?.. manalah tahu kan?

Keadaan ini akan berlarutan sehingga semingu selepas raya.. selepas itu, keadaan pasaran akan mula beransur-ansur pulih seperti sedia kala.

Itulah serba sedikit hasil pemerhatian serta pengalaman saya di dalam bidang perniagaan internet untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Semoga ianya memberikan anda sedikit manfaat.

Yosh!

P/s:- Ops! bagi mereka yang nak bagi kawan-kawan kad raya tu, cubalah try kad raya digital. Boleh dapatkan disini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 thoughts on “Senario Pasaran Internet di Bulan Ramadhan

  1. Ya, betul tu…boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadhan trend memang jadi macam tu.

    Emmm…Shuth tak jual kuih raya ker tahun ni?

  2. ho! ho!.. kuih raya tak jual tahun nie.. tak cukup kaki & tangan nak handle. tahun nie banyak sangat projek nak kena uruskan.. :)

  3. tak tau ler perniagaan internet ni trend dia mcm tu. maklumlah newbie. hehehe… dulu ingatkan perniagaan internet ni raya pun jalan je… tapi tak semestinya jugak ek. good info… tq…

  4. sememangnya saya dahagakan info2 seperti ini
    dapatlah sy berfikir sejenak, adakah wajar nak lancarkan produk bila dah 2 minggu ramadhan ni

  5. Yup kalo pasaran Malaysia saja memang camtu tahu jer lakan bila nak raya…leh tumpukan kat luar negara…kalo produk digital tak der masalah…boleh di autopilotkan…so duit tetap masuk…ho ho

  6. Bila dah masuk bulan puasa ni, ada orang yang ambil keputusan untuk berehat, dan ada pulak yang gandakan usaha untuk lancarkan produk2 berkaitan Ramadhan dan Hari raya. Contohnya kad raya digital.. Saya pulak? Rehat je la kot..hehe..

  7. Satu lagi, kalau puasa ni banyak tertumpu pada nak tido je… tapi rugi la kalau tak manafaatkan masa yang terluang dengan pemasaran untuk perniagaan… thanks for the info

  8. patutlah saya lihat ramai berebut-rebut lancarkan produk pd minggu pertama dan kedua puasa mungkin diaorg tahu pasaran akan lembap bila masuk minggu ketiga.

    bagus info teruskan berkongsi ilmu yea. :)

  9. Biasa la tu, akhir minggu ramadhan, orang lebih tertumpu kepada persiapan menyambut raya. Kecuali kalau jual kuih raya, ok la kut

  10. owh.. cm2 ek gayanyer..
    memg ader btolnyer..
    klu jual kuih rayer k.. xpn bju rayer or kerongsang..
    memg la ader market time2 nie..
    yer tk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>