Senario Pasaran Internet di Bulan Ramadhan
Fuh! lama betul saya tak update blog nie. Sampaikan start puasa dan hari Merdeka pun tak sempat nak update dan ucap apa2. Sorry to all…
Anyway, saya rasa, masih belum terlambat nak ucapkan “Selamat Berpuasa” kepada semua pembaca blog ini.
Kali ini, saya just nak share sikit-sikit pasal suasana perniagaan internet tempatan di bulan ramadhan. Sehingga kini, saya rasa, sudah 4 kali ramadhan saya lalui sebagai seorang usahawan internet. Dan untuk 4 tahun ini, memang ada beberapa trend boleh dilihat sewaktu bulan ramadhan.
Selalunya, pada 2 minggu pertama ramadhan, jualan produk di internet akan sedikit meningkat. Ada 2 sebab utama mengapa peningkatan ini berlaku. (1) Ramai orang akan terus menghabiskan masa di depan komputer sewaktu waktu rehat bekerja (1-2 petang) , maklumlah nak gi makan tak boleh, so, duduk jerlah depan komputer. So, apabila depan komputer, maka, bermacam-macamlah website dibuka. Lebih-lebih lagi, bila terbuka website yang mempunyai saleslletter yang menarik. (2) Emosi sewaktu lapar memang kurang stabil, ini membuatkan keghairahan untuk membeli itu ada sikit lebih. Maka, kadar belian bagi penduduk tempatan di internet, juga akan ada sedikit peningkatan.
Masuk minggu ketiga ramadhan, pasaran akan jadi seperti biasa semula… pada waktu ini, orang ramai lebih menumpukan kepada produk-produk yang berkaitan raya. Macam baju raya, kuih raya, langsir, songkok, butang baju, kasut dan sebagainya. Malangnya, pada wak tu ini, bagi mereka yang menjual produk-produk ini secara online, mereka selalunya akan mula menutup tempahan pada waktu ini. Maklumlah, kalau beli secara online nie, produk tersebut perlu di pos. Jadi, kalau masih lagi ambil order pada waktu ini, takut-takut nanti, barang yang di order pembeli, tak sempat sampai pula. Produk Ebook? memang tak dipandang lah pada waktu ini.
Pada minggu ke-4? Terus terang saya katakan, perniagaan internet bagi pasaran tempatan memang akan menjadi sangat lembap pada waktu ini, orang sudah mulai jarang masuk internet (mula balik kampung). Di tambah pula, bajet yang ada, lebih difokuskan kepada barang-barang keperluan hari raya. So, kalau ada usahawan internet yang nak launch produk tu, elakkan launch produk anda pada waktu ini. Kecualilah produk anda itu memang amat sesuai dengan keadaan ini, maybe ebook ” Panduan Mengumpul Duit Raya di Hari Raya” ke?.. manalah tahu kan?
Keadaan ini akan berlarutan sehingga semingu selepas raya.. selepas itu, keadaan pasaran akan mula beransur-ansur pulih seperti sedia kala.
Itulah serba sedikit hasil pemerhatian serta pengalaman saya di dalam bidang perniagaan internet untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Semoga ianya memberikan anda sedikit manfaat.
Yosh!
P/s:- Ops! bagi mereka yang nak bagi kawan-kawan kad raya tu, cubalah try kad raya digital. Boleh dapatkan disini!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

eum, tq bro shuth for this info.
smkin trase bahang raya bile tgk “trend” bisnes dalam bulan ramadhan nie..
Ya, betul tu…boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadhan trend memang jadi macam tu.
Emmm…Shuth tak jual kuih raya ker tahun ni?
ho! ho!.. kuih raya tak jual tahun nie.. tak cukup kaki & tangan nak handle. tahun nie banyak sangat projek nak kena uruskan..
Takpe….lepas raya nanti
mesti bikin “boom” balik
Selalunya 2 minggu pertama didalam bulan ramadhan jer para pelanggan ghairah untuk membeli didalam perniagaan internet.. Saya setuju apa kata bro Shuth
Saya pun tak sempat nak fokus jual kuih raya tahun ini
tak tau ler perniagaan internet ni trend dia mcm tu. maklumlah newbie. hehehe… dulu ingatkan perniagaan internet ni raya pun jalan je… tapi tak semestinya jugak ek. good info… tq…
Analisis yang baik dan menarik. Thanks bro.
p/s- raya ke berapa balik Muor?
TQ untuk perkongsian maklumat yang berkesan..Sangat bermanfaat untuk newbie seperti saya..Sekurang-kurangnya boleh la atur sket strategi betul tak..anyway TQ shuth
sememangnya saya dahagakan info2 seperti ini
dapatlah sy berfikir sejenak, adakah wajar nak lancarkan produk bila dah 2 minggu ramadhan ni
Yup kalo pasaran Malaysia saja memang camtu tahu jer lakan bila nak raya…leh tumpukan kat luar negara…kalo produk digital tak der masalah…boleh di autopilotkan…so duit tetap masuk…ho ho
Bila dah masuk bulan puasa ni, ada orang yang ambil keputusan untuk berehat, dan ada pulak yang gandakan usaha untuk lancarkan produk2 berkaitan Ramadhan dan Hari raya. Contohnya kad raya digital.. Saya pulak? Rehat je la kot..hehe..
Nah..tu dia..tips POWER menjelang hari raya buat semua IM tempatan..
selamat berpuasa semua…
Ya betul tu.. Untuk meningkatkan jualan kita harus melihat dan mengkaji keperluan manusia di sesebuah tempat pada musim2 tertentu..
http://www.h2jbiz.com
Satu lagi, kalau puasa ni banyak tertumpu pada nak tido je… tapi rugi la kalau tak manafaatkan masa yang terluang dengan pemasaran untuk perniagaan… thanks for the info
patutlah saya lihat ramai berebut-rebut lancarkan produk pd minggu pertama dan kedua puasa mungkin diaorg tahu pasaran akan lembap bila masuk minggu ketiga.
bagus info teruskan berkongsi ilmu yea.
Thanks Shuth!!!
Mula ketahui skill2 baru.. Hehehe.. Mekasih.. Jadi, dengan itu mari kita share duit raya ramai2..
Biasa la tu, akhir minggu ramadhan, orang lebih tertumpu kepada persiapan menyambut raya. Kecuali kalau jual kuih raya, ok la kut
owh.. cm2 ek gayanyer..
memg ader btolnyer..
klu jual kuih rayer k.. xpn bju rayer or kerongsang..
memg la ader market time2 nie..
yer tk..
minggu sekarang ni ramai sibuk ngan persiapan raya…
Salam Shuth dan rakan2,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Saya dan Keluarga!
Oleh kerana takut tak sempat, saya ngucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Shuth sekeluarga.
lepas raya,dh ok lah smula pasaran tue
Thanks for the info bro…
Patutler rasa semacam jer jualan untuk 2 minggu pertama
Tak perlu nak excited sgt….
betul jugak, nampaknya saya ada masa menyiapkan ebook. byk cabaran apabila menulis ebook nih
Hi Hazlam, boleh jadi JV Partner ke he he
ok thanks shuth sb bg info yang berguna…lam>>good luck..