Apa Yang Menarik Dalam Bajet 2010

Semalam, Belanjawan / Bajet 2010 telah dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebarnya. Saya tak sempat nak tengok kat TV sebab sedang sibuk merayap dan  mengedarkan kad jemputan kahwin adik saya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Anyway, malam tadi.. saya sempat melihat ringkasan intipati bajet 2010 di web Malaysiakini. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang menarik perhatian saya..

Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang  yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.

Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas… Continue reading

Ebook Terbaru Dari Bekas Peserta Seminar Ebook!

Alhamdulilah.. 2 lagi ebook  dari bekas peserta “Seminar Ebook” telah berjaya diterbitkan.

1. Rahsia Rezeki (www.RahsiaRezeki.com)

cover3d-320pxIni adalah sebuah ebook yang membongkarkan rahsia dan tips bagaimana mendapatkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah dari Allah.

Ebook ini agak sedikit berbeza dengan ebook-ebook berkaitan “kekayaan” yang terdapat di pasaran. Seringkali, apabila mencari ebook/buku yang berkaitan dengan kekayaan”.. ianya  selalunya akan berjudul..  ”Buat duit dengan ……. (isi kan sahaja dengan apa yang anda suka), tetapi sedikit berlainan dengan ebook ini, ia mengajak pembaca  melihat topik “membina kekayaan” dari perspektif yang berbeza.

Iaitu dari aspek keagamaan dan juga  kerohanian. Terdapat pelbagai tips berkaitan amalan-amalan “menarik rezeki & kekayaan” di ketengahkan  di dalam ebook ini .

Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kehidupan yang lebih tenang & gembira sewaktu sedang berusaha mencari rezeki di dunia ini.

2. SuperMotivasi (www.SuperMotivasi.com)

cover320pxIni pula adalah merupakan sebuah ebook Motivasi. Ianya mengandungi prinsip-prinsip yang perlu dipegang dan diamalkan oleh setiap individu yang  inginkan kejayaan di dalam hidup mereka.  Sama ada kejayaan dari segi pelajaran, perniagaan, pekerjaan, mahupun rumahtangga.

Iannya dipenuhi dengan tips-tips motivasi untuk membangkitkan kuasa ‘superhero” yang terdapat dalam diri setiap individu yang membacanya.

Itulah 2 ebook terbaru hasil usaha bekas peserta “Seminar Ebook” yang lalu. Insyallah, lebih banyak lagi kejayaan dari bekas peserta-peserta seminar ebook akan muncul selepas ini….  mungkin kisah kejayaan anda pula yang seterusnya?