Ebook Terbaru Dari Bekas Peserta Seminar Ebook!

Alhamdulilah.. 2 lagi ebook  dari bekas peserta “Seminar Ebook” telah berjaya diterbitkan.

1. Rahsia Rezeki (www.RahsiaRezeki.com)

cover3d-320pxIni adalah sebuah ebook yang membongkarkan rahsia dan tips bagaimana mendapatkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah dari Allah.

Ebook ini agak sedikit berbeza dengan ebook-ebook berkaitan “kekayaan” yang terdapat di pasaran. Seringkali, apabila mencari ebook/buku yang berkaitan dengan kekayaan”.. ianya  selalunya akan berjudul..  ”Buat duit dengan ……. (isi kan sahaja dengan apa yang anda suka), tetapi sedikit berlainan dengan ebook ini, ia mengajak pembaca  melihat topik “membina kekayaan” dari perspektif yang berbeza.

Iaitu dari aspek keagamaan dan juga  kerohanian. Terdapat pelbagai tips berkaitan amalan-amalan “menarik rezeki & kekayaan” di ketengahkan  di dalam ebook ini .

Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kehidupan yang lebih tenang & gembira sewaktu sedang berusaha mencari rezeki di dunia ini.

2. SuperMotivasi (www.SuperMotivasi.com)

cover320pxIni pula adalah merupakan sebuah ebook Motivasi. Ianya mengandungi prinsip-prinsip yang perlu dipegang dan diamalkan oleh setiap individu yang  inginkan kejayaan di dalam hidup mereka.  Sama ada kejayaan dari segi pelajaran, perniagaan, pekerjaan, mahupun rumahtangga.

Iannya dipenuhi dengan tips-tips motivasi untuk membangkitkan kuasa ‘superhero” yang terdapat dalam diri setiap individu yang membacanya.

Itulah 2 ebook terbaru hasil usaha bekas peserta “Seminar Ebook” yang lalu. Insyallah, lebih banyak lagi kejayaan dari bekas peserta-peserta seminar ebook akan muncul selepas ini….  mungkin kisah kejayaan anda pula yang seterusnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Ebook Terbaru Dari Bekas Peserta Seminar Ebook!

  1. Teringin jugak nak buat ebook

    Passive income tu….tapi tgh fokus model bisnes lain…

    Tahniah tuan kerana telah melahirkan ahli2 ebook baru…

  2. Menarik kedua – dua e-book yg baru dipasarkan nie.
    Sekalung TAHNIAH buat bro Zahidan Abdul Aziz dengan e-book nya “RAHSIA REZEKI” dan sekalung TAHNIAH gak buat bro Mohd Nasriq dengan e-book nya “SUPER MOTIVASI”.
    Tak lupa gak TAHNIAH buat bro Mohd Suhaimy Abu Bakar sifu hebat mereka nie… TAHNIAH..
    Bro Suth… sya ada promote kan juga web bro nie berserta introducing anak murid bro nie kat blog sya…

  3. emm.. semakin rancak pasaran ebook kat malaysia, satu suasana yang makin meriah… bagus.. persaingan yang sgt sihat.. semoga usahawan2 ebook yang lain akan terus mengeluarkan ebook yang berkualiti dan bermutu..
    Selamat Berkarya..

  4. ;) Saya juga dah berjaya menghasilkan ebook RahsiaHati hasil kerjasama dgn saudara Shuth..

    Untuk permulaan kira ok la, dapat gak hasil setiap bulan ;)

  5. Salam shuth,

    Seminar ebook dah pergi….sedang menyusun bahan sebelum menghantar kepada suhaimi ttg ebook yg ingin diterbitkan….

    Hanya masa sedikit mencabar….

    Pohon advise step – step utk penulis perlu lakukan sebelum menulis ebook.

    Diminda saya dan nota kecil yg dimiliki dah tercatat 3 ebook yang akan dikeluarkan…..

    May be framework belum terpancar lagi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>