Apa Yang Menarik Dalam Bajet 2010
Semalam, Belanjawan / Bajet 2010 telah dibentangkan oleh perdana menteri malaysia dengan panjang lebarnya. Saya tak sempat nak tengok kat TV sebab sedang sibuk merayap dan mengedarkan kad jemputan kahwin adik saya yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Anyway, malam tadi.. saya sempat melihat ringkasan intipati bajet 2010 di web Malaysiakini. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang menarik perhatian saya..
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
Ini sesuatu yang amat menarik, secara tidak langsung, ramai orang kaya akan cuba memasukkan internet di rumah mereka. Sekaligus, akan meningkatkan lagi kadar kewujudan orang-orang yang mempunyai “kuasa membeli” di internet.
Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
Dari satu segi, ia amat bagus kerana dapat menggalakkan lagi pemilikan komputer. Dari segi yang lain..”Hmm.. nampaknya, bertambah lagi lah senarai hutang untuk penjawat awam.. miskin sangat ke penjawat awam sampai nak beli komputer pun nak kena buat pinjaman? Hu hu.. panas.. panas…
Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian
Anda perasan tak?.. Golongan seni & ahli sukan.. selalunya kelihatan ”glamer” dan “mewah” sewaktu muda, tetapi apabila mereka tua.. kebanyakkannya akan termasuk ke dalam golongan miskin. Kecuali, artis-artis yang menjalankan perniagaan.. kehidupan mereka di hari tua lebih terjamin. Apakah erti semua ini? Adakah ia bermakna kerjaya sebagai “artis” tidak akan menjamin masa depan? atau… rezeki yang diperolehi kurang berkat? Hu. hu.. panas!.. panas!..
Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
Ini yang rasa macam nak jadi student semula je nie…
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
Adakah ini satu tindakan untuk “tidak menggalakkan penggunaan kad kredit”? Nampaknya sudah tidak ada kad kredit tanpa yuran tahunan.. sebab still juga kena bayar RM50 tiap-tiap tahun
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
Nampaknya, pemilik taska & nursery kena mengatur strategi baru bagi perniagaan mereka… kalau tidak, boleh terjejas periuk nasi mereka.
Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.
Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
Ini sangat bagus..
Itulah serba sedikit perkara yang menarik bagi saya dalam bajet 2010, dan nampaknya, perokok-perokok tegar dapat menarik nafas lega kerana tiada sebarang berita tentang “kenaikan harga rokok” pada tahun ini..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Kakitangan kerajaan takde bonus, dapat duit tutup mulut je RM500. Huhuu..panas..panas
Maybe yang penyedia nursery boleh cuba dapatkan kontrak kerajaan. memang masyuk woo~
Dulu saya hampir nak beli komputer guna loan gomen
Siap isi borang
Tapi setelah beberapa kali pikir.Tak jadi buat loan
Petang tu terus pegi lowyat.beli cash aje
Quite OK especially on pelepasan RM500 setahun bagi broadband dan kenaikan pelepasan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000. Walau bagaimana pun, pengenalan cukai perkhidmatan RM50 setahun kepada pemegang kad kredit dan kad caj tidak begitu menyeronokkan rakyat.
http://sharinginfoz.blogspot.com/
huhuhu…tiap2 hujung tahun bajet, bajet,bajet…
Apa yang best bak kata Shuth, target pasaran untuk perniagaan internet akan menjadi semakin meluas sebab pengguna internet makin bertambah.
P/S:Lepas Bajet 2010, Azam 2010 pulak…
kadang2, pndgn bernas mengenai bajet 2010 negara oleh bru shuth..~
smga bajet terbaru ni, dilaksanakan secara telus dan saksama..
p/s: nmpknya rakyat msia smkin celik IT bla tgk bajet 2010 ni~
nampaknya bajet tahun ni tak ada yang menarik sangat, cuma lebih kepada pelajar, pengguna jalur lebar serta nurseri.
Pakej netbook dengan jalur lebar dengan kadar bayaran RM50 sebulan semestinya saya setuju sebagai seorang pelajar
. Tambahan dengan pelepasan cukai RM 500 juga dapat mengalakkan rakyat malaysia memiliki internet dan mudah-mudahan ramai juga yang akan menjadi customer2 online!
hmm..bajet 2010 ni tak ada pape yg gempak sangt pun. apa yg biasa kita dengar, biasanya kakitangan kerajaan akan dapat bonus tiap2 taun. alih2 tak terbit pon dri mulut tok jib.
mengeluhlah mak saya..huhu. yg dh pgkat tinggi pun masih dapt RM500.. cam ne tuh?
haha… okla tu faizal.. OneMalaysian kann.. sumer sama rata laa.. adil dan saksama.. ini tak.. yg kaya akan terus kaya… kapitalism tuh…
Nampaknya bajet ni tak memberikan satu impak yg besar kpd ekonomi rakyat..cuma jangka pendek shj
Huhuhu… memang panassss…
Mmm, bajet kali ni mungkin dah dibayangi dengan pakej rangsangan ekonomi yang lepas. Tak banyak yang happening pun.. Tapi bagi saya asalkan ekonomi makin baik tu kira ok la.. Bulan 3,4 aritu memang seksa, OT takde, kesian operator2 kilang yang hidup dengan duit OT. Nak dapat bantuan terus dari kerajaan tu jangan harap la..
Bajet kali ni saya tak kisah sangat dari segi angkanya. Yang saya concern perlaksanaan. Nengokla laporan Audit Negara baru-baru ni, belanja yang tak masuk akal pun ada. Ada ke laptop sampai 4o ribu? Banyak persoalan timbul camana hal ni berlaku. Takkan sampai camtu pegawai atasan tu boleh approve? Harap2 laporan tu tak habis kat situ je…
p/s : terus memerhati gelagat mereka.
Kalau diperhatikan, bajet kali ini, ada kerajaan memberi
ada kerajaan mengambil semula daripaad rakyat. Walaumacammanapun nilai bajet, yang pentingnya sampai ke akar umbi
bajet telah dibentangkan.apapun kita tunggu dan lihat.bernas juga pandangan bro shuth..pengguna online pasti bertambah kesan daripada bajet kali ini..sesuatu perlu difikirkan…
Hi Shuth.
Bajet ke tak bajet kita yg golongan biasa ni memang patut ada rancangan kewangan sendiri. Tak ada la nak harap bonus sj tak ada bonus mula monyok…..ini bukti rakyat Malaysia masih lemah mengurus kewangan sendiri…..panassssss.
Memang menarik Internet dah makin murah dan banyak komputer dan boleh buat loan…dan sekurang kurang satu rumah satu komputer akan terlaksana…so tak der alasan lagi tak nak mulakan bisnes…
p/s : agaknya orang kerajaan senang nak dapat loan kot ho ho…
yg pakej jalur lebar bg student tu bile nak start.. seeh rase byr bulan2 harge org bese.. huk huk
Komen tentang budget 2010:-
Pros:
Makin ramai pengguna internet di Malaysia..Peluang bisnes semakin luas..
Cons:
Bab kad kredit nih yang sedih sket. Kad ade lebih 10 keping..darab je la RM50.00…Hu..hu..huu..
peninglah kepada bapa saya kalau harga rokok naik. huhuhu…
yang tak best nye ..pakej netbook utk student tu meng kaya kan celcom je..haha..dengan secara otomatik nya celcom mendapat 100 000 pelanggan berukband..byk tu..dan aku dapat jangkakan speed utk berukband tu hanya 384kbps..dan netbook yang die akan bagi adalah netbook CSL yang cikai..hehehe..x caye tgk r nnt..