Kenapa saya suka facebook?

Ya! nampaknya, saya kini lebih banyak berkongsi tips, info, perkembangan terkini , dan mencari awek baru bersosial di facebook berbanding di forum atau blog.

Apa yang saya suka mengenai facebook ialah, ianya cepat, mudah dan ringkas… di facebook saya boleh berkongsikan tips-tips yang ringkas kepada kawan-kawan. Boleh bertanyakan soalan dan pendapat yang ringkas-ringkas dan  mendapat reply yang pantas , lebih-lebih lagi jika bilangan rakan anda sangat ramai macam saya.

Di facebook juga, individu yang penakut menyamar sebagai orang orang lain apabila hendak meninggalkan komen “jahat”  juga agak kurang berbanding di blog.

Di facebook, anda lebih mudah untuk mengenali rakan anda.. dengan beberapa klik, anda boleh tahu serba sedikit latar belakang mengenai rakan anda serta melihat gambar-gambar panas mereka. Ianya lebih seronok dan “mesra”. ho! ho!

Untuk tujuan “Marketing”.. ianya akan menjadi satu revolusi baru… kini banyak syarikat-syarikat yang telah menggunakan facebook sebagai salah satu “channel” pemasaran mereka seperti HP, Dell, Nuffnang, Air Asia dan banyak lagi.. jadi, jika syarikat-syarikat besar pun mengunakan facebook, kenapa tidak anda?

Jika anda masih belum ada akaun facebook… daftarlah segera! Ianya percuma sahaja!..

Selepas dah buka akaun facebook, jangan lupa add saya sebagai friend dan juga subscribe fanpage saya yer?!

Facebook saya : http://www.facebook.com/shuth

Fanpage facebook :  http://www.facebook.com/pages/mohdsuhaimy/222073419088

Mengukur Kejayaan..

Wah!.. sekejap je dah bulan 12, tak lama lagi, berakhirlah tahun 2009 dan menjelmalah tahun 2010.  Pada waktu-waktu begini, saya pasti ramai pembaca-pembaca blog ini yang sedang sibuk menilai prestasi 11 bulan yang lepas dan sibuk merangka strategi-strategi baru untuk tahun 2010.

Tak kisahlah strategi apa pun, strategi bisnes ke?, strategi pelajaran ke? ataupun strategi rumahtangga (tambah bilangan isteri anak mungkin? Oh!). Yang penting, harapannya, hari esok mestilah lebih baik dari hari sebelumnya.

Saya pun, sedang sibuk membuat analisa prestasi untuk tahun 2009, nampaknya banyak perkara yang perlu diperbaiki agar ianya lebih cemerlang pada tahun 2010 kelak.

Berapa income tahun ini?

Ermm… seringkali, soalan itu yang ditanyakan dan seringkali juga, jumlah pendapatan itulah yang akan dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap sesuatu kejayaan. Ianya tidak salah.. malahan itulah perkara yang menjadi ukuran syarikat-syarikat didunia ini.

Cuma bagi saya, sebagai salah seorang “Usahawan Internet” yang lebih menfokuskan kepada “info-produk”. Kejayaan yang sebenar BUKANLAH terletak kepada “berapa RM yang saya jana hasil jualan info-produk saya?..”.. tetapi.. apa yang lebih penting ialah, “berapa RM yang dihasilkan oleh pelanggan-pelanggan saya, untuk diri mereka, setelah membeli & menggunapakai info-produk saya?”.

Memang sejak awal lagi.. saya percaya, untuk lebih berjaya, kita perlu membantu orang lain untuk turut berjaya juga. Continue reading

Ikan Tilapia ke Ikan Talapia?

Selepas kucing.. kini ebook pasal ikan pula menyusul. Ebook terbaru yang yang berjudul “IkanTilapia.com : Panduan Penternakan Ikan Tilapia” ini dihasilkan oleh bekas peserta SeminarEbook.com , iaitu saudara Muhammad Zhafran (bukan ahli team flarebiz yer.. ho! ho!). Untuk makluman, Muhammad Zhafran ialah seorang pelajar IPTA, yang mengusahakan ternakan ikan tilapia secara sambilan bersama bapanya.

Oklah. saya tak dapat nak tulis panjang-panjang.. sebab masih lagi berada di kampung (internet tak ok sangat) serta sibuk nak kira duit dan transfer duit kepada affiliate-affiliate dan juga penulis-penulis ebook di www.klikjer.com

Yosh!

p/s;- yer! saya masih kompius.. yang manakah sebenarnya yang betul? ikan tIlapia ke? atau ikan tAlapia? anyway, anda boleh akses web tersebut menggunakan ikantilapia.com dan juga ikantalapia.com.

p/s:- seminar ebook terakhir untuk tahun ini akan diadakan di jomtraining.com pada 13 disember 2009, bagi yang beminat, jangan lepaskan peluang ini. Maklumat lanjut, lawati www.seminarebook.com