Mengukur Kejayaan..
Wah!.. sekejap je dah bulan 12, tak lama lagi, berakhirlah tahun 2009 dan menjelmalah tahun 2010. Pada waktu-waktu begini, saya pasti ramai pembaca-pembaca blog ini yang sedang sibuk menilai prestasi 11 bulan yang lepas dan sibuk merangka strategi-strategi baru untuk tahun 2010.
Tak kisahlah strategi apa pun, strategi bisnes ke?, strategi pelajaran ke? ataupun strategi rumahtangga (tambah bilangan isteri anak mungkin? Oh!). Yang penting, harapannya, hari esok mestilah lebih baik dari hari sebelumnya.
Saya pun, sedang sibuk membuat analisa prestasi untuk tahun 2009, nampaknya banyak perkara yang perlu diperbaiki agar ianya lebih cemerlang pada tahun 2010 kelak.
Berapa income tahun ini?
Ermm… seringkali, soalan itu yang ditanyakan dan seringkali juga, jumlah pendapatan itulah yang akan dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap sesuatu kejayaan. Ianya tidak salah.. malahan itulah perkara yang menjadi ukuran syarikat-syarikat didunia ini.
Cuma bagi saya, sebagai salah seorang “Usahawan Internet” yang lebih menfokuskan kepada “info-produk”. Kejayaan yang sebenar BUKANLAH terletak kepada “berapa RM yang saya jana hasil jualan info-produk saya?..”.. tetapi.. apa yang lebih penting ialah, “berapa RM yang dihasilkan oleh pelanggan-pelanggan saya, untuk diri mereka, setelah membeli & menggunapakai info-produk saya?”.
Memang sejak awal lagi.. saya percaya, untuk lebih berjaya, kita perlu membantu orang lain untuk turut berjaya juga.
Wangcyber.com , diwujudkan untuk membantu orang ramai agar celik “duit di internet” dan sekaligus membantu mereka menjana pendapatan di internet dengan cara yang sebetul-betulnya . Walaupun tiada statistik rasmi tentang “berapakah bilangan individu yang berjaya menjana pendapatan lumayan di internet, bermula / lahir dari wangcyber.com?” Saya percaya..bilangannya agak banyak.
Seterusnya ialah SeminarEbook.com , menerusi projek seminarebook.com ini, saya mengukur kejayaan saya ,dari segi “berapa ramaikah usahawan ebook yang berjaya dihasilkan?” . Kali ini, ianya lebih spesifik (menjurus ke bidang ebook) dan statistik bilangan individu yang berjaya juga boleh direkodkan. Alhamdulilah.. statistik kejayaan bagi projek ini sedang meningkat naik..
Yang terbaru.. Klikjer.com , untuk projek klikjer.com ini, saya sebenarnya, mensasarkan kejayaan saya kepada “berapa ramaikah bilangan super affiliate yang berjaya dihasilkan?“. Ya! itulah sebenarnya target klikjer.com . Saya akui, project klikjer.com ini masih belum lagi menampakkan sebarang kejayaan, kerana ianya masih lagi di dalam fasa permulaan… insyallah, tahun 2010.. saya akan “boost up” projek klikjer.com ini.
Itulah serba sedikit analisa perkongsian kejayaan yang dapat saya catatkan di dalam blog ini untuk tahun 2009.
Nampaknya, saya kena tukar slogan syarikat saya pada tahun 2010 nanti, kepada… “Kejayaan Anda, Kebanggaan Kami”… ho! ho!.. ok tak?
p/s;- satu lagi, lupa nak share.. maskahwin.com pun, rasanya telah berjaya membantu beratus-ratus pasangan mendirikan rumahtangga…
ho! ho! ho! merry krismas….
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

wah…bagus2. teruskan keluarkan produk2 bermutu bro. hoho.
p.s: RahsiaBlogger telah membantu ramai bangunkan blog. =)
teruskan usaha..enjoy reading ur blog…
wangcyber & klikjer memang hebat bro. saya salute! forum wangcyber memang tempat lepak blogger dan IM untuk bertukar ilmu dan pendapat. hebat sekali.
saya pun berharap akan lebih ‘boost up’ tahun 2010. yg slogan tuh dah ramai yang pakai, Bro Shuth!
“Nampaknya, saya kena tukar slogan syarikat saya pada tahun 2010 nanti, kepada… “Kejayaan Anda, Kebanggaan Kami”… ho! ho!.. ok tak?”
Okey tu!
Tag line yang MENARIK…
Sebenarnya forum wangcyber merupakan universiti bagi saya dalam mengenali perniagaan internet. Di harapkan agar pada tahun 2010 forum ini akan menjadi seperti warriorforum hendak-hendaknya.Tahniah kepada Suhaimy kerana menjadi revolusiner (betul ke tidak ejaan ni) kepada perniagaan internet di Malaysia.
Salam Shuth,
Saya rasa bangga dengan prinsip yang Shuth pegang tu, kejayaan anak murid adalah tanda aras kejayaan Shuth. Saya yakin dengan usaha shuth, semakin ramai IM tempatan yang berjaya akan dihasilkan.. InsyaAllah tahun 2010 nanti lagi ramai..
Salam Shuth dan rakan-rakan.
“Kejayaan Anda, Kebanggaan Kami” Biasa ku dengar slogan itu.. tapi dimana ya? Hmmm….
Baru-baru ini blog saya juga telah post sesuatu yang hampir serupa berkenaan keikhlasan membantu ni. Itulah ajaibnya dan lebih-lebih lagi jika dapat membantu orang lain berjaya, kita akan lebih berjaya betul tak Shuth?
Tahniah bro dan semoga hasilkan lebih banyak produk-produk bermutu
Tahniah Shuth..moga tahun depan kita lebih produktif dan lebih ramai usahawan tak kira usahawan internet mahupun usahawan ebook muncul serta memeriahkan pasaran tempatan.
tahniah bro shuth,
bila berguru dengan bro shuth,
bru tau sush sebenarnye nk cari duit online kalau xda usaha, disiplin yang tinggi dan kebergantungan dgn Tuhan yang Satu.
terima kasih~
wah, analisa tue pun kira penting gak. nak tahu setakat mana kita punya prestasi, untuk tahun ini. tahun depan kira kasi umpph lagi!!
“Kejayaan Anda Kebanggaan Kami” nie dah boleh guna utk “Seminar Ebook” bro..
Pasai dah ramai buat ebook selepas bengkel bro..
Kat WC pun dah ramai yang mula meningkatkan diri…
p/s: Bro pun lama senyap jerk kat WC..
Tahun ni sikit betul benda yang saya buat. STPM katakan. Lepas ni baru nak aktif balik. Menarik betul tengok performance saya yang kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Macam ombak. Mungkin saya membiarkan diri saya distracted sangat, sedangkan saya tidak sepatutnya sebegitu.
Kena buat lebih banyak untuk berjaya…
Betullah, suth..
Mengukur kejayaan sebenarnya bukan melalui berapa income yang anda perolehi, tetapi bagaimana anda hidup dengan nilai anda, bagaimana kehidupan anda, bagaimana kerja itu bermakna di dalam hidup anda.
Saya mengukur kejayaan saya melalui kepuasan saya… bagaimana saya berpuas hati dengan tahap kerja saya dan bagaimana saya berpuas hati dengan tindakan yang saya lakukan terhadap orang sekeliling saya.
Selagi saya melakukan yang terbaik, tidak kesal dan saya dan orang di sekeliling saya berpuas hati; itu dinamakan KEJAYAAN!
salam singgah,
kepuasan dan kejayaan saya apabila dapat membimbing sesiapa sahaja disekeliling saya… anyway menarik jugak slogan tu… selamat maju jaya…
saya juga selalu singgah ke wang cyber. Mulanya hanya utk advertise iklan. Setelah lama berkecimpung, bkn sahaja banyak ilmu malah ramai kawan blogger. Saya harap bro teruskan usaha bro dgn hasilkan produk2 bermutu
ya. WC antara salah satu yang membuka mata saya dalam perniagaan internet.
harap dapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam internet untuk tahun hadapan
selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…