Kenapa saya suka facebook?

Ya! nampaknya, saya kini lebih banyak berkongsi tips, info, perkembangan terkini , dan mencari awek baru bersosial di facebook berbanding di forum atau blog.

Apa yang saya suka mengenai facebook ialah, ianya cepat, mudah dan ringkas… di facebook saya boleh berkongsikan tips-tips yang ringkas kepada kawan-kawan. Boleh bertanyakan soalan dan pendapat yang ringkas-ringkas dan  mendapat reply yang pantas , lebih-lebih lagi jika bilangan rakan anda sangat ramai macam saya.

Di facebook juga, individu yang penakut menyamar sebagai orang orang lain apabila hendak meninggalkan komen “jahat”  juga agak kurang berbanding di blog.

Di facebook, anda lebih mudah untuk mengenali rakan anda.. dengan beberapa klik, anda boleh tahu serba sedikit latar belakang mengenai rakan anda serta melihat gambar-gambar panas mereka. Ianya lebih seronok dan “mesra”. ho! ho!

Untuk tujuan “Marketing”.. ianya akan menjadi satu revolusi baru… kini banyak syarikat-syarikat yang telah menggunakan facebook sebagai salah satu “channel” pemasaran mereka seperti HP, Dell, Nuffnang, Air Asia dan banyak lagi.. jadi, jika syarikat-syarikat besar pun mengunakan facebook, kenapa tidak anda?

Jika anda masih belum ada akaun facebook… daftarlah segera! Ianya percuma sahaja!..

Selepas dah buka akaun facebook, jangan lupa add saya sebagai friend dan juga subscribe fanpage saya yer?!

Facebook saya : http://www.facebook.com/shuth

Fanpage facebook :  http://www.facebook.com/pages/mohdsuhaimy/222073419088

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Kenapa saya suka facebook?

  1. Ditempat kerja saya pun sekarang hangat pasal facebook, sudah ramai member saya yang dah ada facebook. Di facebook lebih senang untuk cari network & juga ramai kawan. malah dalam list of friends saya ada dari luar negara. Hebat betul, senang & mudah!
    Saya dah add & jadi fanpage saudara! (Hohoho!)

  2. Shuth, ia sesuai membina jenama bisnes. Dengan adanya jenama, orang lain akan tahu juga bisnes kita.. Pasti.

    pssstt.. Bukan untuk cari aweks semata-mata…. :)

  3. Wah…satu perkongsian ilmu yg menarik..terima kasih sdr shuth atas info yg diberikan.

    Selamat Tahun Baru 2010 kpd sdr shuth serta pengunjung setia blog ini..:-)

  4. Skrg ni saya pakai fb sebab nak bersosial ngn officemate & kawan2 lama jer.

    Saya kadang2 klakar tgok sesetengah yang terlalu agresif promote cara2 buat duit, Hari2 setiap jam duk promosiiii jer kejernyer. nampak sgt register sebab nak promote. Nampak mcm spammer. Kepada yang selalu buat tu belajar2 la promosi berkesan bagi nampak educated sikit. :)

  5. Setuju2.. FB amat senang digunakan utk bersosial di alam maya dan marketing. Tapi kat opis aku dah block FB. Adeh.. kena pakai broadband sendiri nk main FB.

  6. sy mcdgkn beli hphone yg ade fungsi facebook..
    kan senang nak guna facebook…tapi hp tbaru tau model lama dah tak de dah…

  7. Facebook..memang best.Boleh bersosial di internet selain meningkatkan pemasaran bisnes kita.Menurut Alexa Malasysia,facebook berada di tempat pertama di Malaysia,sebelum Google yang berada di tempat kedua..

  8. FB, twitter, linkedIn, Technorati dan sebagainya kini sudah menjadi keperluan. Oh! susahnya kerja tanpa talian Internet.

    Ya, saya pun suka FB dan media sosial yang lain ;)

    K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>