Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :) )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank.. :)

Tips Memasang Azam!

Ini entry pertama saya untuk tahun baru ini!..
Sebelum itu.. “SELAMAT TAHUN  BARU” saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya ini. Agak sedikit terlewat.. tapi harapnya, semangat & azam tahun baru masih lagi berkobar-kobar dalam diri anda semua.
Kalau sebut pasal tahun baru ini, , pasti takkan terlepas untuk bercerita pasal azam baru. Jadi, soalan yang akan kerap di tanya.. “Apa azam tahun baru?”..
Saya nak naik pangkat!
Saya nak kahwin…. lagi satu!
Saya nak kembangkan bisnes…
dan bermacam-macam lagi… tapi yang pastinya, setiap orang akan memasang “SATU” azam!
Ops! Saya rasa macam ada tidak kena disini.. kenapa “SATU”? Kenapa tidak “LIMA” ? “SEPULUH?” , 12?  dan banyak lagi?. Setiap tahun ada 12 bulan… takkan dalam masa 12 bulan itu hanya digunakan untuk mengejar 1 azam sahaja? Agak rugi rasanya.
Tahun ini, saya memasang 15 azam, atau senang kata, matlamat @ target… Ianya agak menyeluruh, iaitu dari segi..
  • Pencapaian Peribadi
  • Pekerjaan
  • Perniagaan
  • Kewangan
  • Kesihatan
  • Perhubungan dan sebagainya..
Mungkin 3 matlamat yang bertujuan peribadi, 3 matlamat di dalam pekerjaan (naik gaji, naik pangkat, jadi pekerja cemerlang), 3 dalam perniagaan (buka cawangan, peningkatan jualan, produk baru) dan seterusnya..
Apa yang saya cuba sampaikan disini… jangan limitkan azam anda kepada 1 sahaja. Tetapi, buatlah seberapa banyak yang termampu.
Sekian! Selamat ber”azam” dan semoga apa yang anda azamkan tercapai!
P/s:- Kalau salah satu azam baru anda ialah  ”ingin menjana pendapatan sampingan menerusi internet”, mungkin anda boleh pertimbangkan www.seminarebook.com sebagai langkah permulaan anda.. :)