January 5th, 2010, by shuth
Tips Memasang Azam!
Ini entry pertama saya untuk tahun baru ini!..
Sebelum itu.. “SELAMAT TAHUN BARU” saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya ini. Agak sedikit terlewat.. tapi harapnya, semangat & azam tahun baru masih lagi berkobar-kobar dalam diri anda semua.
Kalau sebut pasal tahun baru ini, , pasti takkan terlepas untuk bercerita pasal azam baru. Jadi, soalan yang akan kerap di tanya.. “Apa azam tahun baru?”..
Saya nak naik pangkat!Saya nak kahwin…. lagi satu!Saya nak kembangkan bisnes…
dan bermacam-macam lagi… tapi yang pastinya, setiap orang akan memasang “SATU” azam!
Ops! Saya rasa macam ada tidak kena disini.. kenapa “SATU”? Kenapa tidak “LIMA” ? “SEPULUH?” , 12? dan banyak lagi?. Setiap tahun ada 12 bulan… takkan dalam masa 12 bulan itu hanya digunakan untuk mengejar 1 azam sahaja? Agak rugi rasanya.
Tahun ini, saya memasang 15 azam, atau senang kata, matlamat @ target… Ianya agak menyeluruh, iaitu dari segi..
- Pencapaian Peribadi
- Pekerjaan
- Perniagaan
- Kewangan
- Kesihatan
- Perhubungan dan sebagainya..
Mungkin 3 matlamat yang bertujuan peribadi, 3 matlamat di dalam pekerjaan (naik gaji, naik pangkat, jadi pekerja cemerlang), 3 dalam perniagaan (buka cawangan, peningkatan jualan, produk baru) dan seterusnya..
Apa yang saya cuba sampaikan disini… jangan limitkan azam anda kepada 1 sahaja. Tetapi, buatlah seberapa banyak yang termampu.
Sekian! Selamat ber”azam” dan semoga apa yang anda azamkan tercapai!
P/s:- Kalau salah satu azam baru anda ialah ”ingin menjana pendapatan sampingan menerusi internet”, mungkin anda boleh pertimbangkan www.seminarebook.com sebagai langkah permulaan anda..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Azam lebih menarik jika kita spesifikkan azam tersebut.. Semoga kita semua dapat mencapai azam kita
Ye betul tu..tapi kita juga mesti melakukan setiap azam-azam tersebut dengan bersungguh-sungguh. Kalau berpuluh-puluh azam pun kalau tak bersungguh-sungguh melakukannya takde guna juga.
Azam yang besar, dibahagikan menjadi azam2 yg kecil. Semoga mudah utk kita mencapainya! Amin.
Ye betul tu, salah satu azam saya pada tahun 2010 ni ialah untuk mencapai target RM10,000 hasil dari internet. Siap letak kat depan PC.
Kalau kat blog saya saya sediakan beberapa tip untuk membuat azam. Sbb ramai yg hanya tinggal azam tapi tak terlaksana..
Salah satu azam saya tahun ni nak hasilkan satu ebook
Nampaknya Shuth akhir2 ni banyak tersasul pasal cari awek dlm facebook dan kawin… lagi satu!
Semoga dipermudahkan tuhan… Amin!!
Berusaha untuk FOKUS ke arah mencapai matlamat tahun ini…
salam.
Azam tahun nie , fokus ebay … dan blogger … bantu le aku …
ya…
perlu ada banyak azam…
mcm yg tercatat dalam salah satu buku Robert Kiyosaki,
bunyinya lebih kurang mcm ni dalam bahasa melayu:
“kita sepatutnya mempunyai azam/matlamat bertulis yang ringkas. Tanpa azam/matlamat bertulis, ianya hanya angan-angan.”
So salah satu tips tambahan dari saya, tuliskan semua azam/matlamat/target di mana saja asalkan kita akan membacanya setiap hari.
Elok letak nama anak azam la macam cerita ketika bertasbih tu. Kalau hari-hari panggil dia, mesti kita ingat balik azam kita. Kemungkinan la..
Pada malam tahun baru tu saya bertafakkur sekejap.
dalam proses untuk menyenaraikan azam tahun baru tu tak boleh dikacau oleh orang lain. :p
jadi apa yg saya buat
1) Cari tempat yg sesuai dimana kita boleh fokus utk memikirkan.
2) Post mortem tahun 2009 dahulu. Senaraikan senarai azam 2009 dan letakkan percentage pencapaian bagi setiap item. & cari punca kenapa gagal jika ada.
3) baru senaraikan azam tahun baru. (Punca kegagalan tahun lepas dah ada) jadi boleh ditambah atau digunakan dalam menyenaraikan azam 2009.
4) buat seperti yg saudara shuth tulis dalam artikel atas. fikirkan 1 1 perkara sehingga selesai. huhu..
Semasa proses memasang azam tu mungkin memakan masa berjam2 juga. :p
Btw. Selamat tahun baru juga (walaupun dah 2 minggu berlalu) :p
alamak, dah terlambat nak komen pasal azam
hehe
tapi apapun, aku azam untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dalam internet
hoho. nak kahwin satu lagi..
Azam memerlukan disiplin diri yang tinggi